SELAMAT KENDURI RUMAH AZIZ MAT YASSIN

Wau, majlis walimah  Aziz Mat Yassin meriah dek kehadiran geng Munshi 78 seawal jam 11 pagi. Ramai yang hadir on the time. Trip awal adalah 4 kereta dari  KL. Kereta pertama Sahara, suami  Sahara,  Mastura, Sharifah Nuri dan Maznah Asnawi. Kereta kedua Hanim dan suami. Kereta ketiga Basir seorang diri. Kereta keempat saya dan isteri. Geng Melaka paling awal ialah Hayati dan suami serta Imam Zulkaply dan isteri.

Kemudian diikuti oleh group Mohd Han, Maria,  Johari Mohd, Razak Husin, Razak Kanapiah , Rashid Ahmad,  Mansor, Norsir, Rosnah Mat Isa, Juwita, YB Mat Sirat,  Zakaria Osman dan Alias. Bila  saya dah balik dan  sampai  di Seremban, group Mokhtar dan Hidayah pula sampai.ke rumah Aziz.

Suhdi dan Amin mungkin tiba lewat. Saya tak ada menerima lapuran mereka. Ha ha.

Paling misteri dan suspen ialah Juwita berjaya membawa tetamu istimewa yang misteri. Hampir semua orang tak kenal, walaupun saya dah masukkan gambar Si Misteri  ini  dalam blog ini. Hanya Maznah dan Rosnah Mat Isa sahaja yang terus mengecam dan memeluk Si Misteri itu. So, memang tak salahlah saya jika tak ingat dan kenal Si Misteri ini yang telah pun dipisahkan oleh masa selama 32 tahun. Ya,  Ramlah  Buntal terus joint the club apabila mengetahui kita akan bertemu  di rumah Aziz. Memang Ramlah berkobar-kobar semangatnya nak jumpa all the gengs of Munshi 78. Maka  pagi tadi, berpeluanglah dia berjumpa dengan Pak Cik dan Mak Cik Munshi 78.

Kami berkesempatan bergambar dengan ibu bapa pengantin sahaja  di pelamin  sebab pengantin baru belum bersiap dengan pakaiannya. Ha ha.

Kepada Alias, minta maaf kerana tak dengar panggilan kau dan tak nampak lambaian kau ketika saya keluar dari halaman rumah Aziz. 

Dalam perjumpaan kali  ini, kami  yang hadir telah menerima surat saman.... opps surat jemputan Rashid Ahmad ke kenduri kahwin anaknya pada 24 Oktober 2010. Notis awal tu. So jangan ada yang ponteng lagi.

Basir, Razak Husin dan Razak Kanapiah terus ke Nyalas mencari landak di rumah Johari Mohd. Manakala Sahara, Maznah, Pah dan Mas ke rumah kakak Sahara untuk mencri durian. Katanya masing-masing dibekalkan durian apabila balik. Baik-baik ya makan durian tu. Ha ha ha.

11 comments:

makram said...

sdra Ali,..nape tanya Juwita psl kehilangan saya selama 32 thn ini, tak tanya saya sendiri..bkn saya hilang tp ada depan mata, cuma awak tu dah kena ilmu rabun..apa pun tiada istimewa yg nak diceritakan,tiada kecemerlangan yg nak dibanggakan dan tiada memori indah untuk dikongsikan...saya adalah insan biasa...

maznah said...

slm, masa kat umah Aziz bila geng2 munshi dah berkumpul, tak tahu sape yg cerita, sape yg dengar....meriah sangat

hayati said...

Maznah, awak berhutang satu cerita dgn saya. Bila nak bayar......

mastura said...

Aziz dan Sapiah, Tahniah dapat meraikan majlis dengan baik. Sedap2 semua masakan . Buah tangan pun banyak dan sedap juga.. Anak2 yang lain kalau kawin jemputlah kami lagi.

maznah said...

Yati, mohon kemaafan... yg sudah tu, sudah le. jng le yati hilangkan mood sy bila berjumpa dengan geng Munshi/78....Insyallah, jumpa lagi

hayati said...

Alahai Maznah, cerita tu saya dah lama tau. Saya sengaja usik masa di rumah Aziz, sebab saya suka kalau awak bercerita, boleh jadi kelakar walaupun cerita tu serius.

aziz said...

slm. sdra ali dan geng munshi, sy dan isteri mngucapkan ribuan t kasih dan merasa terharu dgn kehadiran rkn2 semua meraikan majlis prkhwinan anak kami itu. oleh krn trlampau seronok dan meriah, kami asyik melayan geng munshi saja,hingga trlupakan jmputan yg lain.sy berharap kita dpt brjmpa dimajlis
rmh rkn2 yg lain pula nnti.

hero tampin said...

salam munshi 78,maaf aku terlewat dtg rumag aziz di jasin cos ada kerja.Cuma aku dpt lambai Z itu pun dia dah berada dlm kereta dan dah berjalan.Untuk ali maaf da janji nak jumpa kul 11am tpi tak dapatv.itu yang dikatakan kita merancang tpi yg esa menentukannya.Untuk semu geng munshi 78 sesiapa yg akan pergi ke jemputan kahwin Hj Miokhtar di Cheras sila hubungi aku, aku nak pergi sam-sama cos aku tak tahu jlan ke sana.Please jgn tinggalkan aku aku nak pergi ok.....

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saje nak betulkan maklumat kepada hero Tampin.. sebenarnya jemputan pada 4 Julai 2010 adalah dari Tuan Hj Zakaria Jaafar dan bukannya Tn Hj Mokhtar. Kot nanti salah tuju..minum air sejuk aje..

Anonymous said...

Nak tanya sikit pada tuan moderator... awat gambar hang kat atas tu macam tok bomoh nak menurun aje...

ALI MAIDIN said...

Hajat hati nak jadi dukun kalau tak lulus peksa dulu. dah hapal pun beberapa jampi... yang akhirnya berbunyi... berkat doa ali dan fatimah. Ha ha