Kalau baik dengan sahabat setingkatan Enam Sastera perkara biasalah. Sama kelas dan sama aliran, tentu banyak sebab untuk selalu berbicara. Tetapi jika rapat dengan kekawan Enam Sains, kira sikit punya baiklah.
Yang menyebabkan saya baik dengan kekawan 6 Sains kerana dua sebab. Pertama ramai rakan pelajar Enam Sains tinggal seasrama dengan saya. Maka makan minum , solat berjemaah dan ulang kaji malam di kelas seiring bersama. Kedua, kerana ada seorang student Enam Sains iaitu Mat Jadi Larut, orang sekampong saya. Maka ada sebab ke kelas Enam Sains pada waktu malam untuk berborak ringan.
Nama-nama seperti Razak Lajis, Yahya Sharif, Darussalam, Zakaria, Johari, Zul (kami panggil imam) sentiasa dalam ingatan saya. Nama Mat Sirat saya ingat sungguh fasal dia aktif dengan persatuan belia dan politik selepas keluar Munshi. Yang dapat saya jumpa rakan-rakan Enam Sains selepas berpisah pada 1978 ialah Razak Lajis, Darussalam dan Zakaria ketika reunion di rumah arwah Tajuddin beberapa tahun lalu. Mat Jadi Larut yang sekampong pun tak pernah saya jumpa sehingga sekarang. Kelakar kan. Masing-masing merantau mencari rezki. Langsung tak jadi bangau hinggap di belakang kerbau. Ha ha.
Bilakah dapat berjumpa dengan mereka semua???

0 comments:
Post a Comment