Alhamdulillah, Perjumpaan Tahunan 2010, Munshi 78 selamat diadakan di D Nelayan, Pengkalan Balak pada 15 dan 16 Mei. Semua yang berjanji datang telah menghadirkan diri kecuali Norlida, Shaari, Maznah dan Darussalam. Norlida tak boleh hadir di saat akhir kerana ada ahli keluarganya yang sakit. Darussalam kerana ada tugas khas dengan bosnya pula. Manakala Shaari tergendala kerana keretanya bikin hal pula. Yang saya misteri ke mana menghilangnya Maznah kerana beliau dah ada di Kuala Sg Baru pada pagi 15hb. Di mana kau Maznah oi? Takkan sesat di kampong sendiri.
Majlis dimulakan dengan tahlil dan diikuti makan malam, tayangan slide dan ucapan beberapa orang rakan. Maria pula membawa kek khas "selamat bertemu kembali". Razak Husin bawa buah pala dari Penang. Karim bawa kacang besar. Sharifah Nuri bawa gajus. Zaini sponsor minum petang. Mat Jadi belanja ais krim dan paling penting suami Hayati belanja saya kretek gudang garam. Ha ha. Terkejut geng pompuan. Saja je bikin member terkejut. Sebenarnya saya bukan perokok. Ha ha.
Seperti diramalkan perjumpaan ini hanya untuk berborak dan sesekali menghimbau kenangan lama. Geng perempan terlajak bercerita sehingga jam 12.30 malam dan satu group lelaki terlajak sehingga jam 2 pagi. Ha ha. Itu pun nasib saya merayu agar jom tidur. Wooo.
Pagi 16 hb, selepas minum pagi, sambung lagi cerita. Jam 12 baru habis bersurai.
Salam Rohaya, Norjan dan Norlida telah pun disampaikan.
Salam Rohaya, Norjan dan Norlida telah pun disampaikan.
Geng yang hadir mencadangkan perjumpaan 2011 di pelbagai tempat. Malah ada yang mencadangkan berjumpa di puncak gunung berapi di Bandung, Indonesia. Woooo
Terima kasih kepada Mat Aris yang menaja makan malam, Hayati dan Sharifah Nuri yang menaja minum pagi. Moga Allah gandakan rezeki anda semua. Amin Ya Allah.
6 comments:
TQ Ali, Mansor dan semua kawan-kawan yang hadir. Taniah kerana aktiviti berjalan lancar. Geng perempuan ada aktiviti senaman pagi, tapi geng lelaki dok berborak saja. Md Jadi pulak lambat bangun pagi. Tidur lewat kot
Salam....berjuta kemaafan saya pohon kerana tak dapat menghadirkan diri...selepas bertolak dari rumah saya berhenti dua kali untuk check tayar kereta..takut akan lebih parah lagi saya berpatah balik dalam kelajuan 40 km/h selepas berhubung dengan Mansor & Md. Jadi...insyallah dilain masa kita akan berjumpa lagi...harap Mansor akan masukan gambar-gambar dan berita
Kek yg dihadiahkan oleh Maria/Md Han boleh kita raikan Birthday Khatijah Kasim - 14 Mei dan advance untuk Birthday Sudi -19 Jun, Zaini 23 Jun dan Dr Majezan 6 Jul.
Md Jadi LEMBERT bangun sebab selalu teringatkan datuknya.
Bagi pihak penyelaras program, saya memohon beribu kemaafan sekiranya terdapat kekurangan di sana sini dalam perjumpaan tahunan kita.
Tahniah diatas penganjuran yang diadakan. Sebenarnya disaat-saat akhir saya diarahkan menyertai Kejohanan Golf Piala Tan Sri Kadir untuk Pesara dan Pegawai Kerajaan selama 2 hari.
Semasa bertanding saya maklumkan pada rakan-rakan saya sepatutnya menyertai Reunion di Melaka. Kepada Mansur terima kasih diatas kefahaman yang diberikan dan kepada rakan-rakan maaf diatas ketidakhadiran.
Saya lihat rakan-rakan semuanya handsome dan anggun. Walaupun tak datang saya nak upload gambar saya, bolehkah? dan kalau kena bayar, nak credit dekat siapa?. Dekat bank Mansor kot?.
Salam, Ali mana lagi gambar-gambar yang lain ? Gambar potong kek, gambau keluarga dll ? Masukkanlah.
Post a Comment