Salam
Pejam celik pejam celik, akhirnya esok kita menyambut Aidil Fitri. Tentunya kini, tak sama suasana menyambut raya seperti ketika kita di alam kanak-kanak dan remaja dahulu. Walaupun latarnya sama, tetapi "perasaannya" lain sekali.
Sebenarnya bulan Ramadhan itu yang paling bernilai kepada kita kerana ianya bulan yang penuh kelebihan seperti yang dinyatakan oleh Allah dan Nabi kita. Syawal hanya sekadar menyambut 1 Syawal dengan solat sunat Aidil Fitri sahaja. Walaupun sunat tetapi dibuat sekali sahaja dalam setahun, maka macam nak rak penuhnya orang kat masjid. Kalaulah solat fardhu pun macam tu, kan bagus. Arahan dan galakkan solat fardhu berjemaah lagi kuat dalilnya. Tak percaya tanyalah kepada Aziz Mat Yassin atau Mohd Amin kita tu. Ha ha.
Ya lah, budaya turun temurun menyebabkan "tradisi" dilhat lebih makmur dari "ibadat". Orang Melayu menyambut Syawal seperti "tradisi", bukan setakat "ibadat" lagi. Lantaran itulah akhirnya sambutan Syawal telah dicemari dengan aktiviti yang melanggar syarak, membazir dan melalaikan kita. Kan payah nak ubah tu.
Yang bagusnya budaya orang Melayu dalam bulan Syawal ini ialah amalan ziarah menziarahi. Kalau tak ada bulan Syawal, agaknya tak menziarahlah kita. Ha ha.
Syawal tahun ini hebat sekali. Tahu mengapa? Ya, esok juga hari ulang tahun umur sahabat kita Zakaria Osman. Ha ha. Bukan senang nak dapat tarikh ulang tahun serentak dengan Syawal. Jadi, tak payahlah kita hantar kek kepada Zek. Banyak dah lemang dan ketupat yang terhidang untuk Zek besok. Wah semua orang akan bertakbir menyambut hari jadi Zek. Woooo.
Moga anda semua bahagia dan gembira disamping keluarga sempena 1 Syawal ini. Mokhtar mengidam lemang buatan orang Nogori Sembilan, katanya. Beli ajalah wahai Mokhtarku. Ha ha.
Kepada Marhamah, Juwita, Fauziah Hashim, Ramlah dan Mastura saya hadiahkan sebuah puisi.
Sesekali aku ingin berpuisi
Untuk sahabatku yang sepi di aidil fitri
Sepi itu merapati kita kepada Ilahi
Bukan dikau yang memintanya
Sengaja Tuhan memilih dikau untuk diuji
Dia jua yang memliharamu
Dia jua mengangkat darjatmu
Bukan mudah mendapat jiwa yang pasrah
Bukan mudah mendapat jiwa yang redho
Bukan mudah mendapat makam assobirin
kecuali setelah melalui ujian Tuhanmu
Wahai sahabatku
Tuhan sayang padamu
Dikau pilihanNya untuk diuji mendahului kami
Kau sukses
Beruntungkah dikau
Kami belum tahu lagi
Adakah akan lulus ujian itu
Ok, sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN.