ORANG KUAT PENGKALAN BALAK

Kalau tahun lalu, ramai yang jadi orang kuat untuk menjayakan majlis reunion kita tetapi kali ini hanya Mansor seorang sahaja jadi orang kuatnya.

Dialah seorang yang buat kerja dari bab mengintai lokasi perjumpaan, menempah chalet, order makanan, angkut PA sistem, buat kain rentang dan paling penat menunggu kita semua. Ringan kerja beliau sedikit apabila ada orang sponsor makanan. Kalau tak jenuh beliau menadah dulang pungut derma semasa perjumpaan kita tu. Ha ha. Saya nampak beliau sangat keletihan menjelang tengahari 16 hb tu. Nasib baik Md Jadi belanja ais krim.

Bertuah kita apabila gula Mansor tak naik. Dah le tu, Mansor terpaksa tidur pun jam 2 pagi kerana melayan Yahaya Ghani, Md Jadi dan Mokhtar Ahmad punya temberang. Kau memang tak patut Guru Yahaya!!!!. Ha ha.

Tahun depan kita minta Zakaria yang buat kerja ni lak....

Berbilion TQ kepada Mansor. Moga kau sihat, bahagia dan gembira menanti pencen...Opps bulan Jun ni dia akan makan angin ke Perancis. Wauuuu

7 comments:

D'Salam said...

Itulah Hampa semua, aku dari dahulu, kini dan selamanya dengan penuh yakin Mansur memang hebat. Mansur.... boleh mula print kad......

Mansor said...

Syukur Alhamdulillah ... semuanya atas kerjasama dan sokongan sahabat-sahabat Munshi. Terima kasih kepada tuan moderator. Kekuatan Munshi 78 adalah pada blog Munshi. Tanpa moderator yang benar-benar komited... mungkin perjumpaan kita tidak akan semeriah perjumpaan yang lepas.
Untuk perjumpaan 2011, jangan risau... kerana sudah ade sahabat Munshi yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi penganjur. Tadi, sempat berbual melalui telefon ngan Darussalam. Beliau sanggup memikul tanggungjawab penganjuran utk tahun 2011 ... tq Salam. Dan selamat kau Zek...

Anonymous said...

Slm, kalau En Darusalam jadi penganjur renion 2011, buat je kat Dewan Penjara Kajang....tempatnya cukup selesa....eeee nak tanya
agak2 sewa dewan untuk majlis kawin brp ye....klu kwn2 ada diskaun ke.....

Yag said...

Kalu Darusalam jadi penganjurnya saya sedia membantu kalu di pengkalan balak md jadi jadi tauke aiskrim di kajang nanti yahaya le huhuhu....

Kalu Darusalam jadi penganjurnya sesungguhnya betul le :
Darusalam dulu lain
Darusalam sekarang berlainan
Darusalam 2011 pasti kelainan
Darusalam kau jangan marah...
Darusalam dah serek nak teh tarik..
Darusalam bosan pasal yahaya temberang...hahaha

majezan said...

dah sampai masanya kita adakan perjumpaan di sekolah lama kita(alma mater) utk masa akan dtg sekurang2nya sekali

Anonymous said...

teringat aku nyanyi lagu sekolah setiap Hari Isnin dan minggu orentasi didalam Dewan Munshi....
Ada lagi aku simpan gambar Orentasi tu.

majezan said...

ada gmbr,upload saja dari dibiar makan dek bubuk.wat per