Dalam diam tak diam, kini kita telah masuk fasa terakhir Ramadhan. Masing-masing memperhebatkan amalan mengharapkan ridha dan ampunan Allah jua. Pada Ramadhan ini, senang kita menganjurkan majlis tazkirah, majlis ilmu. majlis tadarus, dan kegiatan sosial seperti membantu orang miskin dan anak yatim. Selepas sekian lamanya para ulama Islam mewar-warkan "kemuliaan" dan "kelebihan" Ramadhan, ummah dengan mudahnya didorong untuk melaksanakan pelbagai amal soleh pada bulan Ramadhan.
Itulah hakikatnya maanusia, ianya perlu dimotivasikan selalu, diingatkan selalu, dibayangkan yang indah-indah dan sekali sekali sekala "diancam" dengan janji-janji Allah. Kalaulah budaya "Ramadhan" ini boleh dibawa selepas bulan Ramadhan, rasanya ummah akan menjadi kuat. Mengapa selepas bulan Ramadhan seolah-oleh ummah alpa dengan Tuhannya. Mengapa tidak diteruskan setiap amalan baik yang kita kerjakan pada bulan Ramadhan itu ke bulan lain pula?
Hakikatnya, bulan Ramadhan adalah bulan latihan Allah kepada hambanya. Yang kita nak praktikkan selanjutnya ialah pada bulan-bulan selepas Ramadhan. Lantaran itulah dalam ayat al-quran berkaitan dengan puasa itu diakhiri dengan ayat yang bermaksud "moga-moga kamu bertakwa".
Tegasnya tanda kejayaan puasa ialah apabila kita mendapat "takwa" jua. Apa tanda "takwa"? Semaklah pada ayat-ayat awal Al Baqarah, paling kurang pun.