11 PAGI DI RUMAH AZIZ

Saya, Suhdi, Zek dan Lft Kolonel Rashid sudah berjanji akan berjumpa di rumah Aziz, di Jasin pada jam 11 pagi, Sabtu ini. Kami akan ngobrol sehingga jam 12 tengahari kerana selepas tu akan ke kenduri lain pula.Kau siapkan   teh tarik  Aziz oi.

Saya harap Juwita yang  membawa sama  Ramlah akan sampai pada masa tersebut. Bagi sesiapa yang bakal berjumpa dengan Ramlah, jika dah terlupa akan beliau, tetaplah berpura-pura kenal  dan ingat akan beliau. Tak ada salahnya. Ha ha. Saya pun bukan ingat semua kekawan Munshi 32 tahun lalu. Apabila berjumpa mengaku sahaja "dah ingat semula". Wooo. Yang saya ingat sentiasa betul-betul ialah kawan lelaki yang seasrama kerana mana boleh lupa kekawan yang makan bersama, studi malam bersama, pi bilik air bersama, solat jemaah bersama, pi solat jumaat bersama dan berkongsi cerita kelakar bersama macam cerita "tompek lueh'  tu.  Sampai sekarang tak boleh lupa akan Adam kita tu.

Sharifah Nuri, Hasnah, Hayati dan beberapa orang lain lagi - tak pernah saya bayangkan ehwal mereka semasa 1978 dulu. Lainlah kalau Mastura dan Hidayah yang sama aktif dengan Persatuan Pelajar Islam SMMA, tentulah saya mengingatnya. Tambahan pula berjumpa lagi selepas keluar Munshi pada 1978 dulu tu. Roy dan Sahara saya ingat sangat  kerana mereka berdua amat "aktif " apabila melalui kelas 6 Sastera 2.

So, janganlah kau merajuk Ramlah oi jika kekawan dah tak ingatkan kau. Inilah masanya kita berjumpa semula untuk menghimbau kenangan di zaman belajar dulu. Ya,ada pendapat  mengatakan, antara terapi kesihatan dan kebahagiaan yang baik ialah dengan  mengenang kembali zaman muda  yang indah-indah. Agaknya fasal itulah,  elok benar sesiapa nak berbulan madu semula di tempat lama dulu. Wooooo.

5 comments:

basir said...

Insyallah saya akan hadir majlis sahabatku aziz

Anonymous said...

Saya juga dihubungi oleh Ramlah dalam face book saya,tapi maaflah Ramlah memang saya tak boleh nak "recall". Saya pun lebih kurang Ramlah ramai yang tak berapa kenal kerana saya di antara pelajar yang "penyenyap"/reserved.Pada masa tu memikul cita-cita nak masuk U.Orang tua pula bergantung harapan dengan kita. Tak jadi hal lah tu!!!

hasnah telekom said...

Aduhai rakan sekelian sahutlah cabaran kawan kita En Basir tu, tolong gunakan nama sebenau le masa comment kat blog ni..
barulah best.Boleh kenal siapa yg tulis.kalau tulisannya lebih-lebih sikit baru ler senang orang nak bedal balik,terutama En Zek kita tu(yang sejiran dgn saya kat alor gajah )Betoi tak saudara Ali.

Zek kau jangan marah.. suruh anak buah kau dtg kat aku ambil borang streamyx dan mohon pakej student yang dptNotebook HP secara percuma kalau kau melanggan streamyxkelak(sila gunakan nama anak yang masih belajar di ipta/ipts tu )..

juwita said...

Salam, nampaknya saya gagal memujuk Mak Ram untuk hadir sama2 di rumah Aziz. Antara lain smsnya semalam berbunyi..."...tanpa sy kenduri yg u all plan dr awal ttp meriah...."

maznah kelas 6 sastera I/78 said...

Slm, aku pun tak popular masa kat sek atau asrama, sampai ali x ingat aku dan aku pun tak ingat Ali, yg penting kita memang group Munshi 78.