
Wau, banyak sekali akaun bank koperasi yang dapat dikesan dan ditutup akaunnya oleh pegawai dari BSN. Dalam hati saya terdetik "hebat pegawai BSN ini"
Pada satu hari saya menerima panggilan dari HQ BSN. Pegawai BSN itu bukan bertanya hal urusan rasmi penutupan akuan koperasi tetapi bertanya " itu Ali yang Sekolah Munshi Abdullah Melaka ke". Saya menjawab "ya" dan bertanya "siapa di sana". Orang itu menjawab ' Ini Shamsudin kelas sebelah le". Terus saya teringat Shamsudin yang tinggi-tinggi itu. Siapa yang lebih tinggi dari Shamsudin di Munshi pada 1978 ? Ha ha.
Saya hanya berjumpa muka dengan Shamsudin pada kira-kira 3 atau empat tahun lalu di rumah arwah Tajuddin Othman/Juwita Hassan di Kampong Kemuning, Tampin, sempena majlis reunion kecil-kecilan.
Saya hanya berjumpa muka dengan Shamsudin pada kira-kira 3 atau empat tahun lalu di rumah arwah Tajuddin Othman/Juwita Hassan di Kampong Kemuning, Tampin, sempena majlis reunion kecil-kecilan.
Kini Shamsudin Md Yusof bertugas di MBSB anak syarikat KWSP. Nak pinjam, carilah dia. kah kah kah.
No teleponnya 019-620 9999
Demikianlah adanya coretan kenangan saya bertemu Shamsudin selepas berpisah pada 1978.
0 comments:
Post a Comment