Di rumah Hayati

Sempat bergambar dengan pengantin dan ibu bapa pengantin. TK Hayati!!!!

Apa yang istimewa  agaknya ya. Sekeping gambar, 1000 cerita bib...


BAPA PENGANTIN PALING SEGAK




Ketika kenduri di rumah Hayati  minggu lalu, saya mengatakan  kepada kekawan yang hadir  bahwa bapa pengantin Munshi yang paling segak setakat ini  ialah Suhdi Abdulllah. Malangnya beliau  masih enggan menghantar walaupun sekeping gambar sempenea perkahwnan anaknya.  Tetapi semalam saya menerima emel  dan sekeping gambar Suhdi bersama  pasangan pengantin dan besannya.  Lambat pun lambatlah Suhdi oi.

Jika ada Zaini dan Suhdi, borak baru syok. Depa berdua sahaja yang boleh mengata antara satu sama lain. Orang lain jangan campur. Woooo.

Esok  gambar kenduri Hayati pula.

BERAKHIRNYA CERITA 2012

Perjumpaan terakhir geng Munshi 1978 bagi tahun 2012  berlangsung meriah sempena kenduri perkahwinan anak Hayati Haron pada Ahad, 23 Disember.

Seperti biasa Karim, Jaamat dan Marhamah datang  dan balik  paling awal sekali. Saya sempat berselisih dengan Marhamah di tempat letak kereta.

Geng yang mematuhi jadual pertemuan jam dua ialah Mansor Kasim, Saari Mat Jelas, Hj Rashid Ahmad, Suhdi Abdulah, Kamarudin Arshad,  Hasnah Mohamad, Hj Md Jadi, Hajjah Rosnah Md Isa, Juwita Hassan, Zainab Abu Bakar  dan Zaini Samani.

Puan Lily bekas pelajar Tingkatan Enam Sastera 2 pun ada. Tak tahulah kesahnya macam mana Hayati boleh menjejak  dan menjemputnya sekali hadir ke majlis semalam.

Hasnah sempat melayangkan kad  jemputan perkahwinan anak lelakinya pada 27 Januari 2013 di batu 4, Klebang. Ha ha. Sudah ada jadual tahun 2013...

Kami sempat bergambar dengan pangantin.  Apabila balik dibekalkan nasi berserta lauk oleh Hayati. Itulah untung orang yang balik lambat. Ha ha.

Aziz Yasin pula datang ketika khemah nak dibuka kerana beliau ada ahwal di KL. Maka dia  makan sorang-sorang sahaja dan menjadi tetamu terakhir Hayati.

Walaupun semua ahli tetap Munshi 78 datang, tetapi rasanya macam tak cukup korum apabila geng Mak Cik Kajang tak datang. Mereka ialah Sharifah Nuri, Mastura, Maznah, Sahara dan Ramlah. Konon ceritanya mereka akan mengiringi anak Hayati ke Putrajaya esok. 

Demianlah adanya cerita tahun 2012. Awal Januari 2013, saya akan paparkan kad jemputan Hasnah pula.

PERJUMPAAN TERAKHIR 2012 AHAD INI

Rasanya  perjumpaan terakhir  sahabat Munshi 78  bagi tahun 2012 ialah di rumah Hayati Haron pada Ahad ini, 23 hb Disember 2012.   Setakat ini tidak ada notis lain yang diterima.  Moga dapatlah kita berjumpa dengan Md Jadi dan Rosnah Md Isa yang baru balik dari Mekah menunaikan ibadah Haji. Ambil berkat kata orang. Ha ha.

Saya akan sampai jam 2 petang dan duduk lama sikit sehingga jam 4 petang, dengan syarat ada teh tariklah. Ha ha. Takkan nak bergudang garam pulak. Wooo.  Harap Zakaria Osman dan Mokhtar sanggup menemankan saya. Kalau tak ada korum, saya balik awallah.

Dengar khabar kenduri 2013  pun sudah ada  jadualnya. Hasnah Mohamad mungkin orang pertama yang   akan memulakannya.  Woooo.

Saya bercadang ke Jakarta pada Februari  akan datang  untuk shoping buku lagi.  Siapa nak join sama, jomlah  sekali.  Cadangan perginya  6 Februari.  3  hari di sana sudahlah. Kos sendiri tanggunglah. Ha ha. Saya belanja makan sate kambing sahaja.

Tahun depan umur kita kebanyakannya 54 atau 55.  Ha ha, kalau zaman dulu, sudah bersedia untuk pencen. Tetapi sekarang ini boleh sambung sehingga 58 atau 60.  Apa pun pencen 60% dari gaji sudah ada dalam tangan.

Ok, jumpa di rumah Hayati pada Ahad ini. 


KENDURI HAYATI 23 DISEMBER, AHAD

Saya menerima emel dari Hajjah Hayati Harun yang menjemput semua rakan Munshi 78 ke kenduri perkahwinan anak  perempuannya, Syafikah  pada 23 hb Disember:

Assalammualaikum

Saya dan suami menjemput semua sahabat2 munshiabdullah78 menghadiri majlis perkahwinan anak    kami yang akan diadakan pada 23 Disember 2012 (Ahad). Saya sertakan salinan kad undangan dan       pelan lokasi majlis untuk dipaparkan dalam blog munshiabdullah78. Saya akan sms pada mereka juga.


Hayati Haron

Pelan ke lokasi kenduri:


















Saya bercadang bermalam di bandar Melaka, nak menghabiskan cuti tahunan dan berkempen untuk PRU 13.  Rumah baru Mokhtar Ahmad di Bachang, cukup memuatkan 20 orang tau, tetapi tidur di serambilah.  Woooo.

Saya bercadang sampai jam 2 petang. Rasanya dah tak ramai orang, boleh duduk lama-lam sikit. Ha ha.

 


NEW ZEALAND KITA!!!!

Moga-moga tak ada sambutan reunion tahun ini. Ha ha. Selalu jumpa di majlis kahwin sahabat-sahabat, kira oklah tu. Woooo.

Tahun depan, jika nak buat reunion, saya cadangkan di New Zealand. Wooo. Caranya dengan motorhome. Apa cam. Cerita lanjut, klik di sini.

Siapa yang bersemangat nak bersama, bolehlah  bisik-bisik kepada saya. Jika ada minima 10 orang kita  sudah boleh berkira-kira ke sana, Ha ha. Jika tidak, kita buat di Batang Melaka sahajalah. Tapak rumah tanah pusaka saya ada. Ha ha.

KENDURI RADHUAN MOHAMAD 2 DIS 2012

Raduan Mohamad, bekas Tingkatan Enam Sains 2, SMMA 1978  dengan segala hormatnya menjemput semua rakan Munshi ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya pada 2hb Disember 2012, Ahad, jam 11.30 pagi hingga 4 petang di No 9, Lorong Sri Damak 59A, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor

Tel Radhuan 017-3620913.  Rasanya Radhuan bertugas di Subang Jaya. Kekadang saya pun tak tahu apa nama gelaran jawatan kekawan dalam perkhdimatannya.  Saya tetap panggil semua orang sebagai "tuan". Ha ha.

Semua dijemput hadir khususnya yang berada di KL dan Selangor.

Kenduri Hayati pada 22hb Disember di Melaka.  So, ada 2 kenduri dalam bulan Disember akan datang.

Anak Zakaria Osman dapat  5A dalam UPSR. Oppps,  ada lagi anak sekolah rendah ya. Ha ha.


SELAMAT SUDAH KENDURI MANSOR

Walaupun hujan agak lebat, namun mereka tetap merempuh ke kenduri rumah Mansor Kasim pada 3 November lalu di Masjid Tanah.

Mastura, Juwita, Hayati, Norsir  Mokhtar,  dan Jaamat hadir. Yang lain tak ada beritanya. Saya sangkut di Seremban sahaja. Ha ha.

Ini adalah kenduri anak perempuan kedua Mansor. Anak sulong lelakinya masih solo lagi.

Foto ini saya curi dari FB Juwita. Ha ha.

Suhdi masih belum menghantar gambar perkahwinan anaknya kepada blog ini lagi.



Jangan coba-coba Mokhtar oi...


Hujan...cobaannnnn

KENDURI ZAKARIA JAAFAR 11 NOVEMBER

Tuan Hj Zakaria Jaafar menjemput tuan/puan seisi keluarga ke majlis kenduri perkahwinan anaknya pada Sabtu, 10hb November jam 12 tengahari hingga 3 petang di No 1, Jalan CU 3, Taman Cheras Utama, 56000 Kuala  Lumpur.

Moga tiada keuzuran dari anda semua.


ALIF BA TA

Klik di sini

KENDURI MANSOR SABTU 3 NOVEMBER


Klik untuk lebih jelas
 

Kenduri Mansor sah pada Sabtu 3hb November.

Kenduri Zakaria Jaafar juga pada November. Saya tak ingat tarikhnya. Masih menunggu emel atau sms rasmi darinya.

Kenduri Hayati pada 23 Disember 2012.




SELAMAT SUDAH KENDURI SUHDI

Petang semalam saya sampai ke kenduri perkahwinan anak Suhdi Abdullah, kurang lebih jam 1.30 petang.

Yang sempat saya bertembung ialah Juwita, Hidayah dan suami, Hayati dan suami, Zaini Samani dan isteri,  Hasnah Mohamad dan suami, Mokhtar Ahamad, Saari Mat Jelas  serta Norsir dan isteri.  Isteri saya sahaja yang sempat cerita  "panjang sikit"  dengan Hayati dan Juwita.

Mastura, sekadar berselisih di jalan raya sahaja. Tiada gambar yang dapat dirakamkan kerana tak sempat bersama-sama di satu tempat yang selesa. Ha ha.

Ikut Juwita, Samiah datang awal sekali.  Ikut Mokhtar, Adam Ahmad pun datang awal.  Ikut Mansor, Basir sempat bersama dengannya makan bersekali.

SMS Aziz Md Yasin mengatakan, yang datang awal ialah beliau suami isteri, Jaamat, Karim, dan Kamarudin Arshad  suami isteri.

Yang lain, mungkin hadir tetapi tiada lapuran daripada pihak Bernama. Woooo.

Kenduri selanjutnya ialah di rumah Mansor dan Hayati. Tunggu pengistiharannya esok!!!!

Nampak gaya kena jumpa jam 2 petang jika ada kenduri lagi. Jemputan suka sangat datang tepat jam 1, nampaknya. Ha ha. 


USMAN AWANG - PAK UTIH

Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II
Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

ROSNAH MD ISA DAN MD JADI KE MEKAH

Alhamdulilllah dua orang lagi sahabat kita akan berangkat ke Mekah menunaikan fardhu haji.

Pertama, Md Jadi Larut beserta isteri yang akan berangkat pada 22hb September jam 1.30 pagi.

Kedua, Rosnah Mds Isa beserta suami yang akan berangkat pada 27hb September.

Insyaallah Rosnah menjemput sesiapa kelapangan ke majlis doa selamat keberangkatannya ke Mekah pada 22hb September. Masanya tak diberitau. Ha ha. So, taliponlah dia jika mahu ke sana.

Kita doakan kesemua rakan kita yang bakal ke Mekah, selamat pergi dan  selamat balik. Moga mendapat haji yang mabrur jua.


6 OKTOBER KENDURI SUHDI

Kenduri perkahwinan anak Md Jadi selamat berlangsung Ahad lalu. Ramai yang hadir. Akan dilapurkan dalam posting khas,  Saudara Mansor bersusah payah merakam foto di sekitar majlis perkahwinan itu. Terpancar wajah-wajah kegembiraan bila sahabat lama berjumpa kembali. Ha ha. Klik di sini.

Kenduri seteterusnya ialah perkahwinan anak perempuan Suhdi Abdullah  pada Sabtu, 6 hb Oktober 2012, jam 10 pagi - 5 petang di No 107, Blok I,  Rumah Awam, Pulau Sebang 3, Alor Gajah, Melaka.

Semua di jemput hadir. Mudah sahaja ke rumah Suhdi, cari A Famosa, dah dekatlah tu. Ha ha. Insyaallah saya akan berada  di sana jam 1 juga. Kalau lewat pun setakat 10 minit sahaja, kerana saya sudah berkali-kali ke rumah Suhdi. Selepas itu, bolehlah bermalam di A Famosa untuk melihat koboi Melaka. Woooo.

Pelan rumah Suhdi:



OPEN HOUSE ZAINI AHAD INI, 16 SEPTEMBER

Zaini Samani akan mengadakan rumah terbuka sempena berakhirnya Syawal pada 16hb September, Ahad, mulai jam 2 petang hingga 9 malam di No 9104, Taman Koperasi Naning, Melekek, Alor Gajah, Melaka.

Semua rakan Munshi yang  berkelaangan dijemput hadir.

Pada tarikh yang sama ada kenduri Md Jadi di Banting, Selangor. Maka makan bergandalah orang Melaka.


RASHID AHMAD KE MEKAH TAHUN INI

Insyallah Lft Kolonel Rashid Ahmad  bersama  isteri   akan berangkat ke   Mekah menunaikan ibadah haji pada tahun ini.  Tidak pula diberitahu tarikh tepatnya. 

Melalui blog ini, beliau memohon  ampun dan maaf  dari sahabat sekalian jika ada salah dan silap  sepanjang  bersilaturahim selama ini. 

Kepada Rashid, kita ucapkan selamat pergi dan kembali dengan selamat. Moga  beliau memperolehi ganjaran haji yang mabrur jua.

Jika sempat marilah bersama ke kenduri perkahwinan anak Md Jadi pada Ahad, 16hb September. Kita jumpa sekitar jam 12 tengahari - 2  petang. 


KENDURI AKIKAH CUCU MASTURA

Sabtu ini, 1hb September, jam 11 pagi, Mastura Bachik adakan kenduri akikah cucunya di Kg Lubuk Redan, Masjid Tanah.  Anda dijemput

Yang dekat dan ada masa datanglah.  Ada kambing dan ayam golek, katanya. 






SELAMAT AIDIL FITRI


Beberapa hari lagi rayalah kita.  Macam biasa sempena aidil fitri yang mulia, saya mohon ampun dan maaf sepanjang kita bersahabat dan mengendalikan blog Munshi ini.  

Jika sempat saya singgah rumah Suhdi, Juwita, Ramlah dan Zaini. Air sirap pun jadilah.  

Moga-moga jangan ada yang sedih dan pilu ketika raya ini.  Semua orang akan mengharungi  saat-saat kehilangan orang tersayang. Hanya bezanya cepat atau lambat sahaja. 

Lepas raya jangan lupa ke majlis perkahwinan anak Md Jadi Larut. Saya nak bermalam di Bantinglah, nak melihat pantainya yang banyak ketam nipah.

Yang memeranjatkan saya pada bulan puasa  tahun  ini   ialah Rohaya Rahmat cuti tanpa gaji selama  sebulan, mencari lailatul qadr...

Dan paling penting, Mansor Kasim terselamat dari   bom di Masjid Tanah. Ingatkan di Iraq sahaja yang kena   bom. Rupa-rupanya  Masjid Tanah pun   ada  letupan bom.

Dr Majezan pun dah ada beberapa projek baru   untuk saya selepas puasa ini. Ha ha. Majezan pun bertukar majikan pada tahun ini.  Lagi tua lagi laku nampaknya. Woooo.

Yang paling syok ialah Shamsudin kita yang sekali lagi berhijrah ke jawatan baru. Kali ini destinasi terakhir kot. Woooo.

Bagi orang politik, raya ni adalah open house terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Ha ha. Jika nak jadi YB lagi kenalah buat open house juga ya. Ha ha.

Mastura beraya sakan kerana dapat cucu  pertama !!!

Ok, sekali lagi SELAMAT AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

JEMPUTAN KENDURI MD JADI - AHAD 16HB SEPTEMBER













Klik untuk lebih jelas.



Peta Lokasi  Tempat Kenduri:



RAZAK HUSIN DAPAT TEMAN BARU

Mula-mula Lim Guan Eng pindah ke Pulau Pinang. Kemudian diikuti oleh Razak Husin. 

Kini Shamsudin Yusof pula ke Pulai Pinang menemankan Razak Husin yang keseorangan di sana, Ha ha.

Shamsudin sudah berhenti di MBSB. Kini menjadi CEO di Koperasi Bank Persatuan Seberang Prai, Butterworth. CEO yang pertama tu. Ada ceritanya di Utusan Malaysia hari ini.

Nampak gaya ramai anak Melaka berhijrah ke Pulau  Pinang!!!


TAZKIRAH SEMPENA RAMADHAN

Oleh: Jalaluddin Rakhmat

Ada banyak nama untuk bulan Ramadhan. Nabi Muhammad (s.a.w)  menyebutnya Bulan Keberkahan, Bulan Kesabaran, Bulan Ampunan, dan Bulan Berbagi (Syahr al-Muwasat).

Pada bulan ini orang kaya bukan saja harus berbagi kekayaan dengan orang miskin, ia juga harus ikut berempati dengan penderitaan mereka. Orang beruntung harus berbagi kebahagiaan dengan orang yang malang.   Perintah untuk berbagi ini diingatkan dengan doa yang harus dibaca setiap selesai shalat wajib:

Ya Allah, masukkan kebahagiaan kepada para penghuni kubur

Ya Allah, kayakanlah semua orang yang miskin

Ya Allah, kenyangkan semua orang yang lapar

Ya Allah, beri pakaian semua orang yang telanjang

Ya Allah, tunaikan utang semua orang yang berutang

Ya Allah, lepaskan derita semua orang yang menderita

Ya Allah, kembalikan semua orang yang terasing

Ya Allah, bebaskan semua orang yang terpenjara

Ya Allah, sembuhkan semua orang yang sakit

Bersamaan dengan doa yang mereka lantunkan, semua Muslim harus menjadi tangan-tangan Tuhan untuk memenuhi doa itu. “Puasa itu hanya untuk Aku,” kata Tuhan. Puasa dipersembahkan hanya untuk Tuhan. Tidak ada persembahan yang paling agung selain perkhidmatan kepada makhlukNya. Mencintai Tuhan hanya dapat dilakukan dengan mencintai sesama manusia.   Karena itu, amal yang paling dicintai Tuhan pada Bulan Berbagi bukanlah ibadah ritual yang bersifat individual, tetapi ibadah sosial yang membagikan kebahagiaan kepada orang banyak.

Mencintai Tuhan dengan mencintai manusia digambarkan Leigh Hunt, penyair Inggeris, dalam kisah seorang sufi, Abou Ben Adhem.  Abou Ben Adhem (semoga kabilahnya bertambah) satu malam terbangun dari mimpinya yang indah. Dan ia lihat, di ruangan dalam cahaya terang rembulan, yang gemerlap ceria seperti bunga lili yang sedang merekah, seorang malaikat menulis pada kitab emas. Ketenteraman jiwa membuat Abou berani berkata kepada sang Sosok di kamarnya, “Apa yang sedang kamu tulis?”

Bayangan terang itu mengangkat kepalanya dan dengan pandangan yang lembut dan manis ia berkata, “Nama-nama mereka yang mencintai Tuhan.” “Adakah namaku di situ?” kata Abou. “Tidak. Tidak ada,” jawab malaikat. Abou berkata dengan suara lebih rendah, tapi tetap ceria, “Kalau begitu aku bermohon, tuliskan aku sebagai orang yang mencintai sesama manusia.” Malaikat menulis dan menghilang.

Pada malam berikutnya ia datang lagi dengan cahaya yang menyilaukan dan memperlihatkan nama-nama yang diberkati cinta Tuhan. Aduhai! Nama Abou Ben Adhem di atas semua nama.

Menolong mereka berarti menolong Aku

 

Abou Ben Adhem mungkin lahir di negara yang sekarang ini disebut Afganistan. Ia tidak begitu dikenal dibandingkan dengan teman senegaranya, Jalaluddin Balkhi (alias Rumi). Tetapi, keduanya menekankan pentingnya kecintaan kepada Tuhan sebagai hakikat keberagamaan.  Bagi kita semua, Rumi mendendangkan lagu ini:

Marilah kita jatuh cinta lagi/ Dan sebarkan debu emas ke seluruh penjuru Bumi/ Marilah kita menjadi musim semi baru/ Dan merasakan tiupan lembut dalam wewangian surgawi/ Marilah kita busanai bumi dalam kehijauan/ Dan seperti getah pohon yang muda/ Biarkan berkat dari dalam mengaliri kita/ Marilah kita ukir permata dari hati kita yang membatu/ Dan pancarkan cahayanya untuk menyinari jalan cinta/ Lirikan cinta sejernih kristal dan kita diberkati karena cahayanya.

Baik Abou Ben Adhem maupun Rumi percaya bahwa kita tidak bisa mencintai Tuhan tanpa mencintai sesama manusia. Mereka menegaskan kembali apa yang dikatakan Tuhan kepada hamba-Nya pada hari kebangkitan: pada hari kiamat, Tuhan memanggil hamba-hamba- Nya.

Ia berkata kepada salah seorang di antara mereka, “Aku lapar, tapi kamu tidak memberi makan kepada-Ku.” Ia berkata kepada yang lainnya, “Aku haus, tapi kamu tidak memberiku minum.” Ia berkata kepada hamba-Nya yang lainnya lagi, “Aku sakit, tapi kamu tidak menjenguk-Ku. ” Ketika hamba-hamba- Nya mempertanyakan semuanya ini, Ia menjawab, “Sungguh si fulan lapar; jika kamu memberi makan kepadanya, kamu akan menemukan Aku bersamanya. Si fulan sakit; jika kamu mengunjunginya, kamu akan menemukan Aku bersamanya. Si fulan haus; jika kamu memberinya minum, kamu akan menemukan Aku bersamanya.” (Ibn Arabi sering mengutip hadis ini dalam Al-Futuhat al-Makkiyah) .

Ketika seorang murid baru mengikuti tarekat, syaikh-nya akan mengajarinya untuk menjalankan tiga tahap latihan rohaniah selama tiga tahun. Ia baru diizinkan mengikuti Jalan Tasawuf bila ia lulus melewatinya. Tahun pertama adalah latihan berkhidmat kepada sesama manusia. Tahun kedua beribadat kepada Tuhan, dan tahun ketiga mengawasi hatinya sendiri. Kita tidak bisa beribadat kepada Tuhan sebelum kita berkhidmat kepada sesama manusia. Menyembah Allah adalah berkhidmat kepada makhluk-Nya.

Abou Said Abul Khayr terkenal sebagai sufi yang pertama kali mendirikan tarekat sufi. Ketika salah seorang pengikutnya menceritakan seorang suci yang dapat berjalan di atas air, ia berkata, “Sejak dahulu katak dapat melakukannya! ” Ketika muridnya kemudian menyebut orang yang dapat terbang, ia menjawab singkat, “Lalat dapat melakukannya lebih baik.” Muridnya bertanya, “Guru, gerangan apakah ciri kesucian itu?” Ia menjawab, “Cara terbaik untuk mendekati Tuhan adalah melakukan perkhidmatan sebaik-baiknya kepada sesama manusia, memasukkan kebahagiaan ke dalam hatinya.”

Mungkin karena perhatiannya yang sangat besar pada cinta kasih, tasawuf dianggap mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan agama Kristen. Tor Andrae, pernah menjadi bishop Lutheran dari Linkvping, mengungkapkan bagaimana Yesus sering dijadikan rujukan dalam ucapan-ucapan para sufi. Mereka belajar dari Yesus bukan saja tentang kesederhanaan hidup yang dijalankannya, tetapi juga perhatiannya untuk menolong orang lain.

Namun, kaum sufi bukan hanya merujuk kepada Kristus, mereka juga belajar jalan cinta dari Musa. Seorang syaikh menyampaikan cerita berikut ini, Kaum Bani Israil satu kali mendatangi Musa, “Wahai Musa, kami ingin mengundang Tuhan untuk menghadiri jamuan makan kami. Bicaralah kepada Tuhan supaya Dia berkenan menerima undangan kami.”

Dengan marah Musa menjawab, “Tidakkah kamu tahu bahwa Tuhan tidak memerlukan makanan?” Tetapi, ketika Musa menaiki bukit Sinai, Tuhan berkata kepadanya, “Kenapa tidak engkau sampaikan kepada-Ku undangan itu? Hamba-hamba- Ku telah mengundang Aku. Katakan kepada mereka, Aku akan datang pada pesta mereka Jumat petang.”

Musa menyampaikan sabda Tuhan itu kepada umatnya. Berhari-hari mereka sibuk mempersiapkan pesta itu. Pada Jumat sore, seorang tua tiba dalam keadaan lelah dari perjalanan jauh. “Saya lapar sekali,” katanya kepada Musa. “Berilah aku makanan.” Musa berkata, “Sabarlah, Tuhan Rabbul Alamin akan datang. Ambillah ember ini dan bawalah air ke sini. Kamu juga harus memberikan bantuan.” Orang tua itu membawa air dan sekali lagi meminta makanan. Tapi tak seorang pun memberikan makanan sebelum Tuhan datang. Hari makin larut, dan akhirnya orang-orang mulai mengecam Musa yang mereka anggap telah memperdayakan mereka.

Musa menaiki bukit Sinai dan berkata, “Tuhanku, saya sudah dipermalukan di hadapan setiap orang karena Engkau tidak datang seperti yang Engkau janjikan.” Tuhan menjawab, “Aku sudah datang. Aku telah menemui kamu langsung, bahkan ketika Aku bicara kepadamu bahwa Aku lapar, kau menyuruh Aku mengambil air. Sekali lagi Aku minta, dan sekali lagi engkau menyuruh-Ku pergi. Baik kamu maupun umatmu tidak ada yang menyambut-Ku dengan penghormatan. “

“Tuhanku, seorang tua memang pernah datang dan meminta makanan, tapi ia hanyalah manusia biasa,” kata Musa.

“Aku bersama hamba-Ku itu. Sekiranya kamu memuliakan dia, kamu memuliakan Aku juga. Berkhidmat kepadanya berarti berkhidmat kepada-Ku. Seluruh langit terlalu kecil untuk meliputi-Ku, tetapi hanya hati hamba-Ku yang dapat meliputi-Ku. Aku tidak makan dan minum, tetapi menghormati hamba-Ku berarti menghormati Aku. Melayani mereka berarti melayani Aku.”

Berbakti kepada sesama manusia bukanlah kewajiban sekelompok orang. Setiap Muslim apa pun jenis kelamin, usia, dan status sosialnya berkewajiban memperlakukan semua orang dengan baik.
Dalam Al-Quran juga ada perintah, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Berbaktilah kepada kedua orangtua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, orang-orang yang kehabisan bekal, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, yaitu orang-orang yang kikir dan menyembunyikan karunia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka. Kami telah menyediakan orang-orang kafir seperti itu, siksa yang menghinakan. ” (QS An Nisaa: 36-37)

Menolong Harus Tulus

 

Tindakan membahagiakan orang lain disebut sebagai shadaqah. Kata ini berasal dari “shadaqa”, yang berarti benar sejati atau tulus. Orang yang bersedekah adalah orang yang imannya tulus. Sedekah tidak selalu berbentuk harta atau uang. “Termasuk sedekah adalah engkau tersenyum ketika berjumpa dengan saudaramu, atau engkau singkirkan duri dari jalanan,” kata Nabi Muhammad SAW.

Untuk bisa menolong orang lain dengan tulus, kita memerlukan kecintaan tanpa syarat (unconditional love) kepada semua orang. Cinta inilah yang dimasukkan sebagai fitrah dalam hati kita. Cinta ini adalah seperseratus dari Rahmat Allah yang dijatuhkan Tuhan di Bumi.

Alkisah, bertahun-tahun yang lalu, seorang ibu dari salah seorang sultan dari Khilafah Utsmaniyah membaktikan hidupnya untuk kegiatan amal saleh. Ia membangun masjid, rumah sakit besar, dan sumur-sumur umum untuk daerah permukiman yang tidak punya air di Istanbul , Turki.    Pada suatu hari, ia mengawasi pembangunan rumah sakit yang dibiayai sepenuhnya dari kekayaannya. Ia melihat ada semut kecil jatuh pada adukan beton yang masih basah. Ia memungut semut itu dan menempatkannya pada tanah yang kering.

Tidak lama setelah itu, ia meninggal dunia. Kepada banyak kawannya, ia muncul dalam mimpi mereka. Ia tampak bersinar bahagia dan cantik. Kawan-kawannya bertanya, apakah ia masuk ke surga karena sedekah-sedekah yang dilakukannya ketika masih hidup? Ia menjawab, “Saya tidak masuk surga karena semua sumbangan yang sudah aku berikan. Saya masuk surga karena seekor semut.”

(Renungan ini semula berupa makalah dengan judul Die Ethik des Helfens im Islam, yang disampaikan Jalaluddin Rakhmat pada seminar “Die Ethik des Helfens aus der Sich verschiedener Religionen”, Basel, 8-13 September 2002).

MARHABAN YA RAMADHAN

 
Dalam Kitab Minhaj Al-Balaghah diriwayatkan, menjelang Ramadhan Rasulullah saw menyampaikan sebuah khutbah:
 “Wahai manusia, sudah datang kepada kalian bulan Tuhan yang membawa berkat, rahmat, dan ampunan; bulan yang paling utama di sisi Tuhan dari bulan mana pun. Paling utama hari-harinya, malam-malamnya, bahkan jam demi jamnya. Inilah bulan ketika kalian diundang untuk menjadi tamu-tamu Tuhan. Di bulan ini, kalian dijadikan orang-orang yang berhak memperoleh jamuan Tuhan. Di bulan ini, nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal kalian diterima, dan doa kalian diijabah. Mohonlah kepada Allah dengan niat yang tulus dan hati yang bersih, supaya Dia membimbing kamu untuk menjalankan puasanya dan membaca Kitab-Nya. Malanglah orang yang tidak mendapat ampunan Tuhan di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan lapar dan dahaga kamu di bulan ini lapar dan dahaga pada hari kiamat. Bersedekahlah kepada fakir miskin. Muliakan para pemimpin kamu dan kasih-sayangi orang-orang kecil di antara kamu. Sambungkan persaudaraan kamu. Pelihara lidah kamu. Jagalah dirimu agar kamu tidak melihat apa yang tidak boleh kamu lihat dan tidak mendengar apa yang tidak boleh kamu dengar. Sayangilah anak-anak yatim orang lain supaya Tuhan menyayangi anak-anak yatim kamu.”
Sebagaimana biasa, khutbah Rasulullah singkat namun menyentuh hati dan menggelorakan perasaan. Kata-kata yang dipilih sederhana, mudah dipahami namun bermuatan filosofis yang begitu mendalam. Insya Allah, izinkan saya menguraikan beberapa catatan apresiasi dalam penggalan khutbah Rasulullah saww tersebut yang sayangnya sering terabaikan oleh kebanyakan kita.
Ramadhan, Bulan Tuhan
Pada penggalan awal khutbah di atas, Rasulullah saww menyebut Ramadhan sebagai bulan Tuhan, sebagai bulan yang paling mulia di sisi Allah. Dalam terminologi Al-Qur’an, Tuhan ataupun Allah bukan sekedar wujud yang kepadanya kita sematkan asma-asma kemuliaan dan keagungan, bukan sekedar sesuatu yang kita tempatkan di altar persembahan, tempat segala ampunan dan pengharapan kita muarakan. Namun Allah juga adalah ‘kampung halaman’ kita. Tempat kita berasal dan akan kembali, “Hanya kepada Allah kamu semua kembali.” (QS. Al-Maidah: 48). Dalam bahasa Jalaluddin Rumi, penyair sufi asal Persia, Tuhan adalah “rumpun bambu” kita, sedangkan kita adalah seruling bambu yang tercerabut dari rumpunnya. Suara yang keluar dari sebuah seruling sesungguhnya adalah jeritan kerinduan untuk bisa kembali kepada rumpun bambu, tempatnya berasal. Dengan beberapa ketentuan seorang Muslim ketika bepergian atau melakukan perjalanan jauh dari rumahnya boleh menyingkat shalat-shalatnya atau menggabungkannya. Tetapi jika disekitaran Kakbah, darimanapun para jamaah haji datang dan betapapun jauhnya perjalanan yang di tempuh, shalat mereka harus sempurna dan tidak boleh disingkatkan. Sebab perjalanan menuju Kakbah sesungguhnya adalah perjalanan kembali ke kampung halaman. Karena itulah Kakbah disebut juga Baitullah, Rumah Tuhan. Begitu juga dengan Ramadhan, disebut Bulan Tuhan, karena pada bulan ini kita semua, orang-orang yang beriman kepada-Nya, kembali kepada Tuhan. 
Meminjam bahasa Jalaluddin Rakhmat, manusia adalah “anak-anak Tuhan” yang dikeluarkan dari rumah-Nya untuk bermain-main di halaman dunia ini -Sesungguhnya, kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan hiburan- (QS. Al-An’am: 32). Pada bulan Ramadhan inilah, anak-anak Tuhan diminta kembali dan meninggalkan halaman permainan. Selama kita asyik bermain, kita sibuk membeli “jajanan” yang bermacam-macam: Kekayaan, kekuasaan dan kemasyhuran. Kita diingatkan bahwa ada makanan lain yang jauh lebih sehat dan lebih lezat. Pada bulan Ramadhan Tuhan mempersiapkan jamuan-Nya dan kita diundang untuk menjadi tamu-Nya. Rasulullah saww berkata,” Inilah bulan ketika kalian diundang untuk menjadi tamu-tamu Tuhan. Di bulan ini, kalian dijadikan orang-orang yang berhak memperoleh jamuan Tuhan. Di bulan ini, nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal kalian diterima, dan doa kalian diijabah.
Bulan Solidaritas 
Ramadhan sering disebut juga bulan rahmat (kasih sayang), karena pada bulan ini kepekaan dan rasa kasih sayang kita digugah. Rasulullah saww menganjurkan kita meyayangi dan menyantuni anak-anak yatim, bersedekah kepada fakir miskin, memuliakan pemimpin dan mengasihi orang-orang kecil dan para pekerja yang berada di bawah tanggungan kita. Kita dihimbau untuk menjalin akrab relasi kemanusiaan. Pada bulan ini, anak-anak kembali kerumah orang-orang tua mereka menjalin kembali kasih sayang dan persaudaraan, anak-anak yatim disantuni dan mendapat perhatian berlebih, para atasan mempererat hubungan dengan para karyawannya, para pemimpin semakin mencintai rakyatnya dan orang-orang kaya memadu kasih dengan orang-orang miskin. Ditengah kegersangan relasi kemanusiaan dan solidaritas sosial, Tuhan mempersembahkan Ramadhan yang membawa rahmat bagi sebanyak-banyaknya orang. 
Ramadhan datang untuk memperpeka kembali kemanusiaan kita yang selama ini terkotori oleh kesadaran hidup yang bersifat ordiner, konsumtif dan profan semata. Dengan berpuasa, kita mampu memenangkan insan malakuti diatas sifat kebinatangan yang bersemayam dimasing-masing jiwa kita. Rasulullah saww menganjurkan agar di bulan ini kita melatih diri untuk mengubah pola relasi kebinatangan yang berdasarkan kebencian dan permusuhan dengan pola relasi yang lebih manusiawi, kontak sosial yang berdasarkan cinta, kasih sayang dan silaturahmi. Baik kepada rakyat kecil maupun para pembesar, Nabi berkata, “Bersedekahlah kepada fakir miskin. Muliakan para pemimpin kamu dan sayangi orang-orang kecil di antara kamu. Sambungkan persaudaraan kamu. Sayangilah anak-anak yatim orang lain supaya Tuhan menyayangi anak-anak yatim kamu.” Ketika Nabi Yusuf as menjadi menteri logistik, ia membiasakan puasa setiap hari. Orang bertanya kepadanya: Mengapa Anda membiasakan lapar sementara perbendaharaan bumi di tangan Anda? Yusuf menjawab: Aku takut kenyang dan mengabaikan mereka yang lapar.” 

DUA KENDURI LAGI WEI

2 kenduri bakal diadakan ialah:

1. Kenduri perkahwinan anak perempuan Md Jadi Larut, bekas Tingkatan Enam Sains SMMA 1978 pada Ahad, 16 hb September 2012, bertempat di Dewan Sri Jugra, Banting, Selangor.  Berhampiran Stadium Jugra, sebelum bandar Banting.

2. Kenduri perkahwinan anak perempuan Suhdi, bekas Tingkatan Enam Sastera 2, SMMA 1978 pada Sabtu, 6 hb Oktober 2012, di No 107, Blok I, Rumah Awam Pulau Sebang 3, Tampin, Melaka.

Jika ke Banting, elok juga kita menangkap ketam Nipah di tepi pantai Banting. Ha ha. kena bermalam di sana nampaknya. Saya pernah menangkap ketam nipah di sana beberapa tahun lalu. Woooo. 

Jika ke rumah Suhdi, kita boleh tambahkan agenda mengeteh di rumah Zaini Samani pula. Dah dekat sangat tu. Elok ziarah rumah kekawan lain. Jika apa-apa hal nanti, senang kita ke rumahnya pula. Woooo. Rumah Juwita pun dekat dengan rumah Suhdi.  Kalau ada  mee sup kambing, gerenti kita pi. Ha ha.  Malah rumah Salim pun dekat juga. Beliau sakit, elok juga diziarah.






 

JIKA SEORANG DIRI

Kurang lebih ada enam bulan lagi nak menghabiskan Tahun 2012.  Pejam celik masa berlalu seperti kilat. Tau-tau dah puasa. Tau tau dah raya. Tau tau dah nak pencen. Tau tau dah mula sakit sana sakit sini. Tau tau dah hampir nak mati kita ini. Ha ha. Subjek yang tak seronok, tetapi kita tetap akan ke  sana. jua. Hai, terasa macam tak bersedia   je. 

Kematian bukan penamat hidup, tetapi bermulanya fasa kehidupan baru selanjutnya.  Alam  barzakh, alam berehat sang mukmin menanti fasa alam kebangkitan pula. Alam barzakah sebenarnya terlalu 'sekejap" sahaja jika  kita bersedia beramal di dunia ini. Alam dunia merrupakan alam ujian. Pastikan kita lulus ujian ini. Kekadang kita tak adil kepada diri sendiri - terlalu takut anak tak lulus UPSR tetapi tidak hairan dengan ujian Allah swt. Basicnya mudah - buat  yang  wajib, tinggalkan yang haram sahaja.

Kita mungkin mudah membuat ibadat yang wajib tetapi sukar atau tercabar apabila menguruskan hal dunia secara islamik. Urusan kerja  dan bisnes harian kita kena berlandaskan Islam. Ini bukannya  mudah dan memerlukan pengorbanan. Kekadang  nampak kecil dan titik bengik, namun kita gagal mematuhinya seperti yang ditetapkan oleh ugama kita.  

Mari kita kuatkan tekad untuk menghabiskan baki usia kita dengan mengikut jalan Islam. Hadirilah majlis ilmu, tazkirah dan pengajian untuk panduan kita.  Jika seorang diri, Zakaria Osman pesan untuk berzikir dan berselawat!!!!


himpunan di kenduri Razak Husin

Ada sekeping foto lagi di majlis perkahwinan anak Razak Husin:


YAHYA GHANI DI PERANCIS

Yahya kini berada di Perancis. Tetapi bukan kerana menyiasat kes scorpene. Ha ha. Baca emel beliau kepada saya pada 1 Jun lalu:

Assalam pak!

Aku bercuti 29/5 - 10/6 attend konvo anak kat UCD dublin ireland sambil sembang2 mengeteh  kat Paris 3 days, London 3 days & Dublin 4 days, now kat Paris esok baru berangkat naik eurostar Paris - London melepak mengeteh  kat sana pulak insyaallah

Kejap lagi berhajat nak sbyang jumaat kat masjid Paris insyaallah

Muga2 kita semua selamat & amp; dirahmati Allah.....

Yag


Demikianlah emel rojaknya yang sekejap Melayu dan sekejap Inggeris. Wooo.

AKSI -AKSI DI KENDURI RAZAK HUSIN








SELAMAT SUDAH KENDURI RAZAK

Geng Munshi 78 kembali menggempur. Kali ini di majlis kenduri perkahwinan anak perempuan kepada Ab Razak Husin. Tengahari semalam team Melaka dan KL bertemu di Dewan Banquet UPM Sedang. 

Team Melaka ialah Mokhtar, Karim, Jaamat, Suhdi, Rashid Ahmad, Zaini Samani, Aziz Md Yasin, Hayati, dan Hasnah.

Team  KL pula ialah Mastura, Maznah, Sharifah Nuri, Sahara, Shamsudin Yusof, Md Jadi, Basir, Norlida Baba, Khatijah  dan saya. 

Agak lama juga kami bersembang sehingga sampai ke padang golf Brisbane, Australia.  Ya, jika jumpa Shamsudin, cerita golf wajib ada punya. Ha ha.

Sebelum berpisah kami sempat  bergambar dengan ibu bapa pengantin. Tunggu,   gambar akan menyusul  nanti.

Selepas  ini kita akan menggempur Banting dan Tampin pula. Woooo.

Oh ya, Mastura sudah menjadi nenek pada suboh semalam. Ha ha. Boleh join kelab Rohaya, Norjan dan rakan-rakan lain yang setaraf dengannya. 

SELAMAT HARI GURU

Semalam Hari Guru.  Golongan  guru diraikan dengan hebat sekali termasuk pengumuman kenaikan  pangkat oleh TPM.  Ha ha.  Sahara minta sangat saya merakamkan ucapan Selamat Hari Guru. Akhirnya saya terjumpa sajak A.Samad Said berkaitan dengan guru.


OBOR HEMAH
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
A. SAMAD SAID

KE BUKIT SERINDIT

Jangan terkejut, petang semalam saya ke Stadium Bukit Serindit Melaka untuk memberi sokongan pasukan hoki remaja Malaysia. Ha ha. 

Malangnya stadium ini kecil sangat untuk satu event bertaraf antara bangsa, Tiada kerusi duduk yang cukup. Yang hadir kena berdiri.  Apa lagi saya pun cabut ke rumah kakak ipar di Bachang, menonton melalui Astro sahaja. Wooo. Begitu jauh datang ke Melaka, hanya untuk menonton di Astro. Apa punya tuuur daaa...

Saya adalah peminat hoki kerana ramai anak NS dan Melaka adalah pemain hoki negara  pada era 70 dan 80 an  dahulu.

Sempat mengeteh di Hentian Kueh Kampong dan berpeleseran di Dataran Pahlawan. Wooo. Saya tak call sesiapa pun kecuali Zek tapi Zek mengalami  masalah perutttt. Kesian.

AL KESAHNYA MARHAMAH

Ini emel dari Mokhtar. Kesah Marhamah kita:

Salam, 

Sahabat kita, Marhamah,  hari Khamis aritu (10 Mei 2012 – Hari Ibu) tergamam tengok rombongan pelawat daripada Sharifah Rodziah Melaka melawat sekolah dia, Sek.Men.Agama JAIM, Ehya Al-Karim, Tg Bidara Melaka.

Rombongan Sharifah Rodziah nak tengok macammana  rupa sekolah Marhamah tu yang PIBGnya menang sebagai PIBG terbaik di Malaysia 2011 wooi !!! (dapat habuan RM50,000) dan satu lagi, menang Tempat Ke 3, Kebersihan Kantin Sekolah Menengah Malaysia 2011 . 

Tapi dia terperanjat besau bila tengok aku ada dalam rombongan pelawat sebab baru dia tau aku YDP PIBG Sharifah Rodziah…..

Aku pula tabik kat Marhamah bila Marhamah berucap sebagai wakil Pengetua dia….hoi hebat. Rupanya baru aku tau sahabat kita ni orang kanan sekolah tu (GPK HEM & Warden asrama perempuan), bila berucap macam pakar motivasi ooi…... ni ada gambar2 tengoklah sahabat kita tu & sekolah nya….tengoklah….
Tahniah Marhamah, hadiah untuk hari Ibu 2011


KAD JEMPUTAN AB RAZAK HUSIN PADA 20 MEI

Klik untuk lebih jelas. Jika tak jelas apa boleh buat.  Ha ha.

KAD JEMPUTAN RAZAK HUSIN


20 MEI KENDURI RAZAK HUSIN

Razak Husin sekeluarga dengan suci hati menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis perkahwinan anak perempuannya  pada  Ahad, 20hb Mei 2012 di Dewan Banquet UPM, Lebuh Silikon, UPM, Serdang.

 Jumpa di sana jam 1 tengahari.  Geng Melaka  tak sukar mencari UPM. Kok sesat juga, tak tahu nak cakap apa. Ha ha.

Ini notis paling singkat. Razak terlalu sibuk agaknya. Woooo.


TERIMA KASIH DARI MOHD HAN

Ini pesan Mohd Han:

Saya Mohd Han sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian kalian hadir ke walimatulurus rumah saya pada 6/5/2012 yang lalu.

Maaf jika ada silap dan salah semasa saya dan keluarga melayani kalian. Semoga jumpa lagi.
Wasallam.

KEMBARA KE AKHIR USIA


AHAD 6 MEI DI RUMAH MARIA/HAN

Jangan lupa Ahad ini 6 hb Mei, kenduri perkahwinan anak Mohd Han Hasan dan Maria Ibrahim di alamat KM 8.4, Bakar Batu, Kampung Kandang 75460 Melaka.

Kali ini kebanyakan rakan Munshi 78 buat kenduri kahwin pusingan kedua.

Di samping berita dalam blog ini, harap yang empunya kenduri menalipon atau sms ke rakan Munshi yang lain. Ada dikalangan rakan Munshi kita,   tak terima konsep menjemput kenduri melalui blog. Ijtihad masing-masing le, Saya, jemput melalui mimpi pun akan datang jika tak ada demo di KL. Ha ha.

Insyallah saya akan sampai di rumah Maria jam 1 tengahari. Hairan ya, mengapa saya tak pernah berjumpa Rani Embi  dan Ishak  di majlis walimatul urus geng Munshi.  Harap kali ini Mohad Han dapat menjemput mereka  berdua dengan menghantar kereta kuda kepadanya. Wooo.

Kenduri pertama Maria dahulu, saya  tak dapat hadir kerana beriktikaf di Hospital Kuala Lumpur. Kali ini diharap  sihat jua adanya.


KENDURI SAUDAH 28 APRIL

Orang Melaka jangan lupa kenduri Saudah pada  Sabtu 28hb April, di Dewan Bestari, Air Keroh Melaka. Jangan lupa perkenalkan diri kepada Saudah. Takut dia tak kenal anda semua. Ha ha.

Saya dan Adam tak dapat hadir kerana sibuk di Dataran Merdeka. Ha ha. 

Harapnya Hayati akan mengetuai geng Munshi 78 di majlis tersebut. Buatlah apa yang patut. Bergambar ke. Mengeteh ke. Borak-borak ke. Jangan bawa balik pelamin sudah le. Woooo.


TERIMA KASIH DARI RASHID

 Berikut emel  dari Rashid Ahmad:

Salam sdr Ali.

..mohon panjangkan ucapan terima kasih saya kepada rakan2 yang sudi menjenguk majlis walimatul urus saya pada 7 Apr 2012 yang lalu..semoga perasahabatan MUNSHI 78 akan terus dipereratkan...Insyaallah akan berjumpa di lain-lain majlis..Salam

ROY KE MEKAH PULA

Dua hari lalu, Rabu, Rohaya dan suaminya berangkat ke Mekah menunaikan ibadah umrah. Kita doakan mereka  selamat pergi dan selamat kembali.

Sebenarnya Hayati pun sudah berangkat dan kembali dari menunaikan umrah pada  19hb Februari hingga 2hb Mac lalu. Beliau pergi satu keluarga  beserta menantu, kakak  dan abang iparnya  sekaligus. Meriah nampaknya tu.

Sehari dua ini, saya ada ke Melaka menziarahi  orang sakit. Minggu hadapan hendak ke JB pula, nak belajar ilmu buat duit. Hajat hati nak ajak Zakaria Osman sekali. Kok dia mahu. Siapa  nak ikut, kena cutilah ya. Tunggu di Tol Air Keroh.  Moga dapat  saya menuntut "ilmu-ilmu" lain dari Zakaria  juga. Ha ha. 

Oh ya, jangan lupa Sabtu ini di rumah Rashid. Katanya Mokhtar akan belanja teh selepas itu. Saya terpaksa hadir ke program lain. 

Bulan April ini, Adam Ahmad sibuk sekali di Dataran Merdeka. Woooo. Jangan kacau dia ya....

SABTU INI DI RUMAH RASHID AHMAD

Jangan lupa   Sabtu ini 7hb April 2012, kenduri perkahwinan anak perempuan Rashid Ahmad, bekas Tkt 6 Sastera 2, di Lot 582-1,   Bt 11 1/2 , Kg Paya Rumput Jaya, Sg Udang, Melaka.

Jika tak tau jalan, tanyalah Mokhtar Ahmad.  

KENDURI MARIA 6 MEI

Saya terima sms dari Basir yang kini berada di Masjidil Haram, Mekah. Beliau kirim salam kepada semua pembaca blog ini.

Insyaallah jika tiada aral, beliau berangkat balik ke tanah air  pada 2 April ini.  Mesti beliau rindu dengan gulai asam pedas. 

Dilapurkan Maria Ibrahim akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya yang kedua pula pada 6hb Mei akan datang. 

Kenduri Razak Husin belum ada sebarang info lagi.

PERJUMPAAN 2012 MAHU KE

Bak kata Juwita, "diam tak diam"  masa berjalan. Umur pencen semakin dekat. Umur kematian pun mendekat juga. Mungkin lebih cepat lagi.  Rasanya semua kekawan kita sudah bersedia secukupnya. Jika persediaan kenduri kahwin pun, bukan main bersedia dengan rapinya, inikan pula hari nak berjumpa dengan Ilahi.  Ha ha.

Dalam alquran ada menyebutkan kita ini sentiasa disibukkan atau dilalaikan  dengan urusan dunia dan anak-anak. Ya le, jika nak bereskan hal dunia, sampai bila tak beres. Maka, kita kena tetapkan masa sendiri untuk urusan dengan kerja, ibadah dan keluarga. Urusan wajib jangan sesekali ditinggalkan. Urusan sunat digalakkan. Jika ada kelapangan, buatlah amal kemasyarakatan. Lihatlah sekeliling, siapa yang patut dibantu. Jika tak mampu buat seorang, kena ajak orang lain turut sama.

Ada cadangan supaya perjumpaan tahunan kita tahun ini diadakan di Melaka. Soalnya bagaimana. Jumpa sekadar makan sahaja atau kena bermalam ke. Jika sekadar makan, maka belanjanya murah, sekadar bayar makan buffet sahaja. Jika nak bermalam, masing-masing tanggunglah  kos penginapan. Takkan Md Jadi nak tanggung. Ha ha.  So, saya buka kepada cadangan. Tulislah dalam comment dan catat nama anda di hujung komen. Kalau tak, kita tak tau jin mana yang menulisnya.  Wooo.
 

SYABAS ZOL

Minggu lalu, sahabat kita Zolkaply Yunus, Pengetua Sekolah Menengah Iskandar Jasin  menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Peperiksaan PMR dan STPM 2011 dari TPM. Dapat habuan sebanyak RM 8,000  dan  peruntukan khas  sebanyak RM 200,000.00 untuk naik taraf dewan sekolah.


Apa formulanya tu?

Syabas dan tahniah kepada Zul, yang  nama timangannya  di asrama putera dulu sebagai  "Imam'. 

BASIR KE MEKAH

Basir dan isteri berangkat ke Tanah Suci Mekah  pada jam 10 malam,  hari  ini  bagi menunaikan ibadah ziarah dan umrah. 

Kita doakan beliau selamat pergi dan balik. Katanya sehingga akhir bulan baru balik.

PUISI SEMPENA CUTI BALIK KAMPONG

Sajak Kampung


kampung kini adalah
gadis pingitan murung dan suram
justeru pemuda kekasihnya
sudah lama berangkat
meninggalkan sawah ladang
terbiar ditumbuhi lalang
untuk memburu pelangi di jantung kota
maka sekarang tinggallah barisan
datuk serta nenek tua
yang tak mampu lagi hendak
meneroka hutan atau berhuma
sesekali pada musim cuti
mereka akan pulang
mendendangkan lagu rock
sambil mengait rambutan langsat
pulasan atau kelapa muda
kemudiannya berangkat pergi
meninggalkan engkau kembali sepi
kampung
kini ada gelisah sebak di dadamu
ada resah yang mengapung di sungaimu.
 
                                                                    Zahari Hasib

KENDURI LAGI PADA 7 DAN 28HB APRIL

Program selanjutnya  pada  7 hb April 2012, iaitu   kenduri perkahwinan anak peremuan Rashid Ahmad, bekas Tkt 6 Sastera 2, di Lot 582-1, Batu 11 1/2,  Kg Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka.

Kemudian disusuli  kenduri perkahwinan anak perempuan  Saudah Rahmat, bekas Tingkatan Enam Sastera 2,  pada  28 hb April 2012, Sabtu, di Dewan Bestari, Air Keroh, Melaka.

Khabarnya Razak Husin akan adakan kenduri pada Mei ini tetapi belum ada kenyataan rasmi darinya. Mat Jadi pula sedang meninjau dewan kosong utuk kenduri anaknya pada September pula.

Setakat ini belum ada lapuran perkahwinan pengantin lama, walaupun ada angin bertiup sepoi-sepoi  bahasa. Ha ha.


TERIMA KASIH DARI MAZNAH

Selamat sudah kenduri perkahwinan anak Maznah Sabri Asnawi pada Sabtu lalu.  Lega suaminya, Pak Yusof kerana mengakadnikahkan anaknya sendiri tanpa berwakil wali. Ha ha.

Sahara, Mastura dan Sharifah paling awal tiba, macam orang pangkal le.

Saya balik segera dan sempat berjumpa dengan Mat Jadi, Zakaria Jaafar, Mak Ram, Nyaros dan Rohaya Rahmat.

Menurut Juwita, selepas kawan Munshi dari Melaka datang, barulah Maznah boleh tersenyum puas.  Katanya 3 kereta dari Melaka.  Yati, Mokhtar, Mansor, Hasnah, Marhamah, dan Kamarudin Arshad

Geng KL yang hadir, katanya,  Hidayah, Norlida,  Khatijah Kasim  dan Yahya Ghani.

Jamilah Jamian sampai setengah jalan sahaja kerana sesat dan terus   balik rumah. Ha ha , saya dan Hidayah pun sesat juga tetapi akhirnya jumpa juga rumah Maznah.  Belakong yang saya lalu 26 tahun lalu kini sudah  sesak dengan pelbagai taman perumahan.

Berkali kali Maznah pesan kepada saya untuk ucapkan terima kasih kepada semua geng Munshi yang hadir. Agaknya,  kalau geng Munshi tak datang, macam tak sempurna majlisnya. Woooo. Itulah "kerinduan" kepada kawan lama....

Terima kasih kepada Kamarudin yang  mengemel gambar diatas. Renung-renunglah siapa tu.
 

berita kahwin aja ke?

Ada kawan Munshi 78 bersungut, blog ini cerita berita kahwin je. Ha ha.

Alangkah baiknya jika dihantar apa-apa berita lain kepada saya untuk dipaparkan. Saya bukan wartawan  mencari berita. Blog ini pun tak bercerita hal politik, bisnes  atau falsafah. Ini blog berkaitan dengan geng  orang tua Munshi 78 sahaja. Ha ha.

Jika ada berita  anda, saya paparkan. Jika tak ada, saya buat kerja lain pula.  Kerja utama saya membaca dan berborak sahaja. Betul-betul macam orang pencen. Wooo. Sesekali mengeteh. Majezan dan Basir dah lama tak menyinggah.  Mazlan Ahmad, tak payah dicarilah. Dia sibuk jaga Rais Yatim. Wooo.




KELUAR TOL UPM JIKA KE RUMAH MAZNAH

Maznah pesan sangat kepada saya agar mengingatkan jemputannya pada  Sabtu 10hb Mac ini,

Bagi kekawan dari Melaka, kena ikut Tol UPM. Selepas tol UPM jumpa simpang empat dan belok kanan ke The Mines. Ikut sahaja arahan signboard. Apabila jumpa The Mines, ikutlah panduan seperti dalam pelan yang telah diposting sebelum ini.

Jika sesat tanya Basir. Ha ha.

Saya datang awal jam 10 pagi untuk majlis akad nikah dan akan balik jam 1 tengahari. So, datanglah awal, paling lewat jam 12 tengahari. 

Al fatihah untuk bapa mertua Sharifah Nuri yang meninggal pada awal pagi Jumaat lalu  di Hospital Kajang. Jenazah beliau dikebumikan di kampongnya Bidor, Perak.


PELAN KE RUMAH MAZNAH PADA 10 MAC 2012




Klik untuk lebih jelas





Jika tak reti pelan tu, baiklah bertanya awal  ya