SAH RAMLAH BUNTAL

Juwita dan Maznah sudah sms kepada saya mengatakan mereka ada menyimpan gambar-gambar mereka dengan Ramlah Buntal pada 1978. Maka sahlah pemanggil misteri itu rakan sekelas Tk 6 Sastera 1, SMMA 1978. Yang hairan selama ini kenapa kekawan tak sebut pun nama Ramlah dalam gambar kelas tu. Tarak patut sungguh.

Kita ingat seseorang tu kerana ada episod pelik dalam hidup kita. Macam Zek yang suka merenung dan mengurat semua anak dara Munshi. Ha ha. Kita ingat Mazlan kerana tak ambil result STP lantaran tak bayar yuran asrama. Aduh.... Dan yang paling kita ingat kekawan yang  kena halau tengah malam dari asrama  dek . rokok punya fasal. Wooo. 

Alhamdulillah, sekarang masing-masing buka almari lama untuk cari gambar bersama Ramlah pula. Juwita berjanji nak angkut Ramlah ke rumah Aziz pada Sabtu ini. So, kali ini kita akan sambut pengantin lama dan pengantin baru sekaligus.

Saya nak tanya kepada Ramlah - adakah saya  pernah bercakap dengan kau semasa di Munshi dulu. Kalau tak ada ada, memang teruk saya  ni - tak menyapa orang dalam kelas!!!!!Si Marhamah yang penyengap tu pun  sempat aku menegurnya dengan satu soalan yang sehingga sekarang dia ingat. Soalannya ialah - apakah kau faham Akta Bahasa 1967 tu. Soalan dan sapaan tu lah yang Marhamah ingat akan saya sehingga sekarang!!!!Soalan bisa tu. Soalan yang Adam tak suka tu. Ha ha. Fasal tu aku kena sembur air FRU pada 2 tahun lalu. Ha ha ha ha.

Katanya Ramlah yang bertudung coklat. Betul ke. Ada yang kata Ramlah kelas 6 sastera 2.Masing-masing dah mula hilang ingatan!!!!!

Dari kiri: Ana Hashim, Nyaros, Ramlah, Maznah Asnawi dan Norhizan Mahtob - depa berlakon studi tuuuu

5 comments:

Anonymous said...

Salam Ali.Sajak akta bahasa Kebangsaan 152! Ketika tu yang saya ingat saya tak pernah tahu sajak tu wujud dan oleh kerana nak jaga hati awak atau tak sangka idola saya datang bertanya saya terpaksa menipu!!!.Baik ketika tu awak tak minta saya bacakan! Maaf tok guru setelah 30 tahun saya dapat jumpa baru ada kesempatan bercerita perkara sebenarnya.....Rupa-rupanya sajak tu ada,saya terjumpa ketika saya sibuk menyiapkan kertas kerja dan rasa bersalah saya berkurangan kerana ia benar benar ada!

UK said...

Salam Ali, sekali pandang saya nampak macam Rashidah Rashid , tapi dua kali pandang sah lah Ramlah Buntal sbb dia satu krew dengan Ana. Jgn la cepat sangat hilang ingatan...kita semua kan nak sambut ulang tahun hari kelahiran 15 tahun....huh....dan Ramlah Buntal dari 6Sastera 1. Jgn lah bagi dia kecil hati lagi....

basir said...

Hai UK & Anonymous kan lebih molek guna nama sendiri. Saya buka blog setiap hari pun tak tahu siapa anda. Nama Si Ramlah Buntal ni pelik bunyinya. Mak UK mesti tahu kot. Jangan le kecik hati ya.

Anonymous said...

Salam kawan-kawan,
Macam manalah saya boleh terlupakan si Ramlah ni sedangkan masa sekolah dulu saya rapat dengan kau tapi bila kau keluar asrama kita mula kurang bersama..maaflah Ram..Dari dulu lagi Ramlah ni kuat merajuk.Silap salah cakap sikit dia akan merajuk dan tak tegur kita tapi senang nak pujuk.Dah tua2 ni tak usahlah senang2 nak merajuk Ram oi..malas nak pujuk..he he senang2 call kawan2 ye Ram...

maznah kg pulau said...

Semalam aku tel Ramlah....dia kata mcm mana kau boleh lupakan aku ye maznah, sedangkan nama bapak aku kan lain dari yg lain, kami pun x ckp apa2..gelak aje..jadi le lagu ram2 sori ram.. maaf gurau aje