Which route would you take?

Paling rajin  menghantar emel kepada saya ialah Basir. Yahya no 2. Mokhtar no 3. Ha ha. Boleh bagi hadiah kat depa ini semua. Tapi tunggulah dinar Iraq meletup. Wooo.
Antara emel Basir yang menarik ialah bertajuk "which route would you take?
Tatapilah koleksi jalan mana pilihan anda. Yang pasti banyak jalan ke syurga. Antaranya sambungkanlah silaturahim....






AIRMATA SANG ISTERI

Sesekali Mansor mengemel kepada saya, lain macam ceritanya. Sempena musim pengantin baru, eloklah saya masukkan satu karya kiriman Mansor kepada saya pada  bulan Mei 2010  yang lalu. Tatapilah:


 
Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
 



Wahai suami2, 


jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2, 


jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini? 


Dibalik KELEMBUTANYA  dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR
 katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya
 adalah SEMANGAT  bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya
 bisa memberi KEHANGATAN  bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM  bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS  bila melihat KESENGSARAAN  pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM  dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA  melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN
 air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI  kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sebarkan ini ke SELURUH
 ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2  yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI  mereka begitu BERHARGA.  dan sangat BERHARGA.
  



(Nota: Saya tak edir pun dari kiriman asalnya)

BAYANGAN YANG INDAH

Maria Ibrahim hanya  dua kali sahaja menghantar emel kepada saya  sejak selepas kita semua berjumpa kembali pada tahun 2009. . Punyalah lokek bak kata orang Melaka. Ha ha. Tetapi ada satu emelnya yang mengsyahdukan hati saya. Tatapilah cerita bergambar yang beliau kirimkan kepada saya:
 

 

 
 
  

 
 

 

 
 
 

 

 

 

 
 



HALF MAN

Sahabat Munshi 78, Yahaya Ghani rajin menghantar emel kepada saya.  Ada emel bisnes. Ada emel pelik wal ajaib. Antaranya kesah seorang pemuda  "half man" di negara China  yang berjaya dipulihkan  oleh sekumpulan pakar  di Hospital Shenzen, China, dalam tempoh dua tahun sehingga insan tersebut mampu berdikari dengan membuka sebuah kedai "separuh harga" - ha ha , mengalahkan kedai 1 Malaysia agaknya. Wooo.

Terima kasih wahai sahabatku Yahaya Ghani.

Ikuti detik-derik permulihannya sehingga boleh berjalan...










12 TENGAHARI 1 OKTOBER DI KAJANG

Katanya orang Melaka nak datang ke majlis Mastura dahulu pada 1 Oktober ini. Selepas itu baru ke majlis Mansor  pula.

Kalau begitu, kita jumpa di Dewan LLM jam 12 tengahari.

Harap Mansor dan Mastura menalipon atas sms ke kawan Munshi lain kerana ramai geng Munshi tak mesra IT dan menjengah blog ini. Ha ha.


MAKAN WEI!!!!

Sabtu ini, orang KL amat padat dengan program. Open house  raya bersekali dengan jamuan kahwin. Tengahari, petang dan malam  - padat dengan jemputan. Kira boleh gantung periuk di rumah. Ha ha.

Lagi banyak komuniti kita join, lagi banyaklah program yang kita kena libatkan diri. Kalau tak join, macam kera sumbang lak. Ha ha. Maka, selagi larat badan, selagi tu kita penuhi jemputan!!!

Apa pun, geng Munshi jangan lupa kenduri kahwin anak Mastura dan anak Mansor pada Sabtu, 1hb Oktober. Masjid Tanah dan Kajang kita harung sekali sahaja.

Yang di Kajang tu, tepi highway sahaja. Selepas  keluar tol Kajang, jumpa lampu trafik,  belok kanan. Tak jauh mana sampailah di Dewan Lebuh Raya Malaysia (LLM).

Rumah Mansor kat tiang letrik no 141,  Kg Bukit Apit,  Masjid Tanah.  Jangan terlajak lebih dari tiang letrik 141. Ha ha.  Kalau sesat kat Masjid Tanah, kira kiamatlah!!!!!

Jam 12 TENGAHARI, 1 OKTOBER saya terpacak di dewan LLM, Kajang.  Jam 3 di rumah Mansor pula.

Kita jumpa di sana!!!!



SEKILAS DI OPEN HOUSE MAT ARIS BAKAR




Jarang benar kita menyaksikan Rohaya datang sekeluarga jika ke program kekawan Munshi. Pada tempoh hari, Rohaya datang sefamili ke majlis open house Mat Aris Bakar. Rupa-rupanya suami Rohaya sekelas dengan Mat Aris ketika di Tingkatan Lima dahulu. Wooo.


Md Jadi, Sahara, Mastura dan saya turut hadir juga. Yang lain tak dengar khabar. Ha ha




KAD JEMPUTAN MANSOR KASIM

Kad jemputan Mansor Kasim.

Klik untuk lebih jelas.

KENDURI KAHWIN MANSOR PUN 1 OKTOBER 2011

Kenduri perkahwinan anak lelaki Mastura Bachik pada 1 hb Oktober di Dewan Lembaga Lebuh Raya Malaysia,  Kajang.

Insyaallah kenduri perkahwinan anak perempuan Mansor Kassim pun akan diadakan pada tarikh yang sama, 1hb Oktober 2011,  mulai jam 11 pagi hingga 4 petang.  Alamat rumah Mansor ialah:

di Lot 2107,
Bukit Apit, 
78300 Masjid Tanah,
Melaka. 

 Pelan rumah Mansor:


Orang Melaka bolehlah merancang ke rumah Mansor dahulu dan kemudiannya ke Kajang pula, kendurinya Mastura.  Sebaliknya orang KL ke Kajang dahulu dan kemudiannya ke rumah  Mansor. Ha ha. Kita jamak makan malam le nampaknya.



OPEN HOUSE HJ ZOLKAPLY YUNUS SABTU INI

Salam Sejahtera.

Saya Haji Zolkaply Bin Yunus dengan sukacitanya mempersilakan tuan/puan dan keluarga ke rumah saya untuk majlis tersebut di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 17 September 2011
Hari : Sabtu
Masa: 11.00 pagi - 5.00 petang
Alamat: 522B, Jalan Kenanga 1/2, Taman Kenanga Seksyen 1,
             Kampung Lapan Tengkera
             75200 Melaka
             (Pelan rumah disertakan)
Kehadiran tuan/puan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Ikhlas


Haji Zolkaply Bin Yunus.
Tel: 012-309 9438

Klik 2 kali untuk lebih jelas.

OPEN HOUSE ZAINI SAMANI

 Mesej dari Zaini Samani:

 Salam..Selamat Hari Raya kpd warga Munshi78..saya dan keluarga menjemput Warga Munshi yg berkesempatan utk datang kerumah saya di alamat:

No 9104,Tmn Koperasi Naning,Melekek, Alor Gajah

Pada 10 Sept 2011(Sabtu) 

Jam 3.00 ptg hingga 10.00 mlm

Kalau nak buat mini reunion pun tak ape..


OPEN HOUSE YB MAT SIRAT DAN MAT ARIS BAKAR

Orang KL baru nak beraya mulai minggu ini. Setiap Sabtu dan Ahad  banyaklah open house. Boleh gantung periuk kat rumah. Ha ha.

Sabtu ini, 10 hb September  ada dua open house oleh rakan Munshi 78:

1. Rumah YB Mat Sirat Abu, jam 10 pagi hingga 3 petang. Alamat rumahnya:  No 25, Jalan M 14, Taman Merbok Bukit Katil, Melaka.

2. Pejabat Mat Aris Bakar, jam 12 tengahari hingga 4 petang. Alamat pejabatnya: Metro Driving Academy, Lot 3579, Jalan Akademi,  Pulau Meranti, Puchong.

Mat Aris akan menyediakan 10 ekor kambing bakar. Wau.
Insyaallah saya akan berada di Metro Academy jam 12 tengahari.   Harap datang pada jam yang sama supaya     meriah dengan kedatangan   serentak oleh semua geng Munshi di KL. 

Yang  di Melaka eloklah ke rumah YB kita tu. Tentu ada angpau 1 Malaysia agaknya. Ha ha


SELAMAT AIDIL FITRI

Sebenarnya Jaamat kehilangan ibunya pada 12hb Ogos yang lalu. Ibunya sendiri meninggal dunia pada tarikh berkenaan dan diikuti pemergian ibu mertuanya  pula  pada 15hb Ogos.

Kali ini Jaamat pula di kalangan rakan Munshi yang melalui fasa kehilangan bonda tersayang. Nasiblah jadi anak yatim ketika sudah lebih separuh abad. Jika ketika kanak-kanak alangkah sedih dan peritnya ya...
Minggu ini semuanya dah berkira-kira hendak balik kampong jika tinggal di luar Melaka. La ni, balik kampong pun setakat sehari dua sahaja. Yang dah bercucu tentunya ada kemeriahan yang lebih tatkala raya ni ya. Ha ha.


Pada kesempatan ini saya mohon ampun maaf dari semua rakan Munshi jika catatan saya ini tidak menyenangkan rakan semua. Moga amal ibadah kita di bulan Ramadan yang mulia dan berkat ini diterima Allah jua.

Bersederhanalah menyambut Aidil Fitri. Elakan makan tapai berlebihan. Ha ha.

Jumpa lagi selepas 7 hb Syawal. Saya akan berada di NS selama 2 hari dan di Kelantan selama 3 hari.


FASA TERAKHIR RAMADAN

Kini, kita masuk ke fasa ketiga Ramadan. Yang nak raya, syoklah. Yang nak dapat kelebihan Ramadan pula terasa sedih. Belum tentu dapat berjumpa pada Ramadan akan datang.

Bila nak raya ni, janganlah ada sesiapa yang "kehilangan". Kehilangan ketika aidilfitri, amat memeritkan hati. Walaupun sudah beberapa tahun, tetapi apabila tiba  aidilfitri, ingatan terhadap orang yang tiada  amat kuat sekali. Namun, bukankah ingatan yang kuat itu tanda kasih sejati. Jika sudah tak ingat, hati kita sudah bukan hati lagi. 

OK, lipat gandakan amal kita pada hari-hari terakhir Ramadan. ini.

Razak Husin - engkau sahur tak di Pulau Pinang tu? Ha ha.

IBU MERTUA JAAMAT MENINGGAL DUNIA

Ada catatan dalam komen pada posting Oh Ramadan:
Takziah kepada En.Jaamat Alimat kerana ibu mertua beliau telah meninggal dunia pada 17/8/2011 kerana terlibat dalam kemalangan semasa Ambulance membawa beliau ke KL untuk rawatan kerana dirompak oleh penjenayah yang kejam.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah semuga Roh nya ditempatkan ditempat orang-orang beriman, Amin.

 

OH RAMADAN

Bila berkereta saya buka radio.  Hari ini dalam perjalananan ke pejabat, terdengar pula lagu Ramli Sarip.  Kira ok juga le.




RAMADAN : DUA PERTIGA LAGI

10  Ramadan hari ini. Sudah sepertiga kita lalui. Lagi dua pertiga  akan kita  lalui Ramadan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan mendidik diri kita, lebih peluang  untuk kita  merapatkan diri  dengan Tuhan dan sekaligus  mengeratkan diri dengan manusia melalui amalan bersedekah.

Kaum ibu agak lebih sibuk dengan bangun awal untuk persiapan sahur. Pahala tu. Entah-entah lebih banyak pahala dari orang yang solat tahajud kerana sanggup berkorban untuk orang lain.

Ketika muda rajin ajak kawan-kawan  berbuka puasa bersama-sama. Kini saya lebih suka berbuka di masjid sahaja. Jika di KL ini, jangan rasa pelik jika yang ramai berbuka di masjid ialah warga Bangla dan Indonesia. Ha ha. Orang tempatan boleh bilang dengan jari sahaja. Kalau nak solat di masjid air-con, solatlah di Masjid Wilayah, Jalan Duta. Jika nak imam Arab, solatlah di Masjid Kg Baru atau di di Masjid Negara.  Yang penting solat, kat mana pun tak apa. Ha ha.



RAMADAN - ENGKAU DATANG LAGI

Hari ini 2 Ramadhan. Sekejap rasanya masa itu tiba dan berulang semula. Ya, agenda hidup kita semacam sama saja setiap ketika. Bangun pagi, solat subuh, pergi kerja, pergi masjid dan balik dari pejabat. Sesekali ada agenda lain - balik kampong, bertugas di out staition, terima menantu, dapat cucu, ziarah adik beradik dan jalan-jakan cari makan. Ha ha.

Tau-tau umur 25 dah jadi 52. Dahulu ketika umur 25, terasa lama lagi nak menuju alam pencen. Tetapi kini telah pun berada di zaman pencen.  Tup-tup ada yang telah jadi atuk dan nenek. Ha ha. 

Ketika umur macam ini, kita lebih terjurus meningkatkan "ibadah khusus" kepada Allah swt.  Solat wajib jangan sesekali diabai. Banyakkan zikir kepada Allah. Buat "sesuatu" amal jariah  agar balasan amal kita berpanjangan di alam barzakh nanti. 


Syarat utama amal khusus kita diterima Allah ialah akidah dan kefahaman Islam kita adalah sohih. Kita menerima Allah  sebagai "ilah" secara total. Kita kena yakin dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tanpa syak. Jangan sesekali "kita tidak bersetuju" dengan sebarang usaha yang dibuat oleh sesiapa sahaja yang hendak menegakkan syariat Islam di muka bumi ini. Adalah malang jika ada orang yang kuat solatnya tetapi tak boleh "menerima"  syariat Islam.  Rasanya di abad 21  ini, fahaman sekularism telah jauh-jauh kita campakkan. Apa pun belajar dan terus belajar. Belajar pun satu ibadah yang tinggi nilainya.

KHUTBAH YANG MENGETUK HATI

Cabaran bagi seorang lelaki pada hari Jumaat ialah memilih masjid terbaik untuk mendengar khutbah Jumaat. Kalau khutbah  streotaip saban minggu, rasanya  beribadah sekadar mengikut rukan sahaja. 

Kita merindui khutbah yang mengetuk pintu hati  atau membuka fikiran kita.  Semasa berkhidmat dengan kerajaan dahulu, saya dan rakan sejawat sentiasa mengelilingi KL untuk mendapatkan khutbah jumaat yang terbaik. 

Hari ini saya mencuba di Masjid Khairiyah, Taman Sri Gombak. Kira ok le. Bak kata Zakaria Osman kepada saya -"kena dengar dan taat  kata pemerintah". Hari ini bolehlah "taat" sikit. Wooo. Agaknya  hari ini  Dr Majezan solat jumaat kat Masjid Pakistan kot. Wooo

SEKAMPONG TAPI TAK BERSAMA

Walau pun sekampong tetapi saya dan Md Jadi tak pernah sekolah bersama. Ha ha. Hanya sama sekolah setahun sahaja  di Munshi pada tahun 1978. Pada awal 1979 apabila keluar result STP, ayah Mat Jadi awal-awal pagi  lagi sudah ambil result Mat Jadi di pejabat sekolah. Ayahnya jumpa saya di masjid ketika solat Zohor dan bagi tau "kau selamat". Ha ha. Maka saya pun pergi mengambil result tanpa perasaan cemas fasal ayah Mat Jadi sudah mengintai result saya terlebih dahulu.  Saya lebih rapat dengan ayah Mat Jadi daripada dengan  Mat Jadi sendiri. Tak silap saya ibu Mat Jadi sama "asal keturunan" dengan ibu saya. Ha ha. Jika Mat Jadi ada mengirim gambar ibunya ke blog ini, boleh saya bandingkan dengan gambar ibu  saya. Mungkin anda semua tak boleh meneka  "ibu siapa ini".  Ibu Hanim pun lebih kurang sama dengan wajah ibu saya kot. Ishh,  bagus juga jika 3 wajah ibu ini ada dalam blog Munshi  ini.  Wooo

Gambar ketika reunion pada 26 Jun lalu.

OK JE

9hb  Julai lalu, ingatkan nak ajak Adam Ahmad  minum teh di Stadium Merdeka.  Tetapi beliau tak bertugas pula kali ini kerana beliau kena bertugas dalam pejabat sahaja di Seremban. Ha ha. Selamatlah  saya

Mazlan Ahmad sibuk memantau kejadian pada Sabtu lalu. Maklomlah orang kerja di jabatan Penerangan. Wooo.

Ada beberapa panggilan talipon sebelum 9hb Julai yang saya sengaja tak jawab. Saya sengaja tak jawab kerana tak mahu menerima nasihat percuma menjelang 9hb Julai. Ha ha. Orang tua memang keras lepala kan...

Apa pun saya ok dan kini kembali kerja macam biasa - minum teh sambil sembang-sembang. 




ADEGAN YANG KITA MAHU LIHAT - 1

Darussalam(kanan sekali) pantang jumpa dengan Razak Kanapiah (berdiri). Mereka akan ketawa bagai nak pecah perut.  Tambahan pula bila Razak memimpin bacaan tahlil atau membaca doa selamat.

Darusasalam  masih tak percaya kawan lamanya, Razak tu kini menjadi Imam Besar di surau kawasan perumahannya. Darussalam masih mencari rahsia bagaimana Razak Kanapiah mengubah cara hidupnya. Ha ha  .Antara mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Woooo 

Begitulah kehidupan....

Klik gambar untuk lebih jelas.

TINGKATAN ENAM SASTERA 1 SELEPAS 34 TAHUN

Ini dia putera puteri  Tingkatan Enam Sastera 1, SMMA 1978 selepas 34 tahun. 

Belakang dari kiri: Marhamah, Nyaros, Maznah, Juwita dan Ramlah.

Duduk dari kiri: Mat Aris Bakar, Zakaria Jaafar, Ali Maidin, Jaamat,  Karim, dan Mokhtar Ahmad

Kecuali Karim, kesemua jejaka yang hadir  reunion kali ini adalah pelajar yang join Munshi ketika di Tingkatan Enam Atas sahaja. Mana dia geng lain?