berita kahwin aja ke?

Ada kawan Munshi 78 bersungut, blog ini cerita berita kahwin je. Ha ha.

Alangkah baiknya jika dihantar apa-apa berita lain kepada saya untuk dipaparkan. Saya bukan wartawan  mencari berita. Blog ini pun tak bercerita hal politik, bisnes  atau falsafah. Ini blog berkaitan dengan geng  orang tua Munshi 78 sahaja. Ha ha.

Jika ada berita  anda, saya paparkan. Jika tak ada, saya buat kerja lain pula.  Kerja utama saya membaca dan berborak sahaja. Betul-betul macam orang pencen. Wooo. Sesekali mengeteh. Majezan dan Basir dah lama tak menyinggah.  Mazlan Ahmad, tak payah dicarilah. Dia sibuk jaga Rais Yatim. Wooo.




1 comments:

hasnah klebang said...

ramai kekawan dah pandai pakai FB ler... saya sendiri xda akaun FB. tu yang dah jarang komen kat blok. sori...