SUHDI ABDULLAH AURA MUNSHI

Bukan mudah nak jumpa rakan sekelas bekerja satu Jabatan. Saya bertuah kerana Suhdi Abdullah pun bertugas satu Jabatan dengan saya di Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, tetapi kami berdua tak pernah sepejabat. Saya di utara dan di ibu pejabat sepanjang dalam perkhidmatan sehingga Januari 1993. Manakala Suhdi, tak silap saya bertugas di JPK Kuala Pilah dan Tampin. sehingga sekarang. Maka walaupun sejabatan, jarang berjumpa.

Saya hanya berjumpa Suhdi apabila balik kampong di Batang Melaka atau ke rumah mertua di Felda Bukit Rokan. Saya curi masa berjumpa beliau di Kuala Pilah dan Tampin. Saja nak update maklumat hal kekawan Munshi. Sekarang ini jika berjumpa ialah di restoran Melati, Tampin sekaligus pekena rojak. Pada kempen pilihan raya lalu, saya berceramah, dia duduk depan sekali. Ha ha ha.

Yang syoknya apabila berjumpa Suhdi ialah saya terasa bercakap dan hidup dalam dunia orang Melaka. Itulah yang sentiasa saya teringat dan merinduinya sejak meninggalkan Munshi pada 1978 dulu. Masih kuat auranya. Alahai Suhdi oi.

Nombor telepon Suhdi 013-6135 635

(Gambar: Suhdi dan isteri kesayangannya. Kedua-duanya kaki MLM)

1 comments:

Unknown said...

SUDI BILA LAGI HANG NAK JEMPUT RUMAH MAKAN LAUK TELUR ITIK MASAK LEMAK KUNING MACAM HARI TU