Bahaya juga cuti lama-lama. Seminggu ke Indonesia menyebabkan banyak kerja yang tertinggal. Lantaran banyak kerja pada minggu lalu, saya tak sempat bertanya khabar kekawan dan mengajak Juwita makan-makan ketika beliau berkursus usahawan lagi di KL. Nasib baik sempat pi kenduri rumah Alias. Langsung saya tak kelui sesiapa pun. Ingatkan nak singgah rumah Zaini, tetapi beliau pun berjalan sakan ke Seremban.
Niat di hati pada hujung minggu ini nak singgah rumah Samiah Salim. Menurut Juwita, beliau agak kurang sihat. Khabarnya juga, tapak rumah dan tapak projek Samiah akan diambil alih oleh KTM. Entah mana beliau nak buat rumah baru tak tahulah. So, kenalah saya mengintai khabar kawan kita ini.
Jika sahabat sekitar Melaka ada masa, ziarahlah beliau. Besar pahala menziarahi orang ini. Jika tak ada hal pun dapat pahala. Inikan pula ada sebabnya. Lebih besar pahala dari solat sunat tau.
Walaupun sibuk kerja, sempat juga saya mencelah masa membilik buku yang dibeli di Indonesia tu. Tesentuh hati dan terkenang terus kepada rakan-rakan wanita Munshi yang kehilangan suami seperti Marhamah, Juwita dan terbaru Mastura, apabila sampai ke bab yang menceritakan antara ujian yang mencabar seorang wanita ialah apabila kehilangan sang suami. Kajian saintifik dan ujian psiklogi kes menunjukkan kehilangan pasangan merupakan ujian yang paling atas antara ujian-ujian yang kita hadapi dalam hidup ini. Bertuah sang muslim kerana pendidikan Islam mengajar kepada kita erti sabar, redha, pasrah dan bersyukur. Semua ini memantapkan jiwa kita.

3 comments:
Salam..tuan moderator minggu lepas (Sabtu) saya sebenarnya ke Ekspo Usahawan Orang Asli di Jusco,Seremban 2 utk jumpa kawan2 lama dan mencari peluang perniagaan khususnya produk baru yg berasaskan kpd kayu/minyak gaharu..saya tak pandai bab ini sebab kebanyakan berkait dng kosmetik..
Buku pertama menjadi 'sahabat' saya selepas pemergian suami ialah 'DON'T BE SAD'@JANGAN BERSEDIH SETELAH KESULITAN PASTI ADA KEMUDAHAN,khabarnya buku terlaris di Timur Tengah dan Indonesia. Buku ini dicadangkan olih seorang hamba Allah kepada puteri sulong saya ketika kami berada di Madinah. Rupanya tanpa kami sedari beliau ni sering memerhatikan kami empat beranak. Satu hari tanpa saya beliau mendekati putera dan puteri saya bertanya mengapa ayahanda tak ikut sama. Setelah jelas,beliau menyampaikan beberapa pesanan dan nasihat, dan berjanji akan mendoakan kesejahteraan kami. ANIH! lepas tu beliau tak muncul2 lagi..
Betul kata Ali dan Juwita. Rasa berdosa, bersalah pada Arwah, kurang ibadat, masa depan dengan anak2 , takut , sunyi semuanya ada selepas kehilangan.. Kuat2 hati ke majlis dekat2, membaca Quran, Yasin, zikir, solat sunat..ziarah kubur setiap minggu.. Melaka da rasa sejengkal .. Hari semalan saya teman anak cek doktor pula.. urus PTPTN yang sebelum ini semuanya Abah.. Betul kata Ali 6 bulan baru saya mampu buat kerja suami sedikit2..
Post a Comment