PEMANGGIL MISTERI

Yang buat panggilan misteri hari itu ialah orang sebelah kiri dalam gambar diatas.  Saya dapat gambar tu dari FB.  Gambar beliau dalam kelas Tk 6 Sastera 1, saya tak tau mana satu. Siapa boleh tolong. Yang kesianya, sipemanggil misteri ni pun menalipon Rohaya yang sedang tidur, pada tengah malam Ahad lalu.   Apa lagi jadilah episod yang tak dingini seperti dilapurkan oleh Rohaya dalam emelnya kepada saya seperti berikut. Ha ha. nasiblah kau RAMLAH oi. Ini emel Rohaya: 

Assalamualaikom ya sahabat,

Semoga sentiasa dalam kesihatan dan ceria disamping keluarga tercinta.............

Hj saya dapat call pada mlm Ahad lalu jam 11.15 dan masa tu saya dah tidur lena. Tapi sempat saya jawab call dan saya tanya sapa dia pun kenalkan diri. Saya tak terkejut apa2 pun maklumlah sedang tidur, tapi dia merajuk dan letak telefon serta sempat cakap apalah kau roy tak suspen pun aku call.

Saya sebenarnya tidak sihat masa tu jadi saya tak layan pun dia cakap, sbb tu lah agaknya dia merajuk. Pagi ni saya cuba f/up dia x angkat call pulak……….

Bila  saya buka blog baru saya tahu sapa yang bagi no h/p saya kat dia ……….

Hj. Nak tanya lagi satu sejak akhir2 ni saya baca blog kaum ibu x de respon apa2 pun.........maznah mcm dah terjun lubuk cina tak bangun2 apa dah jadi??????????? 

Oh ya mg lps 6.6.10 saya gi kenduri kawin di Melaka jumpa Hayati Harun, mcm tu la kalau x dirancang.

Kalau si Ramlah  tu nak jumpa Hj bg tau saya jumpa kt HKL je.

Wassallam

ROHAYA BINTI RAHMAT,

5 comments:

D'Salam said...

Beritahu sipemanggil tu tak payah nak merajuk kerana:

1.Tak sengaja.
2.Katakan masa itu anda "mengigau didalam mengigau" atau mengigau didalam mimpi.
3.Zaman mengajuk telah terlepas,kalau nak pujuk pun kena suruh cucu.
4.Satu kajian yang tak boleh dipakai, siapa yang mengajuk lepas usia 50 tahun, akan panjang umur, tapi pendek kaki dan panjang tangan.
5.Jawapan yang lain kena cari sendiri atau menggau semula

Anonymous said...

Kalau tak silap Ramlah DALAM GAMBAR KELAS TU BERDIRI TENGAH NOMBOR EMPAT DARI KIRI..BETUL TAK RAMLAH?

rakan sekelas said...

rasanya Ramlah tiada dlm gambar...

Anonymous said...

ye, ramlah berdiri no: 4 sebelahnya Fauziah (uji), depannya arbayah (duduk).

Anonymous said...

Adik (ramlah) mcm mana kau boleh tercicir ye.