SELAMAT KENDURI RUMAH ALIAS

Semalam, Sabtu, 5 Jun, saya menempuh jem dari KL ke Seremban dalam perjalanan ke Melaka Pindah untuk hadir jamuan perkahwinan anak Cikgu Alias Nayan.

Kalau tak ada Suhdi yang bersama saya dari Tampin, nescaya saya akan sesat di negeri sendiri nampaknya. Ketika sampai, Lft Kolonel Rashid masih ada lagi. Pengetua Zolkaply, Mokhtar Ahmad dan Hasnah sudah pun meninggalkan majlis kerana pergi ke rumah kenduri yang lain pulak.

Oleh kerana tersekat dek jem, maka berseleralah saya makan. Ada bubur lagi. Maka lupa segala pantang. Nasib baik, isteri Dr majezan tak ada. Kalau tak, mesti saya kena warning. Ha ha.

Sabtu depan pun akan turun ke Gemencheh kerana kenduri kahwin rumah YDP Pas Tampin.

Sabtu 19 Jun kena turun juga, fasal kenduri Aziz pula di Jasin. Kalau tak datang, kok tak dapat berkat doa Aziz yang rajin berdakwah tu. Ha ha. Saya akan jadi orang pertama datang pada jam 11 pagi kerana nak balik segera ke KL kerana ada kenduri kawan seperjuangan yang rapat sekali di KL.

Begitulah hidup, membahagiakan kekawan supaya kita pun dapat bahagia sama. Begitulah antara isi buku Mentafsir Kebahagiaan karya Jalaludin Rakhmat. Marhamah entah berapa kali menangis apabila membaca buku tu. Buku "Meraih kebahagian" pun sedap juga. Carilah buku tu di Masjid India, Kl ya....

Kini 2 orang sahabat kita di luar negara iaitu Basir dan Mansor.

Selasa ini, 8 Jun, saya dan Dr Majezan akan ke Gemencheh kerana program khatan beramai-ramai, anjuran Pas Tampin. Ini projek perintis kami berdua. Kalau selalu mengeteh bersama, maka otak pun berpusing untuk buat projek macam-macam hinggakan nak ambil alih negara. Woooooo.

Gambar kenduri rumah Alias akan menyusul kemudian.





6 comments:

zolkaply said...

Salam semua. Hj Yahaya Sharif (Taukeh kedai Lendu) pun ada datang tetapi tak sempat nak bersembang kerana dia cepat balik ketika aku sedang makan. Kalau tak memang kena tambat kakinya dan tunggu kawan-kawan lain datang.

zolkaply said...

Salam. Hj Yahaya Sharif pun ada datang, tapi aku tak sempat nak sembang dengannya kerana aku nampa dia ketika dia dah nak pulang. Kalau tak aku tambat kakinya sehingga kawan-kawan lain datang

hero tampin said...

Maaf kawan2 ku akau lewat dtg ke rumah alias coc ali jem di perjalanan. Untung ada rashid dapat berborak. kawan 78 jgn lupa gumah aziz di jasin aku insaalah kalau panjang umur kul sebelas akan sampai, kena bertolak cepat sikit takut tak jumpa rumah aziz nanti, geng 78 jumpa disana.......

Anonymous said...

Saya tak dapat pergi rumah Mulyati, last minit diarah attend majlis kerajaan negeri. Itulah kisahnya orang Melaka yang kerja di Melaka.

hayati said...

Sory, dah lama tak beri komen sampai lupa nak tulis nama untuk komen di atas.

majezan said...

Ali ni fanatik dgn Kang Jalal yg syiah tu,hehehe.Adalah lebih afdhal kau tinggalkan baca buku mengejar kebahagian Kang tu,kau baca jer Kimiyat ul saadah dari Al Ghazzali,ada pe'edahnya.
Nati aku pekenakan kau tairu di tairu bar KL