Saya turut menyibukkan diri menghadiri Himpunan BERSIH pada 10 November 2007. Selepas jam 4 atau 5 petang, ketika jalan pulang dari perarakan itu ke LRT Masjid Jamik, saya melalui bangunan Daya Bumi. Top-top saya dihampiri oleh seorang pegawai polis beruniform dan berkata "apo kau buek kat sini hah Ali oi" .
"Alamak, mana pulak Polis ni tahu nama aku", detik hati saya. Renung punya renung, Adam rupanya. Ha ha. Ishh Saya senyap aja, fasal dah tahu tektik jika bertembong dengan Polis ni. Woo. Jika berhujah, tak fasal-fasal kena angkut dalam trak le. Bertambah derita lagi jika kawan sendiri yang tangkap kita. Ha ha.
Selepas berpisah dari Munshi pada 1978, saya berjumpa kembali dengan Adam di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), Jalan Templer, Petaling Jaya pada Mei 1983. Saya berkursus selama 5 minggu rasanya di sini dan Adam pula bertugas di perpustakaan MKM ini.
Selepas itu saya mendengar khabar Adam bertukar kerjaya ke Jabatan Penjara pula. Lepas tu bertukar jadi Pegawai Polis lak. Itu yang nyaris kena tangkap dek kawan sendiri.
Kali terakhir terjumpa Adam, tak sempat berbual pun, hanya terjumpa berselisih kereta di rumah Salmiah di Simpang Empat, Tampin sempena majlis perkahwinan anaknya pada tahun lalu.
Banyak cerita lucu bersama Adam ketika kami sama-sama di Asrama Putera Sek Munshi dulu. Yang paling layak bercerita hal ini ialah Zaini Samani rasanya.
Oh ya, ketika jumpa Adam di MKM, kami berjumpa dengan seorang gadis pemalu Munshi di Jalan Tandang, Petaling Jaya. Ha ha. Teka jangan tak teka. Wahai Mastura, nak tahu siapa dia, mai ke rumah Rohana nanti. Jeng jeng....
No Tel Adam: 019-6616 602
(Gambar: Adam duduk sebelah kiri sekali)

0 comments:
Post a Comment