TINGKATAN 6 SAINS 2 SMMA

Menurut Kaveri, ini gambar 6 Sains 2. Sebelum ini ialah 6 Sains 1. Geng Sains sendiri tak tahu mereka kelas mana selepas 31 tahun tak menatap gambar kelas mereka sendiri.

Gambar ini diperolehi oleh Basir dari Kavari. Nasib Kavari menyimpannya. Ramainya bunga. Tolong berikan nama mereka. Kali ini tugas bebudak Sains lak ye.

TAHANAN JASIN DIIKAT JAMIN



BERITA TERGEMPAR:


Satu team khas Projek X telah berjaya menahan Aziz Mat Yasin dan Mohamad Amin ketika memberi ucapan berbau perkauman di KFC Jasin. Turut ditahan di lokasi yang sama ialah Kaveri Kavandan yang dikatakan memberi bantuan tak langsung kepada Aziz dan Mohd Amin dari Kumpulan JAMAAH MENUJU SYURGA.

Melalalui soal siasat, Aziz hanya mengenai Jamaliah Yusof dan Rohaya Rahmat. Manakala Mohd Amin, lupa segala-galanya.

Walaubagaimana pun Ketua Siastan Mejar Basir telah melepaskan mereka dengan ikat jamin sekotak besar ayam goreng KFC.

Ha ha ha, gurau aja kawan-kawan. Kau jangan tak datang Aziz. Makanlah Jus Mate 5.

BASIR SERANG JASIN

Hati-hati siapa yang degil tak menjawab dengan tegas mahu ke majlis reunion atau tidak. Pagi ini Basir menyerang hendap Jasin. Tiga mangsa berjaya ditangkap iaitu Aziz Mat Yasin, Mohamad Amin dan Kavari Kavandan.

Kita tunggu gambar baru pakcik-pakcik tersebut. Basir akan mengemel kepada saya sebaik sahaja sampai di rumah atau pejabatnya.

TUAN RUMAH HITEA

Baru dapat gambar Tuan Hj Shamsudin Yusof bersama isterinya sempena majlis high tea di rumahnya.

TQ Sham, kerana dikau geng Munshi di KL dapat berjumpa semula.

Alangkah meriahnya kalau Hanim, Jamilah, Redzuan dan 2 Razak pun dapat hadir juga.

AKSI DI RUMAH SHAM - 7

Tuan Hj Zakaria di kanan sempat singgah selepas bertugas di Temerloh, Pahang. Kalau nak datang, tetap berusaha juga kan...

AKSI DI RUMAH SHAM - 6


Entah apa agenda gempar yang sedang dirangka oleh geng ini pada majlis reunion nanti.

Dari kiri: Hasnah Mohamad, Hayati, Sahara dan Khatijah Kassim.

AKSI DI RUMAH SHAM - 5

Nor Kamariah dan suaminya, En Arif orang Bukit Baru Melaka.

Pasangan ini datang juga di saat akhir. Tak jadi nak black listkan Nor Kamariah. Ha ha.

AKSI DI RUMAH SHAM - 4


Dari kiri: Datuk Kamaludin Said, Mejar Basir dan Tauke Md Jadi Larut.

AKSI DI RUMAH SHAM - 3


Rohaya dengan cucu pertamanya dan Jamaliah Yusof. Jamaliah macam dulu juga.

AKSI DI RUMAH SHAM - 2


Hayati dan Saripah sempat "mengpau" Md Jadi. Md Jadi kena sign cek derma majlis reunion. Ha ha.

Moga Allah tambah rezeki Md Jadi ye...

AKSI DI RUMAH SHAM - 1

Di belakang - Mastura Bachik
Hadapan dari kiri: Jamaliah Yusof, Maznah Asnawi, Jamilah Jamiaan dan Saripah Nuri.

Saya dah mula ingat manusia bernama Jamaliah Yusof tu wahai Rohana Hashim oi.

BERITA GEMPAR!!!!!!

Wau, berita gempar!!!!!

Fauziah Hashim, bekas pelajar 6 Sastera 1 yang paling ceria telah dijumpai.

Berdasarkan info Super Agent Saripah Nuri, saya meminta Rohana Hashim menalipon no talipon rumah atau pejabat atas nama suaminya Fauziah, bernama Anuar. Tetapi suami Fauziah, telah meninggal dunia pada tahun 2007.

Apa pun Rohana dan diikuti oleh saya selepas itu, sempat bercakap ringkas dengan Fauziah. Dengan tegas dan tak sabar, Fauziah akan datang ke majlis reunion kita. Saya bayar fee Fauziah wahai Hayati oi. Inilah antara orang yang saya cari. Ada satu cerita oleh beliau yang saya masih ingat lagi sehingga sekarang walaupun dia dah lupa. Ha ha.

Wahai Zakaria Osman, hanya nama kau sahaja yang dia ingat. Baiklah kau talipon dia segera. Betapa hebatnya kau Zek. Tanpa kau Munshi takkan diingati tau. Wooo.

No telepon rumah Fauziah 07-8911837.

(Gambar: Fauziah di kiri sekali, berambut tocang)

BASIR TURUN PANGKAT

Demi sahabat dan hendak meraikan majlis high tea di rumah Shamsudin jam 4 petang hari ini, Tuan Mejar Basir kita bersedia menjadi driver khas mengangkut Mokhtar, Hayati dan Hasnah dari Melaka ke Kuala Lumpur. Sampai hati geng Melaka mendera Basirku ye.

Tak apa Tuan Basir. Hari ini kau turun pangkat. Tetapi insyallah sehari dua lagi kau naik pangkat pula. Ha ha ha. Tabik tuan!!!!!!

Yahaya Ghani nak joint sama program hari ini tetapi terpaksa jadi "sura rumah" pula, lantaran isterinya out station. Kalau tak, mesti melompat dia datang ke Ampang petang ini. Tak apa wahai sahabat, minggu depan saya dan Basir akan ke Bandar Baru Bangi. 2 Razak kena joint le - Razak Kanapiah dan Razak Husin. Mastura dan geng pompuan jangan joint kerana ini bincang hal sulit yang orang pompuan tak suka. Ha ha, mau atur strategi terbaik tu.

ESOK HI TEA DI RUMAH SHAMSUDIN

Esok jumpa geng 14 Munshi 78 di rumah Hj Shamsudin Yusof, 6 Sastera 2. Semuanya saya sudah jumpa sejak berpisah dengan mereka pada tahun 1978 dulu kecuali Maznah Asnawi. Entah saya kenal entahkan tidak.

Senang saja nak kenal Maznah esok. Muka mana yang saya tak kenal itulah Maznah kerana semua yang lain dah dikenali. Ha ha.

Maznah adalah orang yang cepat menjawab talipon jika kita menaliponnya. Saya suka orang macam ini, kerja dan objektif kita cepat tercapai. Kita bukan nak sembang lama-lama, menghabiskan bil aja. Apa yang terlintas di hati kita, mau disettlekan segera, maka kita menalipon untuk dapat jawapan segera. Hairan sungguh, dah umur 50 tahun , sukar sekali untuk menjawab yes or no. Saya suka mendapat jawapan segera walaupun saya tak suka dengan jawapan itu kerana kita mahu atur strategi lain pula. Fasal itulah saya berhenti kerja kerajaan kerana nak minta cuti tanpa gaji 3 bulan pun tak boleh. Ha ha ha, bukanlah nak sangat berniaga sekarang ini.

Esok, Maznah akan bawa koleksi gambar tahun 78. Kali ini gambar siapa pula yang akan kita ketawakan bersama-sama. Wooo

BACA AKHBAR METRO HARI INI

Baca Metro, muka surat dua, gambar atas, kes di Subang Jaya.

Yang beruniform di tengah-tengah itu ialah ASP Redzuan Mohamad, rakan segurau senda, tompek lueh ASP Adam Ahmad. Ha ha ha.

REUNION DI AIR KEROH COUNTRY RESORT

Demi kelesaan kita, tempat majlis reunion kita bertukar ke Sri Warisan Resort atau kini dikenali sebagai Air Keroh Country Resort. Tarikh dan masa kita berkumpul tetap seperti asal.

Mudah sahaja nak cari tempat ini.

Selepas bayar tol masuk Air Keruh, berjumpa stesyen minyak Petronas di sebelah kiri. Selepas itu jumpa Hotel Sri Malaysia di sebelah kiri. Dari sini kira 3 tiang letrik sebelah kiri dan berjumpalah papan tanda Warisan Resort. Ikutlah arah papan tanda itu dan sampailah ke Air Keroh Country Resort. Ianya satu kawasan dengan Mini Malaysia.

Sesiapa hendak menginap pada malam 9hb Mei sila buat tempahan terus ke En Munir, nombor HPnya 012-6817776. Katakan untuk program reunion kita, tentu ada kosong. Segera buat tempahan.

Jika tempat itu sudah penuh, Hayati boleh uruskan penginapan di Apartment Kastam Melaka pula. Hanya RM 150 untuk 5 bilik. Sila hubungi Hayati terus.

Sessi pendaftaran bermula jam 9.30 pagi dan program bermula jam 10 pagi pada 10hb Mei. SELAMAT BERJUMPA KEMBALI, 30 HARI LAGI!!!

Masing-masing bawa satu hadiah untuk cabutan bertuah. Dengan itu kita akan tetap bawa balik hadiah dari sumbangan kekawan yang lain. Ha ha. Harap saya dapat hadiah yang disumbangkan oleh... teka le. Woo.

Yang belum bank in fee reunion, cepat le. Ha ha. Amin masih dok fikir nak bawa isteri ke tidak Yati oi. Ha ha ha. Saya tetap bawa bini lama juga. Woo.

WUJUDKAN EMEL MASING-MASING.

Alangkah indahnya jika semua sahabat Munshi 78 ada emel masing-masing. Taklah perlu menghabiskan duit dok sms dan menalipon kerap. ha ha.

Dan jika yang dah ada emel, bukalah sehari sekali. Kalau setahun baru buka emel, gantung diri di pokok tauge le. Wooo.

HJ IBRAHIM JANTAN 6 SAINS

Katanya Ibrahim Jantan bekas pelajar 6 Sains SMMA 1978, di hadapan sekali ketika Minggu Orientasi di USM tahun 1979.

Yang ini wajah Hj Ibrahim Jantan yang terbaru. Kini Pengarah di Jabatan Perangkaan Negeri Selangor.

Tentu syok jika berjumpa dengan beliau dan berbicara pelbagai metodologi penyelidikan. Subjek yang menyeronokan saya ketika belajar dahulu, yang menggunakan aplikasi matematik, statistik dan program SPSS. Berasap kepala bib.

Rani, kau jangan campur hal ini kerana langsung tak ada sajak dalam subjek ini. Ha ha.

Sila lawati di sini.

JEJAK TERAKHIR 6 SASTERA 1

Bekas pelajar perempuan 6 Sastera 1 yang masih belum dikesan ialah

  1. Fauziah Hashim - guru
  2. Zaleha Abu - guru
  3. Hawa Baharom
  4. Asmah bte Sameon
  5. Zainun bte tak tahu
  6. Ruslin bte tak tahu
  7. Rokiah bte tak tahu
Sesiapa yang sekampong tolonglah cari!!!! Jika gagal dijumpai sebelum 25 April 2009, maka kita menganggap kekawan kita ini telah hilang dari komuniti kita. Ha ha ha.

RENUNGAN PAGI INI

Sabda Rasulullah “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) (salah satunya):

..dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah..”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

KENANGAN SEHARI DI SINGAPURA - 6


Shamsudin Hj Yusof di Singapura pada 1978. Nasib tak runtuh tiang tu. Ha ha ha.

KENANGAN SEHARI DI SINGAPURA - 5


Sebahagian anggota rombongan ke Singapura pada 1978. Ada dua orang tercicir di Tambak Johor. Depa berdua berdendam sehingga kini. Ha ha ha.

KENANGAN SEHARI DI SINGAPURA - 4


Siapa di dalam cable car tu. Nasib tak kena tangkap khalwat. Ha ha ha.

LIST NAMA HADIR HI-TEA

Yang sudah sahkan hadir majlis high tea di rumah Hj Shamsudin bin Hj Md Yusof beralamat di No 632, Jalan 8, Taman Ampang Utama, Batu 4 1/2, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu, 11 April jam 4 petang adalah seperti berikut:

  1. Datuk Kamarudin - 2 orang
  2. Hayati Harun - 1 orang
  3. Hasnah Mohamad - 1 orang
  4. Basir Hj Amit - 2 orang
  5. Ali Maidin - 1 orang
  6. Sahara Tawil - 3 orang
  7. Mastura Bachik - 1 orang
  8. Saripah Nuri - 1 orang
  9. Rohaya Rahmat - 2 orang
  10. YB Datuk Mat Sirat - 1 orang
  11. Md Jadi Larut - 2 orang
  12. Jamilah Jamiaan - 2 orang
  13. Mokhtar Ahmad - 1 orang
  14. Maznah Asnawi - 2 orang
Yang tengah berfikir nak datang kerana ada program lain yang tak pasti ialah Zakaria Jaafar dan Baharudin Baba.

Jika mau datang sila sahkan penyertaan anda kepada Tuan Hj Shamsudin melalui sms 019-620 9999.

Tel Pejabatnya: 03-2099 3541.
Tel Rumahnya: 03-4251 8777

NORAINI REBO 6 SAINS PULA DIKESAN

Saripah baru perasan ada geng Munshi 78 dalam LHDN.

Kali ini yang dikesan ialah bekas pelajar 6 Sains bernama Noraini Rebo.

Sila kekawan sains sahkan dia ni kawan u orang ke. ha ha

No HPnya 013- 631 5243.

SAMIAH DI HOSPITAL

Ini emel Rohaya yang melapurkan hal Samiah Salim, 6 Sastera 1:

Salam,

Tn. Hj. - Untuk makluman baru sekejap tadi (2.15 petang – 7.4.2009) saya bercakap dengan Salmiah Salim yang kini berada di Wad Hospital Melaka dan sudah 2 hari selamat menjalani pembedahan – (Mastectomy - Breast cancer). Maklumkan kepada sahabat2 yang di Melaka dan alu2kan dia orang untuk melawat sahabat kita tu.

Terima kasih diatas keprihatinan Hj.

Wassallam.

Roy.

JAMALIAH YUSOF DIKESAN

Tak sampai 4 jam, Jamaliah Yusof telah diketahui kewujudannya.

Imam Zol berhempas pulas mencari Jamaliah kerana beliau sekampong. Zol menalipon ibunya di kampong. Kemudian ibunya mencari ayah Jamaliah bertanyakan di mana Jamliah. Nah, akhirnya Jamaliah berjaya dihubungi.

Nasib le zaman kini, hanya main talipon aja.

Wahai Rohana sila talipon kawan lama kau yang dah ghaib 10 tahun lalu. Kau kena belanja Imam Zol pasembor hadapan Sekolah Munshi tu. Ane tu hidup lagi tetapi dah jadi 'Appa" pula. Ha ha ha.

No HP Jamaliah 013-3417740 atau 03-41077740

Jamaliah di sebelah Guru Besar tu katanya. Zol yang dapatkan gambar ini.

KENANGAN SEHARI DI SINGAPURA -2


Di Pusat Sains Singapura. Teka siapa gerangan. Yang kesian - Mokhtar Ahmad dan Mat Jadi ditinggalkan di JB. Padan muka kau berdua.

KENANGAN SEHARI DI SINGAPURA - 1


Di Akuarium Singapura. Teka siapakah mereka.

EMEL MOHAMAD AMIN

Pada pagi ini Mohamad Amin, 6 Sastera 2 menghantar emel yang penuh dengan gambar ketika rombongan ke Singapura selepas exam STP 1978 dulu. Saya akan terbitkan gambar dalam blog ini sedikit demi sedikit. Ha ha. Baca emelnya:

Assalamualaikum Ali,

1. Alhamdulillah, aku dah dapat kesan Ibrahim Jantan. Kami baru saja berbual tadi (8.45 pagi , 7 Apr). Dia kini jadi Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor. Tapi sayang, katanya masa reunion tu dia ada program di Port Dickson. Pengarahlah katakan, hari Minggu pun kerja. Cubalah kau telefon pulak. Kot dapat pujuk dia luangkan sedikit masa bersama kita (019-2707027).

2. Aku nak beri gambar lawatan ke Kota Singa anjuran Cikgu Rashid dulu. Kawan-kawan kita yang ke Singapura dulu ramai yang tak ada gambar ini. Kesian diorang sebab lepas tu dah habis sekolah.

3. Tak sabar rasanya nak tunggu hari reunion kita tu. Ali kena buat 'countdown' @ mengira hari dari sekarang. Barulah debarannya lebih terasa!

Wassalam.

UNTUK ZAKARIA SAHAJA

Untuk bacaan ringan Zakaria Osman sahaja, klik di sini.

DIMANA JAMALIAH YUSOF 6 SAINS

Rohana Hashim bertanya di mana Jamaliah Yusof, 6 Sains SMMA 78. Walaupun berlainan kelas dan aliran, mereka berdua sahabat rapat. Katanya satu asrama, satu dorm, satu Maktab Perguruan dan satu deret rumah sewa. Nasib tak satu boy freind dulu. Ha ha.

Jamaliah pernah datang ke rumah Rohana pada penguhujung 90an di Taman Tunku Jaafar, Seremban. Selepas itu putus hubungan. Pada ketika itu Jamaaliah tinggal di Taman Malawati, Kuala Lumpur.

Yang peliknya Rohana mengatakan saya pernah berbalas hujah hal tudung dengannya. Langsung saya tak ingat peristiwa itu dan nama Jamaliah itu pun tak ada dalam memori saya.

Ramai sangat nama Jamaliah dan Jamilah. Naik keliru dibuatnya ya.

Siapa yang boleh menjejak Jamaliah Yusof? Tolonglah Imam Zol.

AKSI 8: MEETING REUNION 4 APRIL


Masyaallah, dah habis meeting pun nak meting lagi juga ke...

AKSI 7: MEETING REUNION 4 APRIL


Mak oi, Basir tunjuk jari, Yati dah berdiri dan Imam Zol cekak pinggang. Mesti panas meeting ini. Ha ha ha.

NELAYAN KORPORAT

Mazlan Ahmad, anak nelayan Kuala Sg Baru pun tak mahu ke laut dah. Tetapi Yahya Ghani
setiap hari minggu ke laut cari ikan. Ke laut pun pakai stokin oi. Ha ha ha.

Klik gambar baru jelas.

NOR ROHAIZAH OTHMAN 6 SAINS 1 DIKESAN

Imam Zolkaply Yunus berjaya menjejak Nor Rohaizah, 6 Sains 2 SMMA 1978.

Kini Nor Rohaizah mengajar di Johor Bharu.

No HPnya 013-6085908.

Gambar: Duduk dari kiri: Majezan Yaakop, Zolkaply Yunus, Razak Kanapiah, Yahaya Ghani, Mulyati, Cikgu Wahid Abd Rahman, Nor Rohaizah, Yahaya Sharif, Alias Nayan, Abdullah Wahid, Razak Lajis, Mokhtar.

AKSI 6: MEETING REUNION 4 APRIL

Tok Dukun Munshi, dengan suit lengkap bersongkok ala Onn Jaafar tu..

Yang mak dara, kena hati-hati bila berjumpa dengan dia pada 10Mei ini nanti. Ha ha ha

AKSI 5: MEETING REUNION 4 APRIL

Dia ni pemalu walau pun dah 50 tau. Blog pun tak pernah buka. Ha ha ha. Kita boleh kutuk dia macam-macam fasal dia tak tau apa kita kata kat dia.

Razak Husin, lu mana kenal daa ni orang.

AKSI 4: MEETING REUNION 4 APRIL

Orang tua berbaju merah tu belum kena penampar Cikgu Rosti lagi kot...tu fasal sedap aja menyedut... Ha ha.

AKSI 3:MEETING REUNION 4 APRIL


Yahya Ghani kenal ke orang sebelah baju batik tu?

AKSI 2: MEETING REUNION

Mokhtar Ahmad bertindak selaku Pengerusi mesyuarat; "Apa kata kalau kita adakan menu landak bakar". "Jemu dah ikan bakar Serkam tu." Ha ha ha.

Mokhtarlah yang paling ringan antara kita. Siapa nak bagi hadiah khas kepadanya. Marhamah kot.

AKSI 1: MEETING REUNION 4 APRIL

Alamak, Zack nak ikut meeting ala MIC ke.... Kau jangan buat hal. Dalam kocek Basir ada pistol tu.

JAWATANKUASA REUNION BERSIDANG

Geng Munshi 78 di Melaka bersidang mulai jam 3 hingga 5.30 petang hari ini untuk menyusun program reunion pada 10 Mei 2009.

Ketika mula-mula mereka berjumpa, terpaksalah membuat akuan bersumpah bahawa mereka sebenar-benarnya geng Munshi 78. Dah tak kenal dek suburnya badan masing-masing. Hanya suara sahaja yang masih mantain lagi. Ha ha ha. Kalau saya jumpa Johari Mohamad di mana-mana, wajib terlintas di hati "kaki pukul mana ni".

Teka siapa di gambar tu. Nak tengok Sahara boleh teka ke tidak. Klik gambar untuk lebih jelas.

ENJOY SAKAN

Enjoy sakan nampaknya. Mereka tak pernah pelawa aku pun. Ha ha

DOK MERAYAU JE

Mana-mana Mat Jadi dan Basir wajib ada. Ha ha.

BERLAKON LAGI

Kononya studilah tu..

PEMUDA HARAPAN MUNSHI

Zaini Samani pun ada nampaknya tu...

ROHANA HASHIM DI BAITULLAH

Rohana berada di celah manusia di hadapan Baitullah tempohari.

MEM BESAR HAYATI HARON

Tuan Mejar Basir pun kena tabik dengan mem Besar ini tau. Ha ha.

ZAINUDIN DAN ANAK CUCU

Tok Zainudin Hj Idris bersama isteri, anak, menantu lelaki dan cucunya. Zainudin cofirm datang reunion.

Mazlan Ahmad pun dah ada cucu juga tau. Sehingga sekarang dia dok out station lagi. Ha ha.

KUTU MANA NI


Kutu zaman bila tak tahu le. Mengaku aja le yang empunya diri.

IBRAHIM JANTAN 6 SAINS 1

Ini emel Saripah Nuri yang berjaya mengesan Ibrahim Jantan, 6 Sains 1:

Salam,

Ali, i dah bercakap dengan Ibrahim sebentar tadi.Dia sekarang kerja di Shah Alam dan tinggal di Pinggiran Putrajaya. Dia masih ingat cerita lama kerana dia datang cari saya semasa dapat tawaran masuk U dulu. Saya pun terkejut bila Ibrahim cari saya di rumah sbb dia buat saya panik.....anyway cerita lama.

Ibrahim dan saya walaupun sekampus tak berjumpa begitu juga Amin hinggalah saya graduate dan hingga hari ini baru berbual semula.

No.tel Ibrahim - 019- 2707027.

KAK UMI 51 DAH

Umi Kalsom yang dipanggil Kak Umi oleh geng 6 Sastera 2 genap 51 tahun hari ini. Sesiapa nak hantar bunga atau kek dipersilakan. Ha ha.

Moga umur yang diberi oleh Allah ini adalah untuk mengingati dan mentaatiNya jua...

EMEL DAN GAMBAR DARI AMIN


Assalamualaikum Sdra Ali,
Agak-agak rakan2 kita kenal tak sesiapa dalam gambar ni?
Wassalam.

Klik gambar untuk lebih jelas

GENG MELAKA MEETING

Baru terima emel Mokhtar Ahmad:

Kita orang ajk Melaka akan berkampung kat restoran subaidah Melaka esok (sabtu) jam 3.00 ptg. Komen le kat attachment tu....kalau free, boleh turun sekali....

Kita caya dengan geng Melaka. Buatlah apa yang patut. Ha ha ha.

DIMANA MOHD NOR TONGKOI 6 SAINS

Mat Jadi bertanya di mana kawannya yang duduk ditengah barisan hadapan. Nama gelaran kawannya ialah Mohd Nor Tongkoi. Hantam saja la labu.

MELAKA KIAMAT KECIL

Sesiapa yang menuduh Mokhtar Ahmad macam-macam tempohari, sila tarik balik ya. Beliau sudah menamatkan misinya menjejak Yahya Ab Ghani, budak 6 Sains, SMMA, 31 tahun lalu.

Yahya Ab Ghani akan genap 50 tahun pada bulan Disember ini. Sikit muda dari Md Jadi yang lahir pada tahun 1960. Anak 4 orang dan tinggal di Bandar Baru Bangi.

Yahya bertugas di Petronas Kuala Lumpur. Sambil tu jual Unit Trust. Hati-hati jika jumpa dia, dikebasnya duit KWSP kita untuk dilabur dalam Unit Trust. Ha ha. Gurau aja...

Apabila orang sains terlibat dengan dunia bisnes ala-ala MLM dan konsultan kewangan pula, kira-kira tanda kiamat kecil tu. Ha ha. Yahya bukan kaki sembang dulu, macammana boleh terlibat dengan dunia marketing sekarang ini. Woo. Jangan biulkan kepala aku wahai Yahyaku.

No HPnya: 019- 3564397 ( 24 hrs

Emelnya: yahayag@petronas.com.my

Gambar: Duduk dari kiri: Majezan Yaakop, Zolkaply Yunus, Razak Kanapiah, Yahaya Ghani, Mulyati, Cikgu Wahid Abd Rahman, Rohaizah, Yahaya Sharif, Alias Nayan, Abdullah Wahid, Razak Lajis, MokhtarSalleh

CIKGU KITA PUN DATANG REUNION

Setakat ini kekawan Munshi kita sudah berjaya menghubungi Cikgu Rashid dan Cikgu Hasan Jaalam. Mohd Amin dan Rani Embi sudah bercakap dengan mereka. Hanya Cikgu Jaafar yang masih belum dikesan. Harapnya rakan-rakan di Melaka dapat menjejaknya.

Reunion besar-besaran hanya bermakna dengan kehadiran bekas guru kita ini. Baru umph. Jangan ada yang melompat-lompat depan mereka macam tahun 78 sudah le. Ha ha.

Oh ya cikgu Mohamad Daud macam mana ya. Walaupun tahu mereka tinggal di Taman Seri Mas, Batu Berendam, tak ada siapa yang berjaya menjejaknya. Tarak patut u orang semua.

Mastura akan siapkan hadiah khas untuk 4 orang guru kita tu. Harapnya special le. Jangan kau buat lupa dah le Mastura oi.

Kita kena hadir jam 10 pagi untuk berkenalan antara satu sama lain. Cikgu-cikgu kita akan hadir jam 11. Majlis perbarisan mengenal murid akan dibuat. Ketua kelas Haris dan Yaakob kena hafal nama bekas pelajar untuk diperkenalkan kepada guru kita tu. Jangan malukan company jika tak hafal nama nanti. Ha ha.

JAMALIAH MASIH INGAT NAMA KEKAWAN

Jamaliah Md Zain menyahut panggilan talipon saya pagi ini. Melalui beliau, maka dapatlah saya memastikan nama sebenar kekawan 6 Sastera 1 yang masih belum dihubungi lagi. Jamaliah pernah bertugas sebagai guru dan berhenti kerana masalah kesihatan. Beliau berhenti tanpa pencen pun.

Beliau berhajat ke majlis reunion.

No tel Jamaliah ialah 014-2315585. Marilah telepon dia beramai-ramai kerana dia sunyi di rumah tu. Ha ha.

GENG AWAL BERTUDUNG

Dikhabarkan yang empunya cerita, maka berbondonglah sebahagian pelajar Munshi menghadiri kursus kesedaran islam di Masjid Negeri Sembilan, Seremban pada 1977. Inilah sebahagian dari mereka. Kenal ke?

Ketika itu saya sedang berhempas pulas "menghasut" pelajar perempuan menutup aurat di Jitra, Kedah. Upahnya saya bertukar ke Munshi dan berjumpa anda semua pada 1978. Ha ha.

Pada 2009, jumpa Rohaya dan Jamilah Jamiaan yang manis bertudung. Ya hooo.

BERKERUT DAHI NAMPAK

Ye ke studi tu...sampai pegang dahi nampaknya.
Tulislah nama masing-masing.

MOKHTAR SALLEH 6 SAINS

Mokhtar Ahmad menebus dosanya dengan menjejak rakan 6 Sains yang lain pula. Kali ini belau menjejak Mokhtar Salleh, rakan sekelas YB Mat Sirat Abu.

Mokhtar Salleh bertugas di TTLR Melaka Depot, ada hubungan dengan Petronas.

No Tel pejabat: 06-352 2774

No HPnya: 019-2375958

Malang sekali gambar kelas Mat Sirat ini tidak ada sesiapa pun yang menyimpannya untuk diterbitkan dalam blog ini.

AKSI LAMA UMI KALSOM DAN HANIM

Mohd Amin macam tahu aja Umi Kalsom telah dijumpai semula. Maka dihantar gambar kenangan lama. Yang sedang membuka mata tu, Umilah. Yang bertanya ialah Hanim. Ha ha.

PEREMPUAN TERAKHIR 6 SASTERA 2

Akhirnya wasiat saya kepada Rohana Hashim dipenuhi jua. Beliau pergi ke rumah ibunda Umi Kalsom 6 Sastera di Tampin Jaya yang setaman dengan rumah ibu mertuanya juga.

Maka Umi Kalsom berjaya dikesan. Umi bertugas di IPD Rembau. Dekatnya, seporak aja dari rumah Adam, Rohana dan Rashidah. Tarak patut engkau orang semua ya. Sibuk membesarkan anak, kawan tepi jalan pun tak perasan. Ha ha.

No HP Umi Kalsom 017-6530258.

Rohana, Umi dan Rashidah akan satu kereta ke majlis reunion nanti. Plus tak berpeluang kutip tol lebih nampaknya ya...

Dengan ini semua bekas pelajar 6 Sastera 2 telah berjaya dikesan. Meriah kalau semua dapat hadir bersama pada 10 Mei akan datang ini. Bukan nak makan sangat. Saja nak bertepuk tampar aja. Ha ha. Lepas itu kita jumpa di alam barzakh pula.

Pandai-pandailah anda semua berhubung antara satu sama lain untuk memastikan reunion ini berjaya.

Duduk dari kiri: Basir, Mastura Bachik, Hidayah Bahari, Hanim, Haris, Miss Tan, Noor Kamariah, Rosnani, Khatijah, Rohana Mat Dali dan Aziz Mat Yassin

Berdiri baris tengah dari kiri: Zainab, Fauziah, Rohani (arwah), Rashidah, Jamilah, Faridah, Hasnah Mohamad, Rohayah, Hayati, Saodah, Hasnah Mahfuz, Sawiah(arwah), Lelee, Umi Kalsom, Norliah, Norlida dan Saripah Nuri.

Berdiri baris belakang dari kiri: Rashid Ahmad, Suhdi Abdullah, Zaini Samani, Razak Husin, Kamaluddin Said, Mohd Amin Rohani, Shamsuddin Yusoff, Kamaruddin, Adam dan Zainuddin.

Senarai no tel seperti berikut:

PELAJAR PEREMPUAN:
  1. Hayati Harun - 012-6830041
  2. Mastura Bachik- 019-3856673
  3. Hidayah Bahari -013-6180312
  4. Hanim- 013-2592577
  5. Noor Kamariah Salam- 012-3998579
  6. Rohana Mat Dali- 019-3582540
  7. Hasnah Mohamad -013-6131566
  8. Rohaya Rahmat - 016-6468714
  9. Saudah - 019-6691138
  10. Leele Ghani - 017-6296467
  11. Norlida Baba - 012-3155824
  12. Zainab Abu Bakar - 013-6218994
  13. Norliah - 012-6141 467
  14. Rosnani Yus - 06-525 2425.
  15. Faridah Ngah - 013-5103212
  16. Hasnah Mahfiz - 019-2711258.
  17. Fauziah Ayub - 019-2712501
  18. Khatijah Kasim - 019 6035442
  19. Sahara Tawil - 019-3561613
  20. Saripah Nuri - 013-2560736
  21. Umi Kalsom - 017-6530258.
  22. Rashidah Rashid - 013-3744629.
  23. Jamilah Hashim - 012-2065645.

PELAJAR LELAKI
  1. Rashid Ahmad - 019-400 1813
  2. Suhdi Abdullah - 013-613 5635
  3. Zaini Samani - 019-610 4365
  4. Razak Husin - 019-385 6239
  5. Kamaludin Said - 012-237 6828
  6. Mohd Amin Rohani - 012-222 9607
  7. Shamsudin Md Yusof- 019-620 9999
  8. Kamarudin Arshad - 017-252 4436
  9. Adam Ahmad - 019-661 6602
  10. Zainudin Hj Idris-013-453 4564
  11. Bashir Hj Amit -019-352 8312
  12. Haris Bahari-013-799 3249
  13. Aziz Mat Yasin-012-242 4149
TQ atas usaha dari anda semua.

NYAROS ALIAS DI KDN


Maznah Asnawi berjaya mengesan Nyaros Alias 6 Sastera 1. Kini beliau bertugas di Kementerian dalam Negeri, Putrajaya.

No HPnya 016-6793957.

Maznah Asnawi, Rosni, Norlida dan Nyaros akan bersama dalam satu kereta ke majlis reunion nanti. Mereka sedang mencari penaja minyak kereta dan duit tol. Dengan penuh ikhlas mereka memohon. Ha ha ha.

Baki 6 Sastera 2 yang belum dikesan ialah Hawa, Ruslin, Zaleha Abu, Fauziah Hashim dan Zainun.

(Gambar: Duduk hadapan dari kiri: Zainun, Rohana Hashim, Arbaeyah, Jamilah Jamiaan, Yaakob, Cikgu Rashid, Norjan, Asah Johar, Nyaros Alias, Rosnah Mat Isa, Norizan Mahtob, Asmah)

SENYUM JANGAN TAK SENYUM

Bukan senang nak tengok Shamsudin senyum oi. Ini sebahagian gambar dari koleksi Mohd Amin.

Yang perempuan seorang pun saya tak kenal. Ha ha. Yang pasti 2 orang lelaki tu kini kaki masjid. Ya hooo.