Had muatan luggage Air Asia hanya 15kg sahaja. Maka saya terpaksa memikul sendiri buku seberat 10kg. 10kg lagi dibawa oleh sahabat saya pula. Ha ha. Nampaknya saya sudah berjaya memohon jawatan baru - pengangkut barang. Ha ha. Taubat tak mahu pikul barang lagi. Bukan tangan yang lenguh tetapi otot kaki macam nak tertanggal. Wooo.
Saya selamat sampai di LCCT jam 9.30 malam tadi. Sekarang saya sedang menyusun jadual untuk membaca 92 buah judul buku. Anak saya Fatimah yang mengira bilangan buku yang saya beli di Indonesia. Dari buku " Road to Muhammad" sehinggalah "Marketing Bahlol".
Apabila saya dah habis membaca, sesiapa nak pinjam, bolehlah. Saya tak menyimpan buku yang sudah dibaca. Tak ada rak nak menyimpannya. Ha ha. Saya bukan tok guru untuk menyimpan buku untuk buat rujukan apabila hendak berceramah atau mengajar. Membaca seperti minum teh- satu kepuasan rohani dan menambah ilmu terkini. Buku yang Aziz Mat Yasin hadiahkan kepada saya pun saya tengah baca pelan-pelan sebelum tidur malam.
Walaupun Dr Majezan tak berkenan dengan buku Kang Jalal, ianya tetap menarik dan menyentuh hati saya......Marhamah dah pesan. Bagi alamat kau Marhamah untuk dihantar secara pos sahaja.
Jom minum teh Isnin ni wahai Dr Majezan untuk ambik buku kau - Wahdatul Wujud - yang dikata sesat oleh golongan Wahabi!!!!. Ha ha ha.

1 comments:
adoi,Ali ajak mabuk di tairu bar lak besok?
aku bukan tak suka Kang Jalal,cuma aku komen,pikiran beliau mungkin condong liberalisma sama mcm Nurcholis Majid,mungkin terwarna dgn pikiran sophistik mendatar saja.
Sori sbb aku tak dpt kupas tulisan beliau puas-puas.
Post a Comment