ESOK OPEN HOUSE YB MAT SIRAT

Kali ini sini  saya balik beraya tanpa membawa laptop. Maka tak dapatlah mengupdate berita semasa. Saya kembali ke KL semula pada petang ini menjelang maghrib. Banyak berita akan menyusul dan suspen sepanjang perjalanan saya selama 4 hari ke Johor bertemu Fauziah Hashim, Kharis Bahari, dan petang tadi berjumpa Juwita dan Suhdi.

Jika sesiapa sempat membaca blog ini pada malam ini dan pagi esok, maka semua dijemput ke rumah YB Mat Sirat Abu di No 25, Jalan M14, Taman Merbok, Bukit Katil, Melaka pada esok, Sabtu,  18hb September 2010 jam 10 pagi hingga 3 petang  kerana beliau mengadakan rumah terbuka sempena Aidil Fitri ini.

Sambil itu  pohon dibacakan Al Fatihah untuk allahyarham ayah mertua Hayati Harun yang kembali ke rahmatullah pada 28 Ramadhan lalu. Ketika saya berjumpa Kharis Bahari pada Khamis, 16hb September di Pangerang, Johor, baru Hayati memaklomkannya kepada Haris dan Haris memberitahu saya. Moga Allah merahmati  roh allahyarham ayah mertua Hayati.

8 comments:

Mansor said...

Kenapa sekarang mesti ade majlis rumah terbuka baru terbuka hati kita untuk mengunjungi sahabat ye...dulu-dulu tak ade pun majlis rumah terbuka macam sekarang... tapi rumah kita sentiasa terbuka untuk menerima tetamu... esok tak taulah... macam mana caranya kita menerima tetamu...

majezan said...

Org bijaksana adakan rumah terbuka dibulan ramadhan sbb pahalanya bnyk.

Anonymous said...

Masa merubah segalanya..
dulu lain sekarang lain..
dulu manusia tak sesibuk sekarang..Entah apa yang sibuk sangat sampai nak melayang tetamu pun mesti ada hari tertentu.kalau tak sentiasa takde di rumah..tu sebab ada yang jiran sebelah rumah pun tak kenal..seronoknya kalau tinggal kat kampung ye...

ALI MAIDIN said...

Kalau rumah terbuka, ada macam2 menu. Jika datang secara tiba-tiba - biskut kering je. Ha ha ha

maznah said...

biskut kering dengan tea o pun sodap.....

Mansor said...

Tuan LensaPR....
Sebab ade macam-macam menu lah sekarang ade macam-macam penyakit.
Kalau dulu lebih-lebih pun biskut kering ngan teh o....tak ade pulak penyakit yang bukan-bukan.... yang untung dan buat duit sekarang ialah para doktor.... betul tak Dr. M...banyak masyuuuuk...he...he..

majezan said...

klu nak makan sedap,kena bawa sendiri.
Org dulu-dulu kalau dtg kerumah tetamu mesti dibawanya juadah atau bawa gula,biskut dsbg.
Jemput dtg kerumah,tak yah bawa pepe.
Rumah terbuka selagi salam 3 kali berjawab.

Anonymous said...

Salam, Itulah kehidupan kita manusia yg sentiasa buat kita serba salah. Positifkan saja . g penting niatnya ikhlas. Jangan banyak tanya. Hajadikan syawal ini tempat kita tebus dosa.