Selamat sudah kenduri perkahwinan anak Maznah Sabri Asnawi pada Sabtu lalu. Lega suaminya, Pak Yusof kerana mengakadnikahkan anaknya sendiri tanpa berwakil wali. Ha ha.
Sahara, Mastura dan Sharifah paling awal tiba, macam orang pangkal le.
Saya balik segera dan sempat berjumpa dengan Mat Jadi, Zakaria Jaafar, Mak Ram, Nyaros dan Rohaya Rahmat.
Menurut Juwita, selepas kawan Munshi dari Melaka datang, barulah Maznah boleh tersenyum puas. Katanya 3 kereta dari Melaka. Yati, Mokhtar, Mansor, Hasnah, Marhamah, dan Kamarudin Arshad
Geng KL yang hadir, katanya, Hidayah, Norlida, Khatijah Kasim dan Yahya Ghani.
Jamilah Jamian sampai setengah jalan sahaja kerana sesat dan terus balik rumah. Ha ha , saya dan Hidayah pun sesat juga tetapi akhirnya jumpa juga rumah Maznah. Belakong yang saya lalu 26 tahun lalu kini sudah sesak dengan pelbagai taman perumahan.
Berkali kali Maznah pesan kepada saya untuk ucapkan terima kasih kepada semua geng Munshi yang hadir. Agaknya, kalau geng Munshi tak datang, macam tak sempurna majlisnya. Woooo. Itulah "kerinduan" kepada kawan lama....
Terima kasih kepada Kamarudin yang mengemel gambar diatas. Renung-renunglah siapa tu.
Terima kasih kepada Kamarudin yang mengemel gambar diatas. Renung-renunglah siapa tu.
1 comments:
SORY MAZNAH AKU TAK DAPAT DATANG EMAK AKU MASUK HOSPITAL TARIKH YG SAMA. SEMUGA SELAMAT MENERIMA MENANTU BARU
Post a Comment