ZAINI SAMANI YANG MISTERI

Zaini Samani, anak Paya Datuk, Alor Gajah , ketua Asrama Putera Sekolah Menengah Munshi Abdullah 1978. Semasa belajar sempat sekali bermalam di rumah ayah bondanya. Habis belajar 1978, terus hilang entah kemana. Banyak cerita asrama yang lucu dan seram untuk diceritakan. Lain kalilah saya catatkan.

Selepas tamat UKM, saya dapat tawaran kerja. Maka saya bergerak ke Kuala Lumpur pada 16 Januari 1983 dari Batang Melaka. Saya perlu mendaftar diri di Ibu pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi, Jalan Mahameru Kuala Lumpur pada 17 januari. Saya perlu cari rumah tinggal untuk bertugas di Kuala Lumpur. Pening kepala juga pertama kali nak jadi warga KL ni. Entah siapa yang beritahu saya bahawa Zaini Samani bertugas di LHDN, Jalan Duta dan tinggal di Jalan Mahmud, Kg Baru, KL. Saya dapat mencarinya dan bermalamlah saya di rumah bujang Zaini. Dia belanja makan malam pada hari itu. Kena pau kali pertama dari saya.

Esoknya 17 Januari saya ke Ibu Pejabat JPK dan terus di arah ke JPK Kedah, Alor Setar. Malam itu juga saya naik keretapi kelas pertama wei, siap tempat tidur. Maka, saya hanya sempat menyusahkan Zaini Samani sehari sahaja. Saya di Kedah selama 3 tahun setengah sehingga Mei 1986. Kembali semula bertugas di Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Tinggalah di Sentul sehingga sekarang.

Antara 1986 - 1993 saya dapat berjumpa Zaini beberapa kali dan selepas itu saya kehilangan dia lagi apabila dia bertugas ke Jabatan lain tanpa memaklomkan kepada saya.

Hanya pada tahun lepas, saya, Suhdi dan Mokhtar Ahmad dapat menjejak beliau di rumah ibunya di Kg Paya Datuk, Alor Gajah. Sempat makan rambutan gading yang pernah saya makan juga pada tahun 1978 dulu. Beliau bertugas di BTN Melaka. Carilah di sana. Sikit gemuk dah. He he.

Yang misterinya beliau sukar menjawab telepon atau sms saya. Nak ajak reunion pun payah.

Siapa yang boleh bercakap dengan dia, kira bertuah le. Nah ini nombornya: 019-6104365.

(Gambar: Suhdi dan Zaini memang kawan ketat ketika Munshi dulu)

1 comments:

Unknown said...

HAI ORANG PAYA DATUK JANGAN KEDEKUT NAK JAWAB SMS TAK KAN 10 SEN PUN TAK SIR