INGAT RUMAH ZAKARIA AHAD INI.

Jangan lupa kenduri kahwin anak  Zakaria Jaafar, bekas USA 1, orang Felda Hutan Percha, yang kini bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  pada Ahad ini, 4hb Julai di alamat  di No. 1  Jalan CU 3, Taman Cheras Utama, 56000 Kuala Lumpur, mulai jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Kalau tak tahu jalan tanya Maznah atau Basir.

Insyaallah saya akan sampai sekitar jam 2.

IQRAK - BACALAH

Saya amat bersetuju dengan pandangan Puan Ainon Mohd, tauke Penerbitan PTS yang mengatakan kitab buah tangan ulama silam wajar diterjemahkan menurut tata bahasa terkini supaya enak dibaca dan mudah difahami. Kita tak nafikan banyak sekali  kitab terjemahan yang kita baca pada zaman 70an dulu   disusun mengikut gaya bahasa lama. 

Isu-isu  yang diperkatakan oleh al-quran, para nabi   dan ulama silam sentiasa releven sehingga kini untuk dibicarakan kerana tabiat manusia sentiasa sama sepanjang zaman. Imam Ghazali amat  terkenal dalam  memperkatakan soal kebahagiaan. Yang saya tertarik dengan karya Jalaludin Rakhmat, yang dikatakan syiah oleh Dr Majezan itu ialah beliau mengupas isu kebahagiaan dengan merujuk kepada hasil penyelidikan ahli psikologi tentang betapa konsep kebahagiaan Islam lebih menyeluruh berbanding dengan barat. Model kebahagiaan barat secara saintifik dibuktikan masih gagal memberi "kepuasan"  kepada manusia.

Buku "Meraih Kebahagiaan" kini berada di tangan Maria Ibrahim sejak kenduri Aziz tempoh minggu. membicarakan soal ini. Yang syoknya kupasan beliau ini antara lain telah pun kita pelajari sejak Tingkatan Enam apabila mempelajari erti "ekonomi". Jika kehendak kita sentiasa besar melebehi kemampuan kita,  sampai bila pun hati kita tidak akan tenang.  So, pilihannya ialah bersyukurlah kepada Allah swt.

Saya akan kelilingkan buku satu persatu. Buku seterusnya ialah Rahsia Keajaiban Rezki. Selepas Maznah membacanya, bolehlah sesiapa menggilirkannya.

Saya tak berhajat menjual buku tetapi nak ajak sahabat semua membaca buku  bersama-sama. Kalau nak baca buku tasauf, pinjam dari Dr Majezan. Ha ha.

Ya, saya  terasa  bahagia kalau sahabat Munshi pun turut  karam bersama saya dalam menikmati lautan ilmu....

KERJAYA ANAK KITA

Mungkin kini ramai anak-anak kita telah menamatkan pengajian di kolej  atau universiti. Ada 3 pilihan kepada mereka memulakan karier hidupnya - samada bekerja di perkhidmatan awam, swasta atau memulakan satu perniagaan.

Graduan diberi tawaran modal istimewa oleh PUNB. Ikuti program perintis usahawan untuk beberapa bulan dengan dibayar elaun sekitar RM 800.00. Kemudian graduan bolehlah memilihi bidang perniagaan mana yang diminati dan PUNB akan memberi modal secara mudharabah.

Anak kita merupakan generasi ketiga kemerdekaan. Amat wajar kita menggalakkan anak kita menceburi bidang ini. Daripada dok bising kata orang China kaya raya dan membolot harta negara, maka adalah lebih baik kita melahirkan anak kita sendiri sebagai jutawan bertakwa. Apakata kau wahai  Zaini BTN?

Poster diatas  adalah dari buku yang saya beli di Indonesia pada bulan lalu. Antara isi pentingnya - jika nak murah rezki ada 4  rahsia  utama iaitu  - doa ibu bapa, sedekah,  bernikah (yang bujang le)dan mulakan bisnes. 90% rezeki melalui perniagaan, maka anak kita perlu membuka pintu itu...

KENDURI AKIKAH RUMAH PAH

Sabtu ini, 3hb Julai 2010, Sharifah Nuri akan mengadakan kenduri akikah di rumahnya di Sg Ramal Luar, Kajang jam 12 tengahari. Katanya kenduri akikah anak saudaranya. 

Yang dekat sekitar KL dipersilakan datang. Yang jauh di Melaka pun dijemput juga. Jangan claim duit tol sudah le.  Ha ha. 2 kepala  kambing akan disediakan. Biasanya kepala kambing untuk pembaca doa. Janganlah sesiapa nak menuntut nanti ya.

Petang  tadi geng KL meraikan Ramlah Buntal yang kembali ke group Munshi 78. Kita belanja nasi arab. Kita orang makan-makan di The Mall, berhampiran PWTC. Kita ingat nak rahsiakan dari orang Melaka. Entah macam mana Si Hasnah menalipon Hidayah, maka terbongkarlah rahsia kita makan-makan tadi. Ha ha.
(Ramlah yang berbaju merah tu le)

KASI FIKIR SIKIT

Subjek ekonomi yang kita belajar di  Tingkatan Enam pada 1977 dan 1978 sebenarnya  amat bermakna dan relevan digunakan untuk menganalisa suasana semasa ekonomi negara. Sesiapa yang  menjurus dalam bidang  ekonomi,  beberapa  isu yang kita pelajari  di Tingkatan Enam seperti  KDNK, pertumbuhan, pengagihan dan  pelaburan menjadi bahan penting  dalam pembelajaran.di universiti pula.

Apabila pembentangan belanjawan  dibuat setiap tahun dan Lapuran Ekonomi di keluarkan oleh Bank Negara, maka dapatlah kita menganalisanya secara kritikal. 

Antara guru ekonomi saya ketika di UKM dahulu ialah Dr Jomo. Baca komennya mengenai MEB di sini. Isu yang dibincangkan  itu  tidaklah seberat mana pun. Itu hanya perkara basic dalam ekonomi negara. Sesiapa yang  tak faham, boleh ajak saya membicarakannya tetapi dengan satu syarat - belanja sup kambing. Ha ha

ANDAINYA KU TAHU

Ketika pulang dari solat jumaat, buka radio dalam  kereta, tiba-tiba keluar lagu ini.  Tesentuh  hati  mendengarnya.

MAT ARIS DAN NAJIB

Beberapa minggu lalu, Mat Aris Bakar selaku Presiden Institut Latihan Memandu Malaysia telah menjemput PM merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuannya.

Kok manalah tau, tiba-tiba Najib nak dia jadi KM Melaka. Ha ha.

LAGI GAMBAR KENDURI DI RUMAH AZIZ



Dari kanan: Ramlah, Maria, Juwita dan isteri Mansor







Si Zek bebila  pun akan buka langkah silat Hang Jebatnya







Rosnah Md Isa terus kenal akan Ramlah. Si  Mastura terkedu sekejap. Hayati langsung tak kenal akan Ramlah tu. Ha ha. Nasib le.
Nampak sangat geng Munshi berkerumun di hadapan pintu masuk.Ha ha







Hadapan: Rashid dan Razak Husin.
Belakang: YB Mat Sirat dan suami Hayati, Hj Hamda.

SINGGAH DI RUMAH JOHARI MOHAMAD

Selepas ke kenduri rumah Aziz Mat Yassin, 3 sahabat iaitu Basir, Razak Husin dan Razak Kanapiah telah menyinggah di rumah Johari Mohd di Nyalas. Lihatlah aksi mereka. Syok sekali apabila orang tua kembali ke zaman kanak-kanak kan...




Macam dah biasa je buat kerja tu...




2 orang lagi dijumpai

Spy kita Sharifah Nuri  telah berjaya mengesan dua orang lagi saki baki Tingkatan 6 Sastera 1 Munshi 1978. Seorang nun jauh tersadai di Johor Bharu dan seorang lagi  terbeku di Melaka. Ha ha.

Maznah sedang menyoal siasat mereka untuk dibawa ke muka pengadilan. Tunggu laporan selanjutnya. Woooo.

Jika mereka menghubungi anda, jangan kata tak ingat atau tak kenal ya. Kok merajuk macam Mak Cik Ramlah kita. Ha ha

Nampak gaya bulan Jun  ini bulan bertuah kerana tak semena-mena kita dapat bertemu 3 orang kawan lama yang terpisah 32 tahun lalu. Yahooo. (opps jangan Dr Majezan tambah "di" selapas yahooo)

EMEL ROHANA MAT DALI

 Ini emel Rohana Mat Dali  -  ibuana59@yahoo.com.my.

Sesiapa yang ada emel, sila kirimkan salam anda kepadanya. Beliau nak bagi angpau raya  katanya. Ha ha.

Dalam posting 2009, ada yang dah bagi emelnya. Sesiapa yang dah bertukar emel, sila update dalam blog ni dalam comments.

JEMPUTAN HJ ZAKARIA JAAFAR 4 JULAI

Tuan Hj Zakaria Jaafar, 6 Sastera 1 menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis walimatul urus anak lelakinya pada Ahad, 4 hb Julai 2010 di No. 1  Jalan CU 3, Taman Cheras Utama, 56000 Kuala Lumpur, mulai jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Sila klik dua kali pelan diatas  dan print apabila mahu  ke rumahnya  agar tak sesat nanti. Jika sesat talipon beliau 019-3386495.  Basir dan Pah mungkin arif kawasan itu.

SELAMAT KENDURI RUMAH AZIZ MAT YASSIN

Wau, majlis walimah  Aziz Mat Yassin meriah dek kehadiran geng Munshi 78 seawal jam 11 pagi. Ramai yang hadir on the time. Trip awal adalah 4 kereta dari  KL. Kereta pertama Sahara, suami  Sahara,  Mastura, Sharifah Nuri dan Maznah Asnawi. Kereta kedua Hanim dan suami. Kereta ketiga Basir seorang diri. Kereta keempat saya dan isteri. Geng Melaka paling awal ialah Hayati dan suami serta Imam Zulkaply dan isteri.

Kemudian diikuti oleh group Mohd Han, Maria,  Johari Mohd, Razak Husin, Razak Kanapiah , Rashid Ahmad,  Mansor, Norsir, Rosnah Mat Isa, Juwita, YB Mat Sirat,  Zakaria Osman dan Alias. Bila  saya dah balik dan  sampai  di Seremban, group Mokhtar dan Hidayah pula sampai.ke rumah Aziz.

Suhdi dan Amin mungkin tiba lewat. Saya tak ada menerima lapuran mereka. Ha ha.

Paling misteri dan suspen ialah Juwita berjaya membawa tetamu istimewa yang misteri. Hampir semua orang tak kenal, walaupun saya dah masukkan gambar Si Misteri  ini  dalam blog ini. Hanya Maznah dan Rosnah Mat Isa sahaja yang terus mengecam dan memeluk Si Misteri itu. So, memang tak salahlah saya jika tak ingat dan kenal Si Misteri ini yang telah pun dipisahkan oleh masa selama 32 tahun. Ya,  Ramlah  Buntal terus joint the club apabila mengetahui kita akan bertemu  di rumah Aziz. Memang Ramlah berkobar-kobar semangatnya nak jumpa all the gengs of Munshi 78. Maka  pagi tadi, berpeluanglah dia berjumpa dengan Pak Cik dan Mak Cik Munshi 78.

Kami berkesempatan bergambar dengan ibu bapa pengantin sahaja  di pelamin  sebab pengantin baru belum bersiap dengan pakaiannya. Ha ha.

Kepada Alias, minta maaf kerana tak dengar panggilan kau dan tak nampak lambaian kau ketika saya keluar dari halaman rumah Aziz. 

Dalam perjumpaan kali  ini, kami  yang hadir telah menerima surat saman.... opps surat jemputan Rashid Ahmad ke kenduri kahwin anaknya pada 24 Oktober 2010. Notis awal tu. So jangan ada yang ponteng lagi.

Basir, Razak Husin dan Razak Kanapiah terus ke Nyalas mencari landak di rumah Johari Mohd. Manakala Sahara, Maznah, Pah dan Mas ke rumah kakak Sahara untuk mencri durian. Katanya masing-masing dibekalkan durian apabila balik. Baik-baik ya makan durian tu. Ha ha ha.

KERJA KOSONG OI

Ini emel dari Ibrahim Jantan, Pengarah Perangkaan Selangor. Ada kerja kosong oi. Yahaya Ghani pun minat kerja itu, katanya. Ha ha ha.


Rakan-Rakan Sekelian

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa sekarang ini saya sedang berkerja keras untuk mendapatkan pembanci bagi Negeri Selangor. Bagi kerja bacian di Negeri Selangor yang bermula dari 6  Julai hingga 22 ogos 2010 memerlukan sejumlah 6000 pembanci. 

Oleh kerana buat masa ini  masih kekurangan sejumlah 3,344 kekosongan pembanci maka memohon kerjasama   dari rakan-rakan sekelian untuk membantu untuk mendapatkan pembanci di Selangor dan Iklan terbuka bagi temuduga pembanci ini saya sertakan.

Kerjasama dari rakan sekelian saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

             
          Ibrahim Bin Jantan
          Pengarah Negeri,
          Jabatan Perangkaan Malaysia,
          Negeri Selangor
          No Tel    : 03-55180405
          No Faks : 03-55180408
          Email      : ibj@stats.gov.my

BASIR DAN KEKASIHNYA DI AUSTRALIA

Ketika berkursus di Australia, sempat Basir  berkasih dengan makhluk  tersayang di sana. Rasanya Basir terpaksa meninggalkan kekasihnya itu apabila kembali semula ke Malaya.














Yang ini kekasih Basir  yang kedua. Pun kena ditinggalkan juga... kesian depa berdua.

11 PAGI DI RUMAH AZIZ

Saya, Suhdi, Zek dan Lft Kolonel Rashid sudah berjanji akan berjumpa di rumah Aziz, di Jasin pada jam 11 pagi, Sabtu ini. Kami akan ngobrol sehingga jam 12 tengahari kerana selepas tu akan ke kenduri lain pula.Kau siapkan   teh tarik  Aziz oi.

Saya harap Juwita yang  membawa sama  Ramlah akan sampai pada masa tersebut. Bagi sesiapa yang bakal berjumpa dengan Ramlah, jika dah terlupa akan beliau, tetaplah berpura-pura kenal  dan ingat akan beliau. Tak ada salahnya. Ha ha. Saya pun bukan ingat semua kekawan Munshi 32 tahun lalu. Apabila berjumpa mengaku sahaja "dah ingat semula". Wooo. Yang saya ingat sentiasa betul-betul ialah kawan lelaki yang seasrama kerana mana boleh lupa kekawan yang makan bersama, studi malam bersama, pi bilik air bersama, solat jemaah bersama, pi solat jumaat bersama dan berkongsi cerita kelakar bersama macam cerita "tompek lueh'  tu.  Sampai sekarang tak boleh lupa akan Adam kita tu.

Sharifah Nuri, Hasnah, Hayati dan beberapa orang lain lagi - tak pernah saya bayangkan ehwal mereka semasa 1978 dulu. Lainlah kalau Mastura dan Hidayah yang sama aktif dengan Persatuan Pelajar Islam SMMA, tentulah saya mengingatnya. Tambahan pula berjumpa lagi selepas keluar Munshi pada 1978 dulu tu. Roy dan Sahara saya ingat sangat  kerana mereka berdua amat "aktif " apabila melalui kelas 6 Sastera 2.

So, janganlah kau merajuk Ramlah oi jika kekawan dah tak ingatkan kau. Inilah masanya kita berjumpa semula untuk menghimbau kenangan di zaman belajar dulu. Ya,ada pendapat  mengatakan, antara terapi kesihatan dan kebahagiaan yang baik ialah dengan  mengenang kembali zaman muda  yang indah-indah. Agaknya fasal itulah,  elok benar sesiapa nak berbulan madu semula di tempat lama dulu. Wooooo.

KENANGAN MANSOR DI PERANCIS

Mansor di persimpangan mana tu. Kau cerita sikit le









Di belakang Mansor bangunan tua yang bersejarah agaknyal








Tak patut kau Mansor - mana gambar berduet kau dengan isteri tersayang tu?

GAMBAR DI RUMAH ALIAS

Pasangan pengantin baru di rumah Alias pada 5 Jun lalu.














Alias suami isteri sedang melayan Lft Kolonel Rashid dan hero Tampin kita - Suhdi.

SAH RAMLAH BUNTAL

Juwita dan Maznah sudah sms kepada saya mengatakan mereka ada menyimpan gambar-gambar mereka dengan Ramlah Buntal pada 1978. Maka sahlah pemanggil misteri itu rakan sekelas Tk 6 Sastera 1, SMMA 1978. Yang hairan selama ini kenapa kekawan tak sebut pun nama Ramlah dalam gambar kelas tu. Tarak patut sungguh.

Kita ingat seseorang tu kerana ada episod pelik dalam hidup kita. Macam Zek yang suka merenung dan mengurat semua anak dara Munshi. Ha ha. Kita ingat Mazlan kerana tak ambil result STP lantaran tak bayar yuran asrama. Aduh.... Dan yang paling kita ingat kekawan yang  kena halau tengah malam dari asrama  dek . rokok punya fasal. Wooo. 

Alhamdulillah, sekarang masing-masing buka almari lama untuk cari gambar bersama Ramlah pula. Juwita berjanji nak angkut Ramlah ke rumah Aziz pada Sabtu ini. So, kali ini kita akan sambut pengantin lama dan pengantin baru sekaligus.

Saya nak tanya kepada Ramlah - adakah saya  pernah bercakap dengan kau semasa di Munshi dulu. Kalau tak ada ada, memang teruk saya  ni - tak menyapa orang dalam kelas!!!!!Si Marhamah yang penyengap tu pun  sempat aku menegurnya dengan satu soalan yang sehingga sekarang dia ingat. Soalannya ialah - apakah kau faham Akta Bahasa 1967 tu. Soalan dan sapaan tu lah yang Marhamah ingat akan saya sehingga sekarang!!!!Soalan bisa tu. Soalan yang Adam tak suka tu. Ha ha. Fasal tu aku kena sembur air FRU pada 2 tahun lalu. Ha ha ha ha.

Katanya Ramlah yang bertudung coklat. Betul ke. Ada yang kata Ramlah kelas 6 sastera 2.Masing-masing dah mula hilang ingatan!!!!!

Dari kiri: Ana Hashim, Nyaros, Ramlah, Maznah Asnawi dan Norhizan Mahtob - depa berlakon studi tuuuu

PEMANGGIL MISTERI

Yang buat panggilan misteri hari itu ialah orang sebelah kiri dalam gambar diatas.  Saya dapat gambar tu dari FB.  Gambar beliau dalam kelas Tk 6 Sastera 1, saya tak tau mana satu. Siapa boleh tolong. Yang kesianya, sipemanggil misteri ni pun menalipon Rohaya yang sedang tidur, pada tengah malam Ahad lalu.   Apa lagi jadilah episod yang tak dingini seperti dilapurkan oleh Rohaya dalam emelnya kepada saya seperti berikut. Ha ha. nasiblah kau RAMLAH oi. Ini emel Rohaya: 

Assalamualaikom ya sahabat,

Semoga sentiasa dalam kesihatan dan ceria disamping keluarga tercinta.............

Hj saya dapat call pada mlm Ahad lalu jam 11.15 dan masa tu saya dah tidur lena. Tapi sempat saya jawab call dan saya tanya sapa dia pun kenalkan diri. Saya tak terkejut apa2 pun maklumlah sedang tidur, tapi dia merajuk dan letak telefon serta sempat cakap apalah kau roy tak suspen pun aku call.

Saya sebenarnya tidak sihat masa tu jadi saya tak layan pun dia cakap, sbb tu lah agaknya dia merajuk. Pagi ni saya cuba f/up dia x angkat call pulak……….

Bila  saya buka blog baru saya tahu sapa yang bagi no h/p saya kat dia ……….

Hj. Nak tanya lagi satu sejak akhir2 ni saya baca blog kaum ibu x de respon apa2 pun.........maznah mcm dah terjun lubuk cina tak bangun2 apa dah jadi??????????? 

Oh ya mg lps 6.6.10 saya gi kenduri kawin di Melaka jumpa Hayati Harun, mcm tu la kalau x dirancang.

Kalau si Ramlah  tu nak jumpa Hj bg tau saya jumpa kt HKL je.

Wassallam

ROHAYA BINTI RAHMAT,

RUMAH AZIZ SABTU INI.

Era balik Melaka atau balik kampong kini bermula. Bila hadir kenduri kawin kali ini, dapat jemputan dari kekawan lain pula. Bersambung-sambung. Tarikh pun macam-macam. Ha ha. Ada yang 10/10.10. Ada yang 11/11/10. Ada yang 12/12/10. Kalau ada duit minyak dan tak bertembung dengan program lain, insyallah saya datang. Jemput le, Jangan tak jemput.

Ya, Sabtu ini rumah Aziz Mat Yassin. Saya dan Suhdi berjanji jumpa jam 11 pagi. Mau jadi orang no 1 sampai. Paling lama saya duduk sejam. Itu pun kalau Aziz tak "halau" saya segera. Ha ha. Harap Si Rani datang pada masa tersebut. Geng Jasin seperti Norsir dan Amin gerenti datang segera.

Mansor dah laporkan dalam FB, ia dah ada semula di Masjid Tanah. Mungkin tengah lelap lagi agaknya. Si Basir belum dengar suaranya. Kasi chance sama dia....

Yang ada FB, insan misteri kita tu dah kontek sesama sendiri. Ramai geng Munshi tak ada FB lagi....bukan tak reti  tetapi tak ada masa. Lainlah orang macam saya, Dr Majezan dan Zakaria - memang dok mengadap laptop je...Woooo

EMEL MANSOR

Ini emel Mansor;

Assalamualakum sahabat,


Maaf kerana lama tidak menghantar berita dan komen di blog.

Aku kini berada di Besancon, Perancis. Tadi baru saja balik dari Swiss. Perjalanan ke Swiss dari Besancon dengan kereta, mengambil masa lebih kurang 4 jam. Aku bernasib baik kerana anak yang belajar di Perancis berperanan sebagai pemandu (pemandu pelancong dan pemandu kereta)... kalau tak aku rasa berat jugak. Masalah komunikasi merupakan sesuatu yang amat penting kalau kita pergi bersendirian...

Di Perancis ni mereka meyanjung tinggi dan amat membantu kalau kita menggunakan bahasa mereka. Lagi satu, masalah makan. Amat sukar untuk mencari kedai makanan yang halal di sini dan Swiss. Tak macam di tempat kita. Jalan dari Besancon ke Geneva pun tak sibuk. Aku rasa lebih sibuk lagi jalan kat Batang Melaka.... macam tak percaya,...tapi itulah realitinya...dan aku sertakan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.

INSAN MISTERI MUNCUL

Saya menerima satu panggilan misteri  pada malam ini ketika menanti perlawanan bole sepak Piala Dunia pertama hari ini.  Beliau mengaku pelajar Tingkatan 6 Atas  Sastera 1, SMMA  1978.  Namanya  tidak dicatat puin dalam gambar kelas Tingkatan Enam Atas Sastera 1. Nampaknya semua orang gagal menghubungi dan mengingati  beliau. Yang peliknya saya tak tahu beliau berasal dari Repah,  Tampin.  Punyalah tak ambil kesah hal kawan sekelas dulu. Wooo.

Kini beliau bekerja di RISDA dan tinggal di Bandar Baru Sentul, 500 meter dari pejabat saya aja.

Dia berjanji akan mengadap saya.secepat mungkin Tunggu gambarnya dalam blog ini.   Hanya seorang dah tahu kewujudan beliau. Tolong rahsia ye....

RELAX SEKEJAP


Walaupun sibuk, sempat juga Basir menghantar beberapa gambar yang menarik kepada saya. Terasa nak ke tempat ini  untuk  melihat keindahannya secara real...

Basir dan Mansor akan kembali dari luar negara pada hari ini atau esok. Tentu mereka ketagih teh tarik mamak.

Minggu depan jika kesempatan, mahu menjengah Mastura sambil bawa nasi Iran. Pah dan  Maznah boleh joint le

Si Yahaya Ghani menghantar sepikul emel kepada saya berkaitan dengan kesihatan. Mampus saya  nak kena baca. Ha ha. Lain kali hantar sedikit demi sedikit le oi. 

NAK ZIARAH SAMIAH SALIM

Bahaya juga cuti lama-lama. Seminggu ke Indonesia menyebabkan  banyak kerja yang tertinggal. Lantaran banyak kerja pada minggu lalu, saya tak sempat bertanya khabar kekawan dan mengajak  Juwita  makan-makan ketika beliau  berkursus usahawan lagi di KL.  Nasib baik sempat pi kenduri rumah Alias. Langsung saya tak kelui sesiapa pun.  Ingatkan nak singgah rumah Zaini, tetapi beliau pun berjalan sakan ke Seremban.

Niat di hati pada hujung minggu ini nak singgah rumah Samiah Salim. Menurut Juwita, beliau agak kurang sihat. Khabarnya juga, tapak rumah dan  tapak projek  Samiah akan diambil alih oleh KTM. Entah mana beliau nak buat rumah baru tak tahulah. So, kenalah saya mengintai khabar kawan kita ini. 

Jika sahabat sekitar Melaka ada masa, ziarahlah beliau. Besar pahala menziarahi orang ini. Jika tak ada hal pun dapat pahala. Inikan pula ada sebabnya. Lebih besar pahala dari solat sunat tau.

Walaupun sibuk kerja, sempat juga saya mencelah masa membilik buku yang dibeli di Indonesia tu. Tesentuh hati dan terkenang terus kepada rakan-rakan wanita Munshi yang kehilangan suami seperti Marhamah, Juwita dan terbaru Mastura, apabila sampai ke bab yang menceritakan antara ujian yang mencabar seorang wanita ialah apabila kehilangan sang suami. Kajian saintifik dan ujian psiklogi kes menunjukkan kehilangan pasangan merupakan ujian yang paling atas antara ujian-ujian yang kita hadapi dalam hidup ini. Bertuah sang muslim kerana pendidikan Islam mengajar kepada kita erti sabar, redha, pasrah dan bersyukur. Semua ini memantapkan jiwa kita.

SELAMAT KENDURI RUMAH ALIAS

Semalam, Sabtu, 5 Jun, saya menempuh jem dari KL ke Seremban dalam perjalanan ke Melaka Pindah untuk hadir jamuan perkahwinan anak Cikgu Alias Nayan.

Kalau tak ada Suhdi yang bersama saya dari Tampin, nescaya saya akan sesat di negeri sendiri nampaknya. Ketika sampai, Lft Kolonel Rashid masih ada lagi. Pengetua Zolkaply, Mokhtar Ahmad dan Hasnah sudah pun meninggalkan majlis kerana pergi ke rumah kenduri yang lain pulak.

Oleh kerana tersekat dek jem, maka berseleralah saya makan. Ada bubur lagi. Maka lupa segala pantang. Nasib baik, isteri Dr majezan tak ada. Kalau tak, mesti saya kena warning. Ha ha.

Sabtu depan pun akan turun ke Gemencheh kerana kenduri kahwin rumah YDP Pas Tampin.

Sabtu 19 Jun kena turun juga, fasal kenduri Aziz pula di Jasin. Kalau tak datang, kok tak dapat berkat doa Aziz yang rajin berdakwah tu. Ha ha. Saya akan jadi orang pertama datang pada jam 11 pagi kerana nak balik segera ke KL kerana ada kenduri kawan seperjuangan yang rapat sekali di KL.

Begitulah hidup, membahagiakan kekawan supaya kita pun dapat bahagia sama. Begitulah antara isi buku Mentafsir Kebahagiaan karya Jalaludin Rakhmat. Marhamah entah berapa kali menangis apabila membaca buku tu. Buku "Meraih kebahagian" pun sedap juga. Carilah buku tu di Masjid India, Kl ya....

Kini 2 orang sahabat kita di luar negara iaitu Basir dan Mansor.

Selasa ini, 8 Jun, saya dan Dr Majezan akan ke Gemencheh kerana program khatan beramai-ramai, anjuran Pas Tampin. Ini projek perintis kami berdua. Kalau selalu mengeteh bersama, maka otak pun berpusing untuk buat projek macam-macam hinggakan nak ambil alih negara. Woooooo.

Gambar kenduri rumah Alias akan menyusul kemudian.





BISNES BARU MAT ARIS

Malam tadi Aris Bakar mengajak saya mendengar prebiu bisnes kecil bermodal RM 68.00. Produknya ialah talipon pre-paid Tune Talk. Anda tetap mengguna nombor sedia ada. Guna minima RM 38.00 sebulan. Lepas tu ajak orang lain guna Tune Talk juga. Jika semua orang buat macam tu, boleh dapat income bulanan antara RM 4 ribu ke RM 25 ribu. Wau.

Sesiapa yang rajin menceceh dengan kekawan atau adik beradik, mudah aja buat bisnes ini. Yang penting, nothing to loose.

Apabila Aris pun nak buat bisnes modal kecil ini, saya pun pelik juga. Ha ha. Terfikirlah saya bahawa bisnes ini mudah dan modalnya kecil tetapi potensi incomenya meliurkan kita. Dan yang penting bisnes tak perlu dibuat berlarutan masa, memadai sekejap sahaja.

Kalau kita berjumpa, bolehlah joint. Siapkan RM 68.00. Kalau RM 68.00 tak ada, tak dapat "den nak kato doh". Ha ha.

Kalau semua geng Munshi 78 joint program ini, maka perjumpaan tahunan Munshi 78 setiap tahun akan dibuat di Hotel 5 Star secara percuma. Wauuuu. Saya rasa ini peluang terbaik kepada geng Munshi 78.

BUKU SEDANG BEREDAR

Marhamah sedang menelaah buku Mentafsir Kebahagiaan karya Jalaludin Rakhmat. Esok, Zakaria akan mula membaca buku Rindu Rasul pula, juga karya Jalaludin Rakhmat.

Sesiapa nak baca buku tersebut bolehlah pinjam daripada mereka. Kok depa berdua menghakmilik buku tersebut, nasib engkau orang le. Saya dah hadiahkan kepada mereka, hak merekalah ya. Ha ha.

Apabila membaca, bersedialah kita membuka minda kerana mungkin ideanya tak sama dengan idea yang sedang kita fahami kini.

BASIR AND KANGGARO


Banyak juga gambar yang Basir emelkan kepada saya. Ini salah satunya. Gambar dengan mem baru, saya simpan dulu. Ha ha

BASIR DI AUSTRALIA

Pepagi Ahad lalu, Lft Kolonel Basir kita sudah terbang ke Australia atas tugas rasminya. Sempat beliau sms dari angkasaraya ketika melalui kota Darwin.

Basir akan berada di sana selama dua minggu. Moga-moga dia tak bawa balik mem baru. Wooo.

Pagi tadi Zakaria Jaafar menalipon saya. Hampir saya lupa akan suaranya. Siap sedia akan ada jemputan kahwin lagi pada 4hb Julai pula....