IQRAK - BACALAH

Saya amat bersetuju dengan pandangan Puan Ainon Mohd, tauke Penerbitan PTS yang mengatakan kitab buah tangan ulama silam wajar diterjemahkan menurut tata bahasa terkini supaya enak dibaca dan mudah difahami. Kita tak nafikan banyak sekali  kitab terjemahan yang kita baca pada zaman 70an dulu   disusun mengikut gaya bahasa lama. 

Isu-isu  yang diperkatakan oleh al-quran, para nabi   dan ulama silam sentiasa releven sehingga kini untuk dibicarakan kerana tabiat manusia sentiasa sama sepanjang zaman. Imam Ghazali amat  terkenal dalam  memperkatakan soal kebahagiaan. Yang saya tertarik dengan karya Jalaludin Rakhmat, yang dikatakan syiah oleh Dr Majezan itu ialah beliau mengupas isu kebahagiaan dengan merujuk kepada hasil penyelidikan ahli psikologi tentang betapa konsep kebahagiaan Islam lebih menyeluruh berbanding dengan barat. Model kebahagiaan barat secara saintifik dibuktikan masih gagal memberi "kepuasan"  kepada manusia.

Buku "Meraih Kebahagiaan" kini berada di tangan Maria Ibrahim sejak kenduri Aziz tempoh minggu. membicarakan soal ini. Yang syoknya kupasan beliau ini antara lain telah pun kita pelajari sejak Tingkatan Enam apabila mempelajari erti "ekonomi". Jika kehendak kita sentiasa besar melebehi kemampuan kita,  sampai bila pun hati kita tidak akan tenang.  So, pilihannya ialah bersyukurlah kepada Allah swt.

Saya akan kelilingkan buku satu persatu. Buku seterusnya ialah Rahsia Keajaiban Rezki. Selepas Maznah membacanya, bolehlah sesiapa menggilirkannya.

Saya tak berhajat menjual buku tetapi nak ajak sahabat semua membaca buku  bersama-sama. Kalau nak baca buku tasauf, pinjam dari Dr Majezan. Ha ha.

Ya, saya  terasa  bahagia kalau sahabat Munshi pun turut  karam bersama saya dalam menikmati lautan ilmu....

1 comments:

majezan said...

OK saja kalau Pak Jalal seorg syiah sprti S.Hossein Nasr penulis optimis kontemporari yg eksistensial itu, pun syiah juga.Karya2 mereka amat berharga sbg kesinambungan cetusan idea2 Ibn Miskawayiah yg berperan mmbentuk idea personaliti utk kebahagiaan.Iqbal dlm javed nameh dan asrari khudi menghalusi personaliti manusia menuju bahagia hakiki,yg tak tertimbang oleh Maslow(Majezan et al 1987.
Paling ketara,Malek Badri(IPL)menyisih psikologi barat yg bersifat ibarat minda dibg ubt pelali supaya hilang sakitnya minda itu,timbulnya bahagia pd badan.
Walau apapun,saya setuju Ali suka membaca,saya pun dihadiahkan sebuah karya nusantara.Teruskan.