KE BUKIT SERINDIT

Jangan terkejut, petang semalam saya ke Stadium Bukit Serindit Melaka untuk memberi sokongan pasukan hoki remaja Malaysia. Ha ha. 

Malangnya stadium ini kecil sangat untuk satu event bertaraf antara bangsa, Tiada kerusi duduk yang cukup. Yang hadir kena berdiri.  Apa lagi saya pun cabut ke rumah kakak ipar di Bachang, menonton melalui Astro sahaja. Wooo. Begitu jauh datang ke Melaka, hanya untuk menonton di Astro. Apa punya tuuur daaa...

Saya adalah peminat hoki kerana ramai anak NS dan Melaka adalah pemain hoki negara  pada era 70 dan 80 an  dahulu.

Sempat mengeteh di Hentian Kueh Kampong dan berpeleseran di Dataran Pahlawan. Wooo. Saya tak call sesiapa pun kecuali Zek tapi Zek mengalami  masalah perutttt. Kesian.

2 comments:

Anonymous said...

Datang kampong orang beritahulah penghulu yang ada

Anonymous said...

Ha ha ha,
Betul ke berada di Bukit Serindit. Saya pun boleh cakap berada di Himpunan Bersih tempoh hari. Ha ha ha,
Bukti takde nak buat macam mana.
Kalau ade bukti semua org boleh pecaya.
Kesian Bukit serindit, Tapi apalah ada stadium yg besar kalau bumbung runtuh,
Lebih baik kecik tapi pasukan menang.
Menang sorak tapi kampung tak tergadai hohoho