Sabtu ini, 3hb Julai 2010, Sharifah Nuri akan mengadakan kenduri akikah di rumahnya di Sg Ramal Luar, Kajang jam 12 tengahari. Katanya kenduri akikah anak saudaranya.
Yang dekat sekitar KL dipersilakan datang. Yang jauh di Melaka pun dijemput juga. Jangan claim duit tol sudah le. Ha ha. 2 kepala kambing akan disediakan. Biasanya kepala kambing untuk pembaca doa. Janganlah sesiapa nak menuntut nanti ya.
Petang tadi geng KL meraikan Ramlah Buntal yang kembali ke group Munshi 78. Kita belanja nasi arab. Kita orang makan-makan di The Mall, berhampiran PWTC. Kita ingat nak rahsiakan dari orang Melaka. Entah macam mana Si Hasnah menalipon Hidayah, maka terbongkarlah rahsia kita makan-makan tadi. Ha ha.
(Ramlah yang berbaju merah tu le)
5 comments:
TQ...Ali belanja makan dan tk jugak pada Mas kerna bawa aku dan Pah di The Mall... teh tarik dan nescafe tarik nye sedap ye Pah....
Cik Pah, saya ni asyik minta maaf saja kerana selalu x dapat hadir every event kawan2. Kali ni saya terpaksa menghadiri majlis perkahwinan mak saudara saya di Seremban pada 3/06/2010. Mudah2an Allah memberi pahala berlipat ganda.Amin. Mangapa x balas email saya dan telefon?
Rohana Dali
Cik Pah, maaf tarikh silap tulis. Sebenarnya 03/07/2010.
Terima kaseh pada Ali dan Isteri kerana sudi menaja Nasi Iran dan jemput kawan2. Geng Munsyi yang sudi datang pun saya ucapkan ribuan terima kaseh juga...sedap juga nasi arab tu, licin kawan2 saya makan..
Bulan rejab ni selain berpuasa eloklak bersedekah dan berkenduri. Pahala berlipat ganda di Bulan Allah ini. Tkasih Ali semoga murah rezeki.Saya risau kalau selalu je Ali yang bayau. Jom ke kajang pula di bawah kedai saya ada Tosei Rawa dan Teh 3 layer... Ajaklah mereka yang tak bole drive tu bersama. Temankan saya berbuke...
Post a Comment