KE JAKARTA DAN BANDUNG

Saya nak bercuti ke Jakarta dan Bandung mulai Sabtu ini sehingga Jumaat akan datang.

Cadangannya nak berjumpa aktivis Parti Keadilan Sejahtera sambil makan sup kambing di Bogor. Aktiviti lain ialah shoping buku. Saya pergi berdua dengan seorang sahabat dari Tampin. Jika berkesempatan akan menziarahi Jalaludin Rakhmat, seorang penulis buku yang terkenal di sana.

Saya rasa tak sempat nak update blog ini di sana. So, anda boleh terus membuat komen dalam posting ini. Mungkin Fatimah, anakandaku akan updatekan gambar-gambar gambar di Pengkalan Balak. Moga beliau lakukan perkara itu. Basir boleh hantar gambar jika ada yang tertinggal lagi, khususnya gambar beramai-ramai tu.

Jangan sms tau. RM 2 sekali sms. Ha ha ha.

Maznah, apa kabau kau?

2 comments:

maznah kg Pualau said...

slm, syukur pada allah, setakat ini aku sehat.....semoga kau selamat dalam semua urusan di Jakarta dan Bandung

maznah kg Pulau said...

Slm, ralat - Kg Pulau bukan Kg Pualau