Perjumpaan di D'Nelayan, Kamunting, Pengkalan Balak pada 15 Mei, Sabtu, akan bermula pendaftarannya jam 3 petang. Terus sahaja ke kauntar pembayaran buat bayaran dan ambil kunci bilik. Katakan program Munshi 78.
Tak ada sesiapa menyambut anda untuk memberi cenderamata dan berkompang tau. Kalau nasib baik, Zakaria akan menunggu anda kerana beliau akan datang seawal jam 3. Ha ha. Orangnya tinggi lampai macam Jackie Sharif, pelakon Hindustan tau.
Parking kereta baik-baik, supaya mudah orang lain keluar masuk. Pokoknya jangan blok kereta orang.
Program akan bermula jam 8.30 malam dengan bacaan tahlil/doa selamat dan makan malam. Sheikh Mohd Razak Kanapiah akan lead tahlil kita. Jika tiba-tiba beliau tak hadir, Imam Zolkaply akan ambil alih. Jika dua-dua tak hadir, kita baca doa makan sahajalah nampaknya. Ha ha.
Bagi sesiapa nak bagi surat jemputan kahwin untuk anak masing-masing, inilah masanya. Jika kad belum dicetak bolehlah buat pengumuman mulut sahaja. Jika jemputan kahwin untuk diri sendiri, eloklah setakat berbisik sahaja , jangan didengar dek kaum Hawa. Kok pecah pinggan mangkuk nanti. Wooo.
Ini program anda semua. Pandai-pandailah membawa diri. Tak ada sesiapa akan melayan anda secara khusus. Kenalkan diri anda dan suami/isteri anda kepada rakan-rakan lain. Jika tak kenal seseorang, terus bertanya kepada orang berkenaan secara langsung. Lepas tu, buat-buatlah teringat nama mereka. Ha ha. Jangan malu nak makan. Makanlah sehingga habis. Kalau lapar juga boleh sambung lagi kat mana-mana gerai di tepi pantai. Ha ha.
Perjumpaan ini untuk bersilatur rahim. Tak ada bincang berat-berat. Insyallah saya tak akan membincangkan tentang "good governant", YB Mat Sirat tak bawa borang tender, Dr Majezan akan meninggalkan "syair perahu" di rumahnya dan Basir pula tak akan bawa "kapal selam". Manakala itu, Aziz dan Amin pula tak akan mengajak anda "keluar" 3 hari. Tetapi saya tak jamin, kalau Zakaria Osman akan mengajak anda takeover Bursa Saham Kuala Lumpur!!!!
Ok, jumpa di Pengkalan Balak. Moga perjumpaan singkat nanti, akan lebih merapatkan kita lagi. Yang tak comfirm nak datang, jika tiba-tiba teragak nak datang, DATANGLAH. Tak payah bagi tahu kami pun. Datang terus.
TEH TARIK SATU!!!!!!

10 comments:
Saya selalu bertanya pada rakan-rakan tentang Hamdan 6 Sains 2. Yang lain-lain pernah bertemu. Bukan apa teringat kuih kodok yang dia bawa untuk sarapan pagi. Kami tak kekantin sebab selalu puasa dengan kantin sekolah. Jadi Hamdan yang selau bawa juadah buka. Kalau boleh bawa alamat Hamdan di Pengkalan Balak o.k. Tentang PB Inshaallah saya hadir. Mereka kata malam itu ada bacaan Yasin.Dengar Razak Hanafiah jadi Imam. Saya nak buat permohonan supaya Mansor boleh jadi Bilal. Sebab mereka itu tranform dahsyat betul. Saya nak tawarkan diri untuk jadi Pengawal Pantai sahaja sebab takut air. Saya nak beritahu tentang makanan, sebab banyak yang takut tak cukup. Bukankah saya orang Masjid Tanah. Itu tempat saya. Bawa sahaja parang dan seekor BROOKE.... untuk dapatkan minuman percuma dibawah pokok kelapa..hahaha. Dan berita terbaru saya dengar ada seekor paus nak menghempaskan diri dipantai. Bawa saja kayu api untuk buat BBQ. Pasal cuaca, anda tak perlu risau masa ini di Masjid Tanah SUMMER. Tak perlu bawa selimut.
Jadi kesimpulan saya, kehidupan di Masjid Tanah/Pengkalan Balak amatlah ringkas. Saya ingatkan kembali anda hanya perlu bawa RM 70 untuk penginapan. Seekor BROOKE , Parang untuk minuman dan kayu a pi untuk makanan tapi CONFIRM dengan ALI MAIDIN dulu..takut-takut terlalu banyak BROOKE, yang itu saya cadang boleh SHARE. Sarapan pagi Hamdan tolong bawa tepung. Air garam untuk bancuh dah ada selaut.
Akhir kata siapa yang tak dapat datang jawab dekat Ali Maidin, aku tak mahu jawab. Tapi kalau ada ular melintang, macam aku dulu Last Minit pergi OUT STATION, boleh dimaafkan. OK kawan-kawan. Salam daripada SALAM
Dengar cerita, yang tak datang masa 1st reunion dulu, terpaksa mengetua segala acara yang telah dirancang.... yang lelaki kali ini diberi peluang menjadi bidan.. terjun.. amacam SALAM ada berani?
Darulsalam.nak tanya sewa dewan kat Penjara Kajang berapa utuk buat majlis kahwin, boleh runding ke harganya
Usaha Mempromosi Re-Union d P. Balak
5 Perkara yang Anda Perlu Ketahui Mengenai P. Balak
-Ini hanyalah gurauan semata-mata buat rakan-rakan di blog Munshi Abdullah 1978-
1. Semasa Re-Union 5 sahabat iaitu Hang Tuah dan rakan-rakannya di Pantai Pengkalan Balak, hanya Hang Tuah sahaja yang tidak dapat hadir kerana dia OUTSTATION, diarahkan pergi meminang Puteri Gunung Ledang.
2. Disebelah kiri Pantai P. Balak adalah Pantai Tanjung B. Dara dan disebelah kanannya adalah Tanjung B. .......Di depannya, tak akan tak tahu. Pantai ....... bukan pantailah tapi Selat Melaka
3. Berapa lebar Pantai P. Balak? Lebar Pantai P. Balak adalah infinity. Nak tahu kenapa? Tanyalah Mansor, sebab dia pandai sejarah. Tetapi yang saya tahu, Pantai di Negeri Melaka sedang dilebarkan. Adakah P. Balak salah satu daripadanya? Itu yang saya kena tanya Mansor jugak.
4. Kenapa dinamakan P. Pengkalan Balak, yang ini, nenek aku tidak pernah cerita, sebab cerita Hang Tuah cukup panjang untuk diberitahu, sampai tak ada masa nak cerita pasal P. Bala
5. Lagu Punggok Rindukan Bulan. Saya dengar-dengar lagu itu dirakamkan di Pengkalan Balak. Tuan-tuan boleh mempercayainya kerana malam reunion adalah malam 15 haribulan dan biasanya bulan cukup terang dan sesuai untuk rakaman. Razak jangan lupa bawa Videocamera.
Salam SALAM....
Syukur semalam kita dapat jugak bertemu & mengeter kat Restoran Ulam bangi....
Apa yg kita bincangkan jangan cerita dgn Mansor nanti bikin dia jadi PUSING2an hehehe
SALAM sekarang SALAM dulu berlainan
Apa pun SALAM tetap SALAM....
SALAM..........hebat!!!!!
Woww... bertambah seorang lagi pengomen di blog munshi.. maknanya blog kita akan bertambah meriah.. insyaallah. Syabas dan tahniah kepada sahabatku saudara D'Salam.
Pak Yaya... betul kata kau... Salam yang kau jumpa masa mengeteh tu memang lain dengan salam yang dulu. Tak caya cuba kau amati betul-betul.. kau tengok rambut dia. Aku rasa dia dah buat 'rebonding' kot. Atau cuba kau tanya kat dia adakah sapa-sapa yang kat 'dalam' tu yang dah tertukar identitinya dengan sahabat kita tu....
Hai Mansur. Kau dah lama tak jumpa aku. Sebenarnya rambut aku dulu, kini dan selamanya tetap begini. Kau jangan silap pandang.
Untuk Yahaya pula aku ini berubah ikut masa dan tempat. Kalau kau jumpa aku dekat ...... nama aku Darus.
Sebenarnya aku bukanlah tak mahu join bloq, banyak juga kawan-kawan menegur, tapi hanyalah kerana aku ini baru sahaja belajar guna komputer. Orang kampungkan, tambahan pula aku ini semalu, eh silap-silap, macammana nak delete semalu tu, tak apalah aku tulis sahaja yang sebebetulnya iaitu ....pemalu.
Salam nampaknya pencarian lelaki MALAYU TERAKHIR telah berjumpa. Syabas.
SALAM, Nampaknya pencarian Lelaki MALAYU terakhir telah berjumpa .
Post a Comment