Ini emel dari Ibrahim Jantan, Pengarah Perangkaan Selangor. Ada kerja kosong oi. Yahaya Ghani pun minat kerja itu, katanya. Ha ha ha.
Rakan-Rakan Sekelian
Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Adalah dimaklumkan bahawa sekarang ini saya sedang berkerja keras untuk mendapatkan pembanci bagi Negeri Selangor. Bagi kerja bacian di Negeri Selangor yang bermula dari 6 Julai hingga 22 ogos 2010 memerlukan sejumlah 6000 pembanci.
Oleh kerana buat masa ini masih kekurangan sejumlah 3,344 kekosongan pembanci maka memohon kerjasama dari rakan-rakan sekelian untuk membantu untuk mendapatkan pembanci di Selangor dan Iklan terbuka bagi temuduga pembanci ini saya sertakan.
Oleh kerana buat masa ini masih kekurangan sejumlah 3,344 kekosongan pembanci maka memohon kerjasama dari rakan-rakan sekelian untuk membantu untuk mendapatkan pembanci di Selangor dan Iklan terbuka bagi temuduga pembanci ini saya sertakan.
Kerjasama dari rakan sekelian saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Ibrahim Bin Jantan
Pengarah Negeri,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Negeri Selangor
No Tel : 03-55180405
No Faks : 03-55180408
Email : ibj@stats.gov.my
3 comments:
rOHANA dALI,
Bagus juga ada iklan kerja kosong dalam blog ini tetapi nak tahu juga apa minimam qualification nya. Jadi sesiapa yang ada anak yang belum dapat kerja boleh lah memohon!!!
Salam jumaat untuk semua. Sekarang kita telah masuk 5 Rejab. al-Fatihah untuk semua, kepada yg telah pergi semua rohnya dicucuri rahmat. Amalakn doa pada bulan ini yg bermaksud " Ya Allah berkatilah umurku pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah umurku pada bulan RAMADAN.
Satu peringatan untuk ku
" NIKMAT ITU KADANG_KADANG TIDAK DISEDARI, HANYA APABILA IA TELAH HILANG BARULAH MANUSIA BENAR- BENAR TERASA. "
Supervisor Banci elaun RM70/hari.
Kelayakan Diploma atau Ijazah yg dii'tiraf.
Untok pegawai banci,elaun RM50/hari.
Kelayakan SPM dan setaraf.
Tempoh utk 3 bulan,ini i'lan yg aku perolehi dari JKKK surau Desa Coalfield,dpn penjara Sg Buloh.
Elaun kena kejar anjing tiada.
Elaun makan sendiri-sendiri.
Tak tau ler kalau elaun 70 dan 50 tu cukup.Berahim tau ke nilai elaun tu.Nak tau gak mcm mana Berahim buat budget.
Post a Comment