GILIRAN ALIAS BERMENANTU

Insyaallah pada 5hb Jun ini, sahabat kita Cikgu Alias Nayan dan Mulyati akan mengadakan jamuan kesyukuran sempena perkahwinan anak lelakinya Khairool Anwar. Kad jemputannya telah disampaikan kepada semua sahabat yang hadir di Pengkalan Balak pada malam 15hb lalu.

Yang tak datang pada 15hb lalu tak dapatlah kad jemputan. Jika nak datang kenalah bertanya kepada Alias boleh tak datang kerana beliau tak pesan kepada saya untuk menjemput anda semua. Ha ha.

Rumah Alias di Batu 15 1/2, Melaka Pindah, Alor Gajah.

Insyallah saya akan pergi. Mokhtar pun akan pergi. Kita jumpa antara jam 1 hingga 2 petang di sana. Siapa nak menumpang, boleh, kerana saya balik hari.

Petang tu sahabat kita Mansor Kasim akan ke KLIA dan terus terbang ke Peranchis. Wau.


2 comments:

majezan said...

TQ Ali ingat juga bawa balik buah tangan buku.
Lagi bnyk lg bagus,hehehe

Anonymous said...

saudara moderator,
Nampaknya anda ULAT BUKU..Patutnya anda mesti ada satu bilik untuk himpun buku,macam perpustakaan kecil di rumah.Susun buku yang telah dibaca cantik-cantik.Siapa nak baca boleh pinjam tapi jangan lupa pulang balik. Himpunan buku tu harta tak ternilai tau..boleh diturunkan kepada anak cucu..kalau dari muda saudara dah simpan buku-buku tu,hingga umur begini pasti saudara dah ditimbun dek buku-buku tu..tapi belum terlambat lagi..saudara boleh mula himpun dari sekarang..jangan u pengsan dalam timbunan buku dah le..he..he.