46 JUGA AKHIRNYA

Entah siapa yang mengomen supaya dapatkan 46 orang hadir dalam perjumpaan kita nanti. Dapat juga rupanya. Yang tak datang reunion 2009 dulu dan bakal datang pada 15 Mei 2010 nanti ialah Darussalam, Razali Baharom dan Yusof Che Mat.

Darussalam beberapa kali saya jumpa. Saya berjumpa beliau ketika di rumah arwah Tajudin/Juwita pada tahun 2000 dan kenduri kahwin rumah Rohana pada awal 2009.

Si Razali Baharom, member se asrama putera ini langsung tak pernah berjumpa sejak keluar Munshi pada 1978. Razali ini antara geng yang boleh dikategorikan "penyengap'. Tak taulah selepas menjadi pensyarah di Matrikulasi, telah jadi pengecoh pula. Kita tunggu temberangnya nanti.

Insan bernama Yusof Che Mat ini, saya pun tak perasan langsung akan kewujudannya di Munshi dulu. Saya harap beliau akan mengnostalga apa-apa event yang membolehkan ingatan saya kepadanya pada 1978 dulu. Ha ha.

Lagi 13 hari tibalah 15 Mei untuk kita berjumpa di tepi pantai Pengkalan Balak, di D Nelayan, Kemunting tau. Dengar khabar Maznah dah berpuasa melaparkan perutnya untuk menyantap BBQ nanti. Kata orang, sedap makan kalau perut lapar dan free. Ha ha ha.


16 comments:

maznah kg pulau said...

Slm, klu diizinkan saya akan dtg dengan Pak Usop. Katenya bila lagi nak makan Pak Ali yg belanja.

Anonymous said...

Seorang lagi sahabat Munshi 6 sastera 1, iaitu saudara Ishak....harap cont supaya dia dpt hadir....(dlm kategori pelajar pendiam)

Anonymous said...

Harap2 Darussalam dtg. ye ke dia bertugas di Penjara Kajang. Nak tanya sewa dewan di Penjara Kajang berapa agaknya? Dengan kawan2 kalu boleh dapat diskaun.

Mansor said...

Saudara Darussalam merupakan sahabat Munshi yang terawal mengesahkan kehadiran dan booking bilik untuk bermalam. Kalau nak 'kautim' untuk sewa dewan di penjara Kajang, tunggu 15 Mei nanti.

Mansor said...

Nak tambah sikit.... Ali, yang tak datang masa reunion 2009 tapi dah bersetuju untuk hadir pada perjumpaan kali ini, selain dari Darussalam, Razali Baharum dan Yusof Che Mat ialah Zakaria. Siap bermalam lagi...tapi bawa yang mana satu... tak pasti...cayalah Zek...

ALI MAIDIN said...

Zek selalu jumpa kalau tak datang pun. Ha ha ha

sahara said...

Semasa 1 Mei, majlis perkahwinan anak saudara saya Yahya Samad dan isterinya juga datang. Saya ada makulmkan reunion . Katanya dia jarang buka blog. Saya minta dia datang. Ali cuba cal Cikgu penyenyap ni untuk hadir.Rupaya mengajar nak saudara saya lebih 7 orang.

kawan yang sayangkan SAHARA TAWIL said...

susah jugak saya nak fahamkan ayat si Sahara tu ..maklumlah saya bukan cikgu BM..)

jadi Sarah, kalau kau tulis blog, kau gunakan le noktah ke, koma ke, tanda soal ke, atau apa-apa tanda supaya aku yang bukan cikgu ni cepat faham.

Jangan marah...

Mansor said...

Nampaknya semangat 46 tak bertahan lama. Setakat ini 47 sahabat Munshi telah mengesahkan kehadiran, termasuk yang terakhir Lt. Kol. Rashid yang akan datang bersama isterinya.

Anonymous said...

Lt. Kol. Rashid... oleh kerana kau lambat mengesahkan kehadiran... maka tuan akan didenda... Tuan dikehendaki sponsor sarapan pagi untuk 35 orang.... amacam ... setuju?

Anonymous said...

Klu setakat 35 org, boleh aje bagi Lt Kol. Rashid nak sponsor. Masa kat PD bgi cenderahati cawan, kat Pengkalan Balak apa agaknya.

basir said...

Hentam saja pada tuan Rashid sebab dia tak pernah buka blog ini

majezan said...

no 46 tak berkat
sbb ramai yg suka melompat

Mansor said...

Dr. M... orang yang suka melompat tu mana ada fikir soal berkat. Yang penting berapa banyak dapat.

Anonymous said...

Salam,acaraa padang lompat jauh dan lompat tingi dah tak layak untuk umur-umur begini jadi masuk lompat party saje leeee.

majezan said...

kat sini bolehlah kau melompat.
kat akhirat nanti tak leh lompat,kena titi jer..........