PUISI SEMPENA CUTI BALIK KAMPONG

Sajak Kampung


kampung kini adalah
gadis pingitan murung dan suram
justeru pemuda kekasihnya
sudah lama berangkat
meninggalkan sawah ladang
terbiar ditumbuhi lalang
untuk memburu pelangi di jantung kota
maka sekarang tinggallah barisan
datuk serta nenek tua
yang tak mampu lagi hendak
meneroka hutan atau berhuma
sesekali pada musim cuti
mereka akan pulang
mendendangkan lagu rock
sambil mengait rambutan langsat
pulasan atau kelapa muda
kemudiannya berangkat pergi
meninggalkan engkau kembali sepi
kampung
kini ada gelisah sebak di dadamu
ada resah yang mengapung di sungaimu.
 
                                                                    Zahari Hasib

0 comments: