GILIRAN ALIAS BERMENANTU

Insyaallah pada 5hb Jun ini, sahabat kita Cikgu Alias Nayan dan Mulyati akan mengadakan jamuan kesyukuran sempena perkahwinan anak lelakinya Khairool Anwar. Kad jemputannya telah disampaikan kepada semua sahabat yang hadir di Pengkalan Balak pada malam 15hb lalu.

Yang tak datang pada 15hb lalu tak dapatlah kad jemputan. Jika nak datang kenalah bertanya kepada Alias boleh tak datang kerana beliau tak pesan kepada saya untuk menjemput anda semua. Ha ha.

Rumah Alias di Batu 15 1/2, Melaka Pindah, Alor Gajah.

Insyallah saya akan pergi. Mokhtar pun akan pergi. Kita jumpa antara jam 1 hingga 2 petang di sana. Siapa nak menumpang, boleh, kerana saya balik hari.

Petang tu sahabat kita Mansor Kasim akan ke KLIA dan terus terbang ke Peranchis. Wau.


SELAMAT TIBA

Had muatan luggage Air Asia hanya 15kg sahaja. Maka saya terpaksa memikul sendiri buku seberat 10kg. 10kg lagi dibawa oleh sahabat saya pula. Ha ha. Nampaknya saya sudah berjaya memohon jawatan baru - pengangkut barang. Ha ha. Taubat tak mahu pikul barang lagi. Bukan tangan yang lenguh tetapi otot kaki macam nak tertanggal. Wooo.

Saya selamat sampai di LCCT jam 9.30 malam tadi. Sekarang saya sedang menyusun jadual untuk membaca 92 buah judul buku. Anak saya Fatimah yang mengira bilangan buku yang saya beli di Indonesia. Dari buku " Road to Muhammad" sehinggalah "Marketing Bahlol".

Apabila saya dah habis membaca, sesiapa nak pinjam, bolehlah. Saya tak menyimpan buku yang sudah dibaca. Tak ada rak nak menyimpannya. Ha ha. Saya bukan tok guru untuk menyimpan buku untuk buat rujukan apabila hendak berceramah atau mengajar. Membaca seperti minum teh- satu kepuasan rohani dan menambah ilmu terkini. Buku yang Aziz Mat Yasin hadiahkan kepada saya pun saya tengah baca pelan-pelan sebelum tidur malam.

Walaupun Dr Majezan tak berkenan dengan buku Kang Jalal, ianya tetap menarik dan menyentuh hati saya......Marhamah dah pesan. Bagi alamat kau Marhamah untuk dihantar secara pos sahaja.

Jom minum teh Isnin ni wahai Dr Majezan untuk ambik buku kau - Wahdatul Wujud - yang dikata sesat oleh golongan Wahabi!!!!. Ha ha ha.


BERMALAM DI PUNCAK

Malam tadi, saya bermalam di Puncak, sebuah lokasi dingin antara Jakarta - Bandung. - 120 km dari Jakarta. Sebentar lagi, jam 8 pagi, akan bergerak menuju ke Bandung pula.

Petang semalam meninjau Safari Indonesia. Bagus juga kalau anak cucu kita melawat tempat ini. Disamping melihat binatang liar yang bebas, banyak sekali persembahan binatang-binatang. Terhibur rasanya. Sempat makan otak-otak Indonesia - sedap pula rasanya.

Ahad lalu, saya sudah shoping buku. Wau, rasa nak borong semuanya. Buku Dr Majezan pun ada - Wahdatul Wujud. Saya beli untuk kau wahai Dr Majezan, walaupun kau dah hadam ilmu wahdatul wujud itu. Ha ha.

Buku baru Kang Jalaludin Rakhmat ialah Mentafsir Kebahagiaan. Satu pandangan islamik plus psikologi. Satu analisis secara tasauf dan disokong dengan hujah sains. Bila mula membaca tak boleh berhenti. Malam tadi saya mula membaca, habis separuh. Dalam perjalanan ke Bandung nanti, habislah saya membacanya. Wauuu.

Saya update blog ini di Hotel Suraya di Puncak. Dingin di sini, bilik sejuk tanpa air con. Elok sangat kepada sesiapa nak berbulan madu lagi. Ha ha

Ok, jumpa lagi. Nak sarapan pagi ni. Salam!!!

Pengkalan Balak Membawa Memori Indah

Abah pesan minta upload pic untuk semua...






ORANG KUAT PENGKALAN BALAK

Kalau tahun lalu, ramai yang jadi orang kuat untuk menjayakan majlis reunion kita tetapi kali ini hanya Mansor seorang sahaja jadi orang kuatnya.

Dialah seorang yang buat kerja dari bab mengintai lokasi perjumpaan, menempah chalet, order makanan, angkut PA sistem, buat kain rentang dan paling penat menunggu kita semua. Ringan kerja beliau sedikit apabila ada orang sponsor makanan. Kalau tak jenuh beliau menadah dulang pungut derma semasa perjumpaan kita tu. Ha ha. Saya nampak beliau sangat keletihan menjelang tengahari 16 hb tu. Nasib baik Md Jadi belanja ais krim.

Bertuah kita apabila gula Mansor tak naik. Dah le tu, Mansor terpaksa tidur pun jam 2 pagi kerana melayan Yahaya Ghani, Md Jadi dan Mokhtar Ahmad punya temberang. Kau memang tak patut Guru Yahaya!!!!. Ha ha.

Tahun depan kita minta Zakaria yang buat kerja ni lak....

Berbilion TQ kepada Mansor. Moga kau sihat, bahagia dan gembira menanti pencen...Opps bulan Jun ni dia akan makan angin ke Perancis. Wauuuu

BERDUET DI PENGKALAN BALAK


Ini gambar geng Munshi yang datang suami isteri ke Pengkalan Balak tempohari. Bukan senang nak kemana-mana secara berdua setiap masa tau. Setakat ini Basir dan Hayati yang konsisten berjalan berdua setiap pertemuan dengan geng Munshi 78.

Aduhai...Biasanya Sahara pun tetap berdua. Kali ini dia ada program mega di Stadum Bukit Jalil. Klik gambar untuk lebih jelas.

LAGI AKSI DI PENGKALAN BALAK

Fasal tu ada buaya sesat di Pantai Pengakalan Balak, sehari selepas kita berjumpa di sana kerana buaya tu nak mengurat makcik makcik yang manis ni.




Zek sedang menyampaikan kuliah sambil rokok di jarinya. Ha ha

KE JAKARTA DAN BANDUNG

Saya nak bercuti ke Jakarta dan Bandung mulai Sabtu ini sehingga Jumaat akan datang.

Cadangannya nak berjumpa aktivis Parti Keadilan Sejahtera sambil makan sup kambing di Bogor. Aktiviti lain ialah shoping buku. Saya pergi berdua dengan seorang sahabat dari Tampin. Jika berkesempatan akan menziarahi Jalaludin Rakhmat, seorang penulis buku yang terkenal di sana.

Saya rasa tak sempat nak update blog ini di sana. So, anda boleh terus membuat komen dalam posting ini. Mungkin Fatimah, anakandaku akan updatekan gambar-gambar gambar di Pengkalan Balak. Moga beliau lakukan perkara itu. Basir boleh hantar gambar jika ada yang tertinggal lagi, khususnya gambar beramai-ramai tu.

Jangan sms tau. RM 2 sekali sms. Ha ha ha.

Maznah, apa kabau kau?

KENDURI KAHWIN AZIZ 19 JUN

Kali ini giliran Tuan Hj Abd Aziz Mohd Yassin mengadakan jamuan kesyukuran perkahwinan anak lelakinya Abd Hafiz pada 19hb Jun 2010, Sabtu bertempat di J 9523, Kg Jasin Hilir, Jalan Chincin, Jasin, Melaka.

Jamuan bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 4 petang.

Aziz bakal berbesan dengan orang Rantau Panjang, Kelantan. Ha ha, budu bertemu cencalok rupa-rupanya.

Terpulang kepada sahabat Munshi untuk set jam berapa nak berjumpa di sana. Saya mungkin lepak di Jasin kerana biras saya pun tinggal di Jasin. Eloknya kita berjumpa antara jam 1 hingga 2 petang. Lepas tu saya nak ajak Basir merayau ke rumah Johari Mohd di Nyalas untuk mengintai daging landak. Wooo. Siapa nak ikut?

PERJUMPAAN YANG BERJAYA

Alhamdulillah, Perjumpaan Tahunan 2010, Munshi 78 selamat diadakan di D Nelayan, Pengkalan Balak pada 15 dan 16 Mei. Semua yang berjanji datang telah menghadirkan diri kecuali Norlida, Shaari, Maznah dan Darussalam. Norlida tak boleh hadir di saat akhir kerana ada ahli keluarganya yang sakit. Darussalam kerana ada tugas khas dengan bosnya pula. Manakala Shaari tergendala kerana keretanya bikin hal pula. Yang saya misteri ke mana menghilangnya Maznah kerana beliau dah ada di Kuala Sg Baru pada pagi 15hb. Di mana kau Maznah oi? Takkan sesat di kampong sendiri.

Majlis dimulakan dengan tahlil dan diikuti makan malam, tayangan slide dan ucapan beberapa orang rakan. Maria pula membawa kek khas "selamat bertemu kembali". Razak Husin bawa buah pala dari Penang. Karim bawa kacang besar. Sharifah Nuri bawa gajus. Zaini sponsor minum petang. Mat Jadi belanja ais krim dan paling penting suami Hayati belanja saya kretek gudang garam. Ha ha. Terkejut geng pompuan. Saja je bikin member terkejut. Sebenarnya saya bukan perokok. Ha ha.

Seperti diramalkan perjumpaan ini hanya untuk berborak dan sesekali menghimbau kenangan lama. Geng perempan terlajak bercerita sehingga jam 12.30 malam dan satu group lelaki terlajak sehingga jam 2 pagi. Ha ha. Itu pun nasib saya merayu agar jom tidur. Wooo.

Pagi 16 hb, selepas minum pagi, sambung lagi cerita. Jam 12 baru habis bersurai.

Salam Rohaya, Norjan dan Norlida telah pun disampaikan.

Geng yang hadir mencadangkan perjumpaan 2011 di pelbagai tempat. Malah ada yang mencadangkan berjumpa di puncak gunung berapi di Bandung, Indonesia. Woooo

Terima kasih kepada Mat Aris yang menaja makan malam, Hayati dan Sharifah Nuri yang menaja minum pagi. Moga Allah gandakan rezeki anda semua. Amin Ya Allah.

MULA DAFTAR JAM 3.30 PETANG ESOK

Sahabat Munshi 78 boleh mendaftar diri di D'nelayan Pengkalan Balak mulai jam 3.30 petang esok.

Entah siapa menaja, "well come drink" akan disediakan. Baik punya kawan tu. Ha ha.

Saya akan sampai kurang lebih jam 5 petang. Sesiapa yang sesat eloklah bertanya ke Mansor atau Maznah kerana mereka orang Masjid Tanah. Kalau tanya saya, alamat tambah sesatlah lagi. Ha ha.

Ok, moga anda semua akan kekenyangan perut dan perasaan. Jangan hiraukan perkara remeh temeh. Yang penting boleh jumpa dan boleh borak sampai mengantuk gila. Ha ha.

MOHD HAN KEMBALI DARI AUSTRALIA

Mohd Han Hasan baru sahaja balik dari Australia, selepas berkursus di sana lebih 2 minggu.

Katanya, setempayan air mata Maria gugur kerana kesedihan ditinggalkan oleh Han kita. Ha ha.

Kehadiran mereka berdua ke Pengkalan Balak pada Sabtu ini ibarat berbulan madu le tu. Wooo.

Apabila arwah Tajudin melaporkan kepada saya pada awal 198oan dahulu, bahwa Mohd Han berkahwin dengan Maria, saya pun rasa pelik macam mana Mohd Han yang paling penyengap memikat Maria yang kepoh tu. Ha ha . Tak masuk dalam kepala saya sehingga sekarang. Kali ini saya nak bertanya rahsia tu kat Han dan Maria. Jawab jangan tak jawab. Ha ha.


MOKHTAR DATANG, MAZLAN 50-50

Lega rasanya apabila Mokhtar Ahmad akan datang ke Pengkalan Balak pada Sabtu ini. Beliau membatalkan program lain katanya. Bertuah Zakaria Osman kerana ada sahabat ketatnya ini untuk berbicara dan berzikir bersama nanti.

Saya tengah memujuk Mazlan datang bersama. Kononnya beliau ada program menyambut hari jadi cucunya. Baik punya datuk kan...

Begitulah pada umur macam ini. Bukan sahaja sibuk kenduri kahwin anak, tetapi kena raikan cucu-cucu juga. Wooo.

Jangan lupa bawa kacang goreng untuk kita makan-makan pada petang Sabtu sementara menanti kekawan lain tiba di chalet nanti. Ha ha. Teringat cerita ahli Sufi yang meminta anak muridnya membawa susu. Tak seorang pun yang membawanya kerana dok fikir akan ada orang lain yang akan membawanya.




6 HARI LAGI KITA BERJUMPA

Perjumpaan di D'Nelayan, Kamunting, Pengkalan Balak pada 15 Mei, Sabtu, akan bermula pendaftarannya jam 3 petang. Terus sahaja ke kauntar pembayaran buat bayaran dan ambil kunci bilik. Katakan program Munshi 78.

Tak ada sesiapa menyambut anda untuk memberi cenderamata dan berkompang tau. Kalau nasib baik, Zakaria akan menunggu anda kerana beliau akan datang seawal jam 3. Ha ha. Orangnya tinggi lampai macam Jackie Sharif, pelakon Hindustan tau.

Parking kereta baik-baik, supaya mudah orang lain keluar masuk. Pokoknya jangan blok kereta orang.

Program akan bermula jam 8.30 malam dengan bacaan tahlil/doa selamat dan makan malam. Sheikh Mohd Razak Kanapiah akan lead tahlil kita. Jika tiba-tiba beliau tak hadir, Imam Zolkaply akan ambil alih. Jika dua-dua tak hadir, kita baca doa makan sahajalah nampaknya. Ha ha.

Bagi sesiapa nak bagi surat jemputan kahwin untuk anak masing-masing, inilah masanya. Jika kad belum dicetak bolehlah buat pengumuman mulut sahaja. Jika jemputan kahwin untuk diri sendiri, eloklah setakat berbisik sahaja , jangan didengar dek kaum Hawa. Kok pecah pinggan mangkuk nanti. Wooo.

Ini program anda semua. Pandai-pandailah membawa diri. Tak ada sesiapa akan melayan anda secara khusus. Kenalkan diri anda dan suami/isteri anda kepada rakan-rakan lain. Jika tak kenal seseorang, terus bertanya kepada orang berkenaan secara langsung. Lepas tu, buat-buatlah teringat nama mereka. Ha ha. Jangan malu nak makan. Makanlah sehingga habis. Kalau lapar juga boleh sambung lagi kat mana-mana gerai di tepi pantai. Ha ha.

Perjumpaan ini untuk bersilatur rahim. Tak ada bincang berat-berat. Insyallah saya tak akan membincangkan tentang "good governant", YB Mat Sirat tak bawa borang tender, Dr Majezan akan meninggalkan "syair perahu" di rumahnya dan Basir pula tak akan bawa "kapal selam". Manakala itu, Aziz dan Amin pula tak akan mengajak anda "keluar" 3 hari. Tetapi saya tak jamin, kalau Zakaria Osman akan mengajak anda takeover Bursa Saham Kuala Lumpur!!!!

Ok, jumpa di Pengkalan Balak. Moga perjumpaan singkat nanti, akan lebih merapatkan kita lagi. Yang tak comfirm nak datang, jika tiba-tiba teragak nak datang, DATANGLAH. Tak payah bagi tahu kami pun. Datang terus.

TEH TARIK SATU!!!!!!

LFT KOLONAL RASHID AHMAD YANG KE 47.

Rashid Ahmad mengesahan kehadirannya dalam program di Pengkalan Balak. Oleh kerana beliau lambat mengesahkan kehadiran, maka Mansor mengepaunya RM 100.00 untuk belanja minum pagi. Ha ha.

Dengan ini seramai 47 geng Munshi 78 akan hadir.

Yang penting Zakaria Osman akan datang kali ini. Beliau tiba-tiba hilang pada reunion tahun lalu. Sekejap dikatakan berada di Sabah. Sekejap kata berada di Indonesia. Dan ada juga yang kata dia berada di Gunung Ledang. Yang sebetulnya beliau beriktikaf di rumah bininya. Wooooo

AKU BANGGA DENGAN DIKAU

Kita rasa bangga dan bahagia kalau rakan-rakan, adik junior atau abang senior semasa sekolah kita dahulu menjadi pemain utama dalam sesuatu bidang di dalam negara kita pada masa kini. Sepertimana saya berbangga dengan Mat Aris Bakar yang sukses dengan Metro Akademinya yang kini punya lebih 100 rangkaiannya, begitulah juga saya berbangga dengan sahabat-sahabat lain. Paling kurang kita akan berkata kepada orang lain - "itulah kawan sekelas aku" atau "itulah kawan seusrah aku" .


Semasa saya singgah sebentar di Tingkatan Enam Rendah di Jitra dulu, kumpulan usrah yang saya gerakkan, majoritinya terdiri dari pelajar sains. Saya menjangka mereka ini bakal menjadi doktor, jurutera dan lain-lain jawatan profesional satu hari nanti. Walaupun mereka dilihat petah becakap dan analitikal berfikir, tak pula saya menjangka mereka akan memilih bidang pembangunan sumber manusia, pendakwah, politikus dan penulis sepenuh masa seperti yang berlaku pada hari ini.

Salah seorang yang saya kagum dan terharu ialah Saudara Pahrol Mohd Juoi. Tak silap saya beliau di Tingkatan 4 atau 5 Sains pada 1977 dahulu. Kami meratap bersama apabila berpisah pada akhir 1977. Saya adalah orang yang sukar mengalir air mata tetapi pada hari itu, secara spontan mencurah-curah.

Pahrol pernah aktif dengan Arqam pada peringkat awal. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang beberapa majalah. Kini beliau menjadi perunding latihan dan penulis buku sepenuh masa. Anda boleh membaca tulisannya dalam majalah Solusi dan beberapa bukunya di pasaran. Dan jika tak kesempatan bacalah ideanya di sini.

Anda bacalah semua postingnya. Moga semua rakan Munshi berbahagia hendaknya. Jika kita membaca semuanya ini, itulah intipati apabila kita berusrah. Ianya satu "universiti kehidupan". Selamat Membaca.

EMPORIUM BORONG SAHARA



















Kalau lalu di Jalan Ipoh, KL, bertentangan dengan Ibu Pejabat Pas Pusat, anda akan jumpa sebuah premis pemborong seperti di gambar. Tak sangka dalam diam-diam, Sahara kita dah buka bisnes besau. Ha ha ha

KENANGAN ROSNAH DI SURABAYA
































Ini ialah gambar Rosnah Mohd Isa bersama suaminya Penghulu Kanan Hj Lazim yang berada di kemuncak Gunung Bromo Surabaya pada jam 3 pagi, 25 Mac lalu untuk melhat matahari terbit.

Baru sempat gambarnya diupdatekan dalam blog ini pada hari ini.

46 JUGA AKHIRNYA

Entah siapa yang mengomen supaya dapatkan 46 orang hadir dalam perjumpaan kita nanti. Dapat juga rupanya. Yang tak datang reunion 2009 dulu dan bakal datang pada 15 Mei 2010 nanti ialah Darussalam, Razali Baharom dan Yusof Che Mat.

Darussalam beberapa kali saya jumpa. Saya berjumpa beliau ketika di rumah arwah Tajudin/Juwita pada tahun 2000 dan kenduri kahwin rumah Rohana pada awal 2009.

Si Razali Baharom, member se asrama putera ini langsung tak pernah berjumpa sejak keluar Munshi pada 1978. Razali ini antara geng yang boleh dikategorikan "penyengap'. Tak taulah selepas menjadi pensyarah di Matrikulasi, telah jadi pengecoh pula. Kita tunggu temberangnya nanti.

Insan bernama Yusof Che Mat ini, saya pun tak perasan langsung akan kewujudannya di Munshi dulu. Saya harap beliau akan mengnostalga apa-apa event yang membolehkan ingatan saya kepadanya pada 1978 dulu. Ha ha.

Lagi 13 hari tibalah 15 Mei untuk kita berjumpa di tepi pantai Pengkalan Balak, di D Nelayan, Kemunting tau. Dengar khabar Maznah dah berpuasa melaparkan perutnya untuk menyantap BBQ nanti. Kata orang, sedap makan kalau perut lapar dan free. Ha ha ha.