AHAD 6 MEI DI RUMAH MARIA/HAN

Jangan lupa Ahad ini 6 hb Mei, kenduri perkahwinan anak Mohd Han Hasan dan Maria Ibrahim di alamat KM 8.4, Bakar Batu, Kampung Kandang 75460 Melaka.

Kali ini kebanyakan rakan Munshi 78 buat kenduri kahwin pusingan kedua.

Di samping berita dalam blog ini, harap yang empunya kenduri menalipon atau sms ke rakan Munshi yang lain. Ada dikalangan rakan Munshi kita,   tak terima konsep menjemput kenduri melalui blog. Ijtihad masing-masing le, Saya, jemput melalui mimpi pun akan datang jika tak ada demo di KL. Ha ha.

Insyallah saya akan sampai di rumah Maria jam 1 tengahari. Hairan ya, mengapa saya tak pernah berjumpa Rani Embi  dan Ishak  di majlis walimatul urus geng Munshi.  Harap kali ini Mohad Han dapat menjemput mereka  berdua dengan menghantar kereta kuda kepadanya. Wooo.

Kenduri pertama Maria dahulu, saya  tak dapat hadir kerana beriktikaf di Hospital Kuala Lumpur. Kali ini diharap  sihat jua adanya.


0 comments: