KENA TAHAN DI KEDAH

Selepas tamat belajar di UKM, saya ditawarkan bertugas di Jabatan Pembangunan Koperasi Kubang Pasu/Langkawi pada awal 1983. Sebulan sekali berferilah saya ke Pulau Langkawi melawat koperasi di sana. Ketika itu Langkawi belumlah sehebat sekarang. Bot atau feri pun fesyen lama. Jika tak tahan bau minyak, boleh pengsan oiii.

Antara tahun 1983-1986, pada satu hari saya balik dari Kuala Perlis ke Jitra dan melalui check point Unit Pencegah Penyeludupan di Air Hitam, Kedah. Saya kena tahan walau pun tak bawa barang seludup. Lama sekali saya kena tahan. Banyak betul soal jawabnya. Pegawai yang tahan saya itu beruniform, bersenjata dan tinggi lampai orangnya. Kalau dia nak cekak saya, senang sekali rasanya. Lohgat cakapnya pun tak macam orang utara langsung.

Hai, janganlah panik. Yang tahan saya tu ialah Zakaria Osman, budak sekelas saya di Tingkatan Enam tahun 78 dulu tu. Kami berborak aja bertanya kabar. Tak ingat pula, adakah Zakaria sudah kahwin ke belum ketika itu. Style dia bercakap tak berubah pun. Inilah budak yang banyak songelnya apabila saya masuk lewat ke Munshi dulu. Ha ha.

Top-top saya jumpa Zakaria lagi di Restauran Haslam pada 2-3 tahun lalu, di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Kekadang dia seorang atau bersama kawan atau bersama isterinya. Nampak macam isteri muda ye. Kah kah kah. Memang isteri dia kelihatan muda, bukan isteri muda. Kerat jari kalau Zakaria kahwin dua. Orang badan besau, lazimnya sayang isteri, tak gamak kahwin lagi tau. Wooo.

Zakaria naik pangkat dah, manager Bernas Melaka. Tak tahan orang lagi di tengah jalan. Selamatlah saya jika ke Langkawi lagi... Zek, hanya gurau sahaja.

Wau, ada satu cerita menarik lagi, Zakaria telah menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Open University Kuala Lumpur pada tahun 2006 lalu. Kata beliau akhirnya cita-cita mahu merangkul ijazah tercapai jua. Bukan senang nak belajar ketika usia di hujung 40an oi. Perlu kekentalan jiwa dan raga. Saya pernah melihat silibus ijazah di OUM ini, hebat kandungannya. Gua cemburu dan tabik sama lu, Zek oi.

No telepon Zakaria Osman 012-681 5050.

0 comments: