AKU BANGGA DENGAN DIKAU

Kita rasa bangga dan bahagia kalau rakan-rakan, adik junior atau abang senior semasa sekolah kita dahulu menjadi pemain utama dalam sesuatu bidang di dalam negara kita pada masa kini. Sepertimana saya berbangga dengan Mat Aris Bakar yang sukses dengan Metro Akademinya yang kini punya lebih 100 rangkaiannya, begitulah juga saya berbangga dengan sahabat-sahabat lain. Paling kurang kita akan berkata kepada orang lain - "itulah kawan sekelas aku" atau "itulah kawan seusrah aku" .


Semasa saya singgah sebentar di Tingkatan Enam Rendah di Jitra dulu, kumpulan usrah yang saya gerakkan, majoritinya terdiri dari pelajar sains. Saya menjangka mereka ini bakal menjadi doktor, jurutera dan lain-lain jawatan profesional satu hari nanti. Walaupun mereka dilihat petah becakap dan analitikal berfikir, tak pula saya menjangka mereka akan memilih bidang pembangunan sumber manusia, pendakwah, politikus dan penulis sepenuh masa seperti yang berlaku pada hari ini.

Salah seorang yang saya kagum dan terharu ialah Saudara Pahrol Mohd Juoi. Tak silap saya beliau di Tingkatan 4 atau 5 Sains pada 1977 dahulu. Kami meratap bersama apabila berpisah pada akhir 1977. Saya adalah orang yang sukar mengalir air mata tetapi pada hari itu, secara spontan mencurah-curah.

Pahrol pernah aktif dengan Arqam pada peringkat awal. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang beberapa majalah. Kini beliau menjadi perunding latihan dan penulis buku sepenuh masa. Anda boleh membaca tulisannya dalam majalah Solusi dan beberapa bukunya di pasaran. Dan jika tak kesempatan bacalah ideanya di sini.

Anda bacalah semua postingnya. Moga semua rakan Munshi berbahagia hendaknya. Jika kita membaca semuanya ini, itulah intipati apabila kita berusrah. Ianya satu "universiti kehidupan". Selamat Membaca.

7 comments:

Anonymous said...

bagaimana pulak kwn2 yg sederhana kejayaannya. bersyukur le

Anonymous said...

Salam ,kejayaan jangan diukur hanya yg nampak dimata tapi pandanglah sesutu itu dengan pandangan mata hati. Tapi yg diperkatakan ini boleh menjadi pemangkin kpd jenerasi kita.Saya rasa ada baca salah satu bukunya. Lupa pula tajuknya.Dalam kehidupan hanya ada 2 perkara spt betul /salah, besar kecil , gagal berjaya.dll. Klu sederhana namanya berjaya. Apa komen yg lain.

tergolong dalam kumpulan sederhana said...

dalam hidup ni tak pandai tak pa yang penting JADI ORANG..Kalau pandai tapi pembelit lagi susah...
Bagi rakan-rakan ku yang dah berjaya dalam kehidupan dan kerjaya, bersyukurlah seadanya.

ALI MAIDIN said...

Jika baca habis website yang saya linkkan tu, dah pun membincangkann hal ini jaa.

http://genta-rasa.com/

majezan said...

baik kita fahamkan tulisan apa yg tersirat juga.Informasi yg disiratkan sebenarnya utk kita semua,tiada yg bersifat prejudis.

WHA

Mansor said...

Kebanggaan kita kepada kekawan merangkumi beberapa aspek. Ada yang bangga atas kejayaan kekawan... tapi tak kurang juga yang bebangga atas sikap dan semangat kekawan. Misalnya aku amat berbangga atas sikap dan semangat kekawan dalam menjayakan perjumpaan tahunan kita nanti.. aku juga amat berbangga dengan semangat yang ada pada kekawan dalam usaha untuk terus menjadikan blog Munshi terus aktif... aku amat berbangga dengan kalian semua.....

Anonymous said...

Sejak daki gunung Kinabalu, bahasa dan lenggok gaya kau menulis dlm blog makin mantap. Dah siap ke teks ucapan utk renion nanti. Jumpa disana