SALAM INGATAN

Blog ini disediakan khas untuk bekas pelajar Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Melaka tahun 1978, aliran sastera dan sains sekaligus.

Anda dijemput mengirim gambar 1978 dan gambar terbaru untuk diabadikan dalam blog ini. Janganlah senyum simpul apabila melihat gambar itu nanti ya.

Reunion kali kedua akan diadakan pada 1 hb Februari, Ahad, jam 3 petang di rumah Cikgu Hajjah Rohana Hashim di alamat No 1476, TTJ 2/10, Taman Tunku Jaafar, Seremban bersempena majlis perkahwinan anak lelakinya. Semua dijemput hadir.

Yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mat Sirat Abu, Datuk Kamarudin Said, Shamsudin, Aris Bakar, Rashid Ahmad, Suhdi, Ali Maidin, Zakaria Osman, Mastura Bachik, Norizan, Hidayah Bahari, Nor Kamariah Salam.

Sila maklomkan kepada sahabat yang lain.

Kita jumpa di sana dan sekuntum puisi karya T. Alias Talib menyambut anda:

pertemuan berlaku
di penjuru matamu
yang ungu
lalu membiru

0 comments: