Ini emel Mansor;
Assalamualakum sahabat,
Maaf kerana lama tidak menghantar berita dan komen di blog.
Aku kini berada di Besancon, Perancis. Tadi baru saja balik dari Swiss. Perjalanan ke Swiss dari Besancon dengan kereta, mengambil masa lebih kurang 4 jam. Aku bernasib baik kerana anak yang belajar di Perancis berperanan sebagai pemandu (pemandu pelancong dan pemandu kereta)... kalau tak aku rasa berat jugak. Masalah komunikasi merupakan sesuatu yang amat penting kalau kita pergi bersendirian...
Di Perancis ni mereka meyanjung tinggi dan amat membantu kalau kita menggunakan bahasa mereka. Lagi satu, masalah makan. Amat sukar untuk mencari kedai makanan yang halal di sini dan Swiss. Tak macam di tempat kita. Jalan dari Besancon ke Geneva pun tak sibuk. Aku rasa lebih sibuk lagi jalan kat Batang Melaka.... macam tak percaya,...tapi itulah realitinya...dan aku sertakan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.
4 comments:
Salam kengkawan...bukan nak komen email en mansor ni, cuma nak laporkan pada tn moderator khasnya. Saya ngan putra bungsu saya baru je balik dari ziarah Salmiah. Memang dia kurang sihat..tapi kekentalan hatinya menampakan dia masih mampu menguruskan tugas2 rengan sebagai seorang usahawan!
Sebagai sorang yang cetek ilmu kedoktoran ni, saya cuma menasihatkan dia supaya hentikan serta merta pengambilan produk2 kesihatan yang sekarang ni dia amalkan tanpa nasihat doktor. Saya juga mencadangkan supaya dia menemui doktor pakar samada di Hosptal Pantai @ Hospital Putra.
Kawan2 yang lebih arif bolehlah sama2 hubungi dia, bertanya, beri pandangan dan nasihat. Cikgu Yaakob rasanya wajib g ziarah tu! Bukan sekadar kerana geng Munshi..malah isteri kepada bekas GBnya...he he he jangan marah..
comment sont-u mon ami Mansour. J'espère u en bon état
Ape yang kau cakap tu Basir oi...
Welcome back to Mansur edisi France
Post a Comment