MAZLAN SG BARU

Saya pun sudah lupa rakan sekelas yang bernama Mazlan itu bin apa. Ha ha. Yang pasti beliau dari Sg Baru, Lubuk China. Dengar kabarnya anak nelayan dan biasa turun ke laut. Kawan kita ni memang cukup berani. Beliau pun tinggal seasrama dengan saya.

Kenapa saya katakan beliau seorang yang berani?

Kononnya semasa mengambil keputusan STP pada tahun 1979, pihak pentadbiran Sekolah Munshi tak mahu serahkan salinan keputusan sebelum beliau menjelaskan baki yuran asrama kot. Menurut Mat Jadi Larut, beliau naik hot dan terus melontarkan ucapan b... dan terus belah dari Sekolah Munshi tanpa mengambil salinan keputusan berkenaan.

Oleh kerana Mazlan tidak mendapat salinan keputusan STP, maka beliau tidak boleh memohon sebarang pekerjaan dari kerajaan dan terus menjadi nelayan sepenuh masa. Cerita misteri itu tidak dapat saya sahkan sehinggalah saya berjumpa dengan beliau di Kampong Baru pada tahun 2000. Saya sudah lupa siapa yang memaklomkan kepada saya bahawa Mazlan bertugas di Jabatan Penerangan dan tinggal di kampong Baru. Mungkin Suhdi atau arwahnya Tajuddin.

Kini beliau bertugas di Jabatan Penerangan. Menurutnya, akhirnya beliau berjaya mendapat sijil STP yang sebenar apabila pihak sekolah pun tiada rekod baki yuran asramanya itu lagi. Ia pun memohon jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan kini bertugas di Jabatan Penerangan.

Tak silap saya, beliau berkahwin dengan orang Perak. Apa, ingat Mazlan tak boleh tackle sang gadis ke? Wooo.

Saya kehilangan nombor teleponnya dan jika nak cari beliau, kenalah ke Jabatan Penerangan di Bangunan Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Siapa yang sanggup menjejak beliau?

0 comments: