BUKU SEDANG BEREDAR

Marhamah sedang menelaah buku Mentafsir Kebahagiaan karya Jalaludin Rakhmat. Esok, Zakaria akan mula membaca buku Rindu Rasul pula, juga karya Jalaludin Rakhmat.

Sesiapa nak baca buku tersebut bolehlah pinjam daripada mereka. Kok depa berdua menghakmilik buku tersebut, nasib engkau orang le. Saya dah hadiahkan kepada mereka, hak merekalah ya. Ha ha.

Apabila membaca, bersedialah kita membuka minda kerana mungkin ideanya tak sama dengan idea yang sedang kita fahami kini.

4 comments:

zek berdengung (saudara zek d fbook) said...

terima kaseh ya saudara ali maidin...insyallah...Takbir...

marhamah said...

Salam Ali. Terima kasih atas pemberian buku tempohari.Memang benar jangkaan awak buku-buku tersebut telah pun saya hakmilikkan.Namun begitu jika ada kekawan hendak meminjam saya tidak keberatan berbuat demikian. Kedua-dua buku "Nota Zikir untuk Fikir dan Tafsir Kebahagian "benar-benar menarik hati saya.Ianya ibarat mengembalikkan semula ke dunia pemikiran dan tuntutan jiwa yang kental.Rupa-rupa banyak yang saya tidak tahu dan alpa dalam hidup ini.Ternyata kedua-dua buku itu telah menyuntik inspirasi dan aspirasi baru dalam melandani kehidupan saya.Sekarang saya sedang menunggu sebuah buku yang akan dikirimkan oleh Doktor Mazejan untuk bacaan para pendidik.Harapan saya agar Encik Ali dapat meminjamkan saya buku-buku yang lain.Amin

majezan said...

Salam satu halaqah.
Saya nak belikan sebuah buku mudah difahami utk Marhamah,Risalah utk kaum Muslimin,tapi belum kesampaian kekedai buku.Kalau kengkawan terjumpa,bolehlah belikan utknya juga.Saya carikan yg saya punya,ada yg pinjam agaknya.

Anonymous said...

Kawan-kawan yang diingati,
Alhamdulillah,anda dikurnia banyak masa untuk membaca...bagi saya nak baca surat khabar pun mencuri-curi masa.Tapi kata orang kalau hendak seribu daya,kan..