ROY KE MEKAH PULA

Dua hari lalu, Rabu, Rohaya dan suaminya berangkat ke Mekah menunaikan ibadah umrah. Kita doakan mereka  selamat pergi dan selamat kembali.

Sebenarnya Hayati pun sudah berangkat dan kembali dari menunaikan umrah pada  19hb Februari hingga 2hb Mac lalu. Beliau pergi satu keluarga  beserta menantu, kakak  dan abang iparnya  sekaligus. Meriah nampaknya tu.

Sehari dua ini, saya ada ke Melaka menziarahi  orang sakit. Minggu hadapan hendak ke JB pula, nak belajar ilmu buat duit. Hajat hati nak ajak Zakaria Osman sekali. Kok dia mahu. Siapa  nak ikut, kena cutilah ya. Tunggu di Tol Air Keroh.  Moga dapat  saya menuntut "ilmu-ilmu" lain dari Zakaria  juga. Ha ha. 

Oh ya, jangan lupa Sabtu ini di rumah Rashid. Katanya Mokhtar akan belanja teh selepas itu. Saya terpaksa hadir ke program lain. 

Bulan April ini, Adam Ahmad sibuk sekali di Dataran Merdeka. Woooo. Jangan kacau dia ya....

0 comments: