JIKA SEORANG DIRI

Kurang lebih ada enam bulan lagi nak menghabiskan Tahun 2012.  Pejam celik masa berlalu seperti kilat. Tau-tau dah puasa. Tau tau dah raya. Tau tau dah nak pencen. Tau tau dah mula sakit sana sakit sini. Tau tau dah hampir nak mati kita ini. Ha ha. Subjek yang tak seronok, tetapi kita tetap akan ke  sana. jua. Hai, terasa macam tak bersedia   je. 

Kematian bukan penamat hidup, tetapi bermulanya fasa kehidupan baru selanjutnya.  Alam  barzakh, alam berehat sang mukmin menanti fasa alam kebangkitan pula. Alam barzakah sebenarnya terlalu 'sekejap" sahaja jika  kita bersedia beramal di dunia ini. Alam dunia merrupakan alam ujian. Pastikan kita lulus ujian ini. Kekadang kita tak adil kepada diri sendiri - terlalu takut anak tak lulus UPSR tetapi tidak hairan dengan ujian Allah swt. Basicnya mudah - buat  yang  wajib, tinggalkan yang haram sahaja.

Kita mungkin mudah membuat ibadat yang wajib tetapi sukar atau tercabar apabila menguruskan hal dunia secara islamik. Urusan kerja  dan bisnes harian kita kena berlandaskan Islam. Ini bukannya  mudah dan memerlukan pengorbanan. Kekadang  nampak kecil dan titik bengik, namun kita gagal mematuhinya seperti yang ditetapkan oleh ugama kita.  

Mari kita kuatkan tekad untuk menghabiskan baki usia kita dengan mengikut jalan Islam. Hadirilah majlis ilmu, tazkirah dan pengajian untuk panduan kita.  Jika seorang diri, Zakaria Osman pesan untuk berzikir dan berselawat!!!!


0 comments: