SELAMAT SUDAH KENDURI RAZAK

Geng Munshi 78 kembali menggempur. Kali ini di majlis kenduri perkahwinan anak perempuan kepada Ab Razak Husin. Tengahari semalam team Melaka dan KL bertemu di Dewan Banquet UPM Sedang. 

Team Melaka ialah Mokhtar, Karim, Jaamat, Suhdi, Rashid Ahmad, Zaini Samani, Aziz Md Yasin, Hayati, dan Hasnah.

Team  KL pula ialah Mastura, Maznah, Sharifah Nuri, Sahara, Shamsudin Yusof, Md Jadi, Basir, Norlida Baba, Khatijah  dan saya. 

Agak lama juga kami bersembang sehingga sampai ke padang golf Brisbane, Australia.  Ya, jika jumpa Shamsudin, cerita golf wajib ada punya. Ha ha.

Sebelum berpisah kami sempat  bergambar dengan ibu bapa pengantin. Tunggu,   gambar akan menyusul  nanti.

Selepas  ini kita akan menggempur Banting dan Tampin pula. Woooo.

Oh ya, Mastura sudah menjadi nenek pada suboh semalam. Ha ha. Boleh join kelab Rohaya, Norjan dan rakan-rakan lain yang setaraf dengannya. 

0 comments: