Mungkin kini ramai anak-anak kita telah menamatkan pengajian di kolej atau universiti. Ada 3 pilihan kepada mereka memulakan karier hidupnya - samada bekerja di perkhidmatan awam, swasta atau memulakan satu perniagaan.
Graduan diberi tawaran modal istimewa oleh PUNB. Ikuti program perintis usahawan untuk beberapa bulan dengan dibayar elaun sekitar RM 800.00. Kemudian graduan bolehlah memilihi bidang perniagaan mana yang diminati dan PUNB akan memberi modal secara mudharabah.
Anak kita merupakan generasi ketiga kemerdekaan. Amat wajar kita menggalakkan anak kita menceburi bidang ini. Daripada dok bising kata orang China kaya raya dan membolot harta negara, maka adalah lebih baik kita melahirkan anak kita sendiri sebagai jutawan bertakwa. Apakata kau wahai Zaini BTN?
Poster diatas adalah dari buku yang saya beli di Indonesia pada bulan lalu. Antara isi pentingnya - jika nak murah rezki ada 4 rahsia utama iaitu - doa ibu bapa, sedekah, bernikah (yang bujang le)dan mulakan bisnes. 90% rezeki melalui perniagaan, maka anak kita perlu membuka pintu itu...
Poster diatas adalah dari buku yang saya beli di Indonesia pada bulan lalu. Antara isi pentingnya - jika nak murah rezki ada 4 rahsia utama iaitu - doa ibu bapa, sedekah, bernikah (yang bujang le)dan mulakan bisnes. 90% rezeki melalui perniagaan, maka anak kita perlu membuka pintu itu...
18 comments:
Ali....aku nak pinjam buku tu, nanti bawa masa kenduri di umah Pah ye
Tunku Abdul Rahman bertitah "org Melayu jgn berniaga,pegang lesen jer mcm org Brunei"
Kekadang pikir ada betulnya.
Rujuk NATIONAL PRAWN COMPANY,KSA
Ali,..lepas Maznah pas kat aku ye...
Ali, aku rasa elok kau bukak satu lagi cabang bisnes... sebagai pengedar buku. Pelanggan dah ade.. ape lagi... jangan lepas peluang. Boleh guna blog Munshi utk promote buku-buku yang bagus... sahabat-sahabat Munshi boleh jugak manafaatkan usia yang dah hampir ke penghujung dengan menambahkan ilmu... amacam ok tak ide aku?
Salam Ali.Saya memang sokong cadangan Mansor 200% dan memang nak beri cadangan yang sama.Setiap kali Ali tunjukkan buku baru saya rasa sangat gembira. Ada saja pengetahuan yang dipaparkan patutlah terserlah pemikirannya kerana jiwa membaca sebahagian hidupnya.
Perniagaan yg paling tak laris ialah menjual buku (utk ilmu)
Kalau jual buku bukan ilmu,boleh untong 200%,kalau buku ilmu rugi 200%.
Cuba lihat,baru beberapa komen geng mula nak pinjam,bukan nak beli.ic
Siapa Perahu? Saya pernah ingin membayar harga buku yang Ali belikan maupun buku yang diberikan pada saya Oleh Dr Majezan namun kedua-duanya bermurah hati meminjamkan secara percuma bukan menjualkan! Mungkin dengan meminjamkan dan tidak menghakmilikkkan buku yang ada pada saya akan beredar kepada kekawan yang lain.Mereka berdua bukan mementingkan keuntungan tapi mementingkan persahabatan dan memastikan apa saja yang dibaca akan juga dibaca oleh rakan-rakannya juga.Bukankah sedekah itu satu ibadat! Keuntungan ini tiada ternilai harganya.
Perahu, dalam usia ujung2 ni..kita tak mementingkan sangat pasal duit, tapi keikhlasan hati dlm persahabatan..dalam pergaulan kita ni ada 3 jenis rakan..teman,kawan dan sahabat..mana satu kamu nak...
Makram, marhamah...., ada masa kawan kita ni guna nama sendiri dan ada masa guna nickname perahu, tupai. Cuba baca komen2 dlm blog sebelum ni, awak akan tahu siapa dia sebenarnya. Dia saja2 provoke kawan2 dan rasanya dia tak bermaksud spt yg dia komen sebab saya tau dia seorang yang pemurah & dermawan.
Mana ade buku yang tak ade ilmu didalamnya.. samada yang tersurat atau yang tersirat, gambar atau tulisan, yang jelas atau yang kabur.. ade nilai ilmu didalamnya. Buku 555 pun ada nilai ilmu... betul tak perahu... he..he..
Maaf, saya tidak terniat apa2 untuk mengulas apatah lagi komen hujah kawan2...hanya apa terlintas dihati saya ketika itu dan Allah lah mengetahuinya...
bgus kali ni,baru nampak ada kengkawan yg baca blog,tak ler Pak Ali mengomel seorg diri.
Membaca teras mencari Ilmu,surah Quran pertama diturunkan pun suruh baca.
Saya cadangkan kita mulai lihat kembali tajuk adab2 murid mencari ilmu dan adab guru dlm memberi ilmu.
Lepas itu adab2 bersahabat,dlm Ihya.
Tugas ni kita beri pd Marhamah buat thesis pendek.
Mansur boleh gunakan buku 555 buat nota kaki.Makram buat jadual buku.Maznah odit.Yati pastikan buku Ali lepas masuk cni.Tupai dan Ali,lepas jilat tairu cari buku.
tolongla jujur dlm persahabatan..siapa perahu dan tupai,..dan juga yg xmahu dikenali tp menulis catatan pd sahabat2...udahlah saya dh 32 thn br dijejaki,muka2 geng munsyi pun ingat banyak lupa..berahsia lagi...
Tuan Ali tolong cari buku kawin lebeh dari satu.Saya tak jumpa lagi buku itu.Nampak hebat komen kali ini.Kalau Tuan Ali dah jumpa buku itu tolong hubungi saya.
Slm...jelmakan diri anda, wahai sahabat Munshi/78, jng guna nama samaran, kesian.. sehingga ada itek mati kehausan dlm perahu.....
perahu,tupai,anak tupai,merupakan watak2 majazi,bukan watak mitos dan ada dlm khazanah nusantara kita yg kaya.
bebudak USA1,USA2 pasti jumpa waktu belajar prosa sastra kot dah lupa.
walaupun not common,tetapi not uncommon(Puan Ainon PTS suka terma ni dan tak pasti bolehterjemah dlm BM)guna watak majazi.
Ali kwn baik Puan Ainon PTS
rasanya aku dah tau siapa anak tupai,tupai,perahu dan itek mati kehausan..jgnlah main nyorok2...berdiri dlm terang...
tek mati, rasanya ada buku tu. manisnya madu - mungkin Arqam atau PTS yang terbit. Rasanya sudah habis dipasaran. Bukan kerana dibeli oleh sang lelaki tetapi kaum wanita borong buku tu supaya tak boleh dibeli oleh kaum lelaki. Ha ha ha
Post a Comment