HILANG DI MALAYA JUMPA DI CHINA

Saya melawat negara China kali kedua bersama isteri dan anggota rombongan lain pada 11 September 2001, bersamaan dengan tarikh tragedi pengeboman World Trade Centre Amerika.

Selepas beberapa hari di China dan makan malam di pelbagai restoran halal, akhirnya terjumpa seorang kawan perempuan lama di Munshi 78 dan di UKM 1979-1982. Terkejut kawan ni bila melihat isteri saya bernama Robbaniah, anak Gemencheh, Negeri Sembilan. Beliau berkata "bukan si......... isteri kau Ali". Rupa-rupanya beliau pun lebih kurang sama dengan kawan lain yang menyangka saya berkahwin dengan si...... Hantam sajalah labu.


Kali terakhir berjumpa kawan lama ini ialah pada akhir tahun 1982. Lepas tu lesap entah ke mana. Yang saya tahu dia sudah jadi guru dan berkahwin dengan pakwe lamanya. Ha ha.

Jika di Munshi, saya selalu bercakap dengan kawan ini kerana sama-sama aktif dalam Persatuan Ugama Islam. Ketika di UKM pula selalu terjumpa tetapi jarang bercakap kerana berjumpa di tengah jalan samada di kampus atau di kantin kolej kediaman.

Selepas berjumpa di China, saya menziarahi beliau 2 atau 3 kali di premis perniagaannya di Kajang. Hebat juga perniagaan beliau. Beliau pernah ke Hong Kong kerana menghadiri konvensyen perniagaan di sana. Wajah beliau telah keluar di muka depan majalah Asiaweek oi. Ingat Anwar Ibrahim dan Hj Hadi sahaja keluar muka depan Asiaweek ke? Gambar kawan saya pun keluar juga tau. Ha ha. Barulah saya kagum berkawan dengan kawan kita ini kerana beliau memang hebat. Ha ha.

Tau siapa kawan kita ini.

Beliau ialah MASTURA BACHIK. Saya sedang berusaha mendapatkan gambarnya di Asiaweek itu untuk diabadikan dalam blog ini. Sejarah tuuu

No telepon Mastura 019-385 6673

Gambar: Hidayah (kanan) dan Mastura ( kiri). Depa berdua 30 tahun berpisah baru berjumpa)

0 comments: