Hari ini 2 Ramadhan. Sekejap rasanya masa itu tiba dan berulang semula. Ya, agenda hidup kita semacam sama saja setiap ketika. Bangun pagi, solat subuh, pergi kerja, pergi masjid dan balik dari pejabat. Sesekali ada agenda lain - balik kampong, bertugas di out staition, terima menantu, dapat cucu, ziarah adik beradik dan jalan-jakan cari makan. Ha ha.
Tau-tau umur 25 dah jadi 52. Dahulu ketika umur 25, terasa lama lagi nak menuju alam pencen. Tetapi kini telah pun berada di zaman pencen. Tup-tup ada yang telah jadi atuk dan nenek. Ha ha.
Ketika umur macam ini, kita lebih terjurus meningkatkan "ibadah khusus" kepada Allah swt. Solat wajib jangan sesekali diabai. Banyakkan zikir kepada Allah. Buat "sesuatu" amal jariah agar balasan amal kita berpanjangan di alam barzakh nanti.
Syarat utama amal khusus kita diterima Allah ialah akidah dan kefahaman Islam kita adalah sohih. Kita menerima Allah sebagai "ilah" secara total. Kita kena yakin dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tanpa syak. Jangan sesekali "kita tidak bersetuju" dengan sebarang usaha yang dibuat oleh sesiapa sahaja yang hendak menegakkan syariat Islam di muka bumi ini. Adalah malang jika ada orang yang kuat solatnya tetapi tak boleh "menerima" syariat Islam. Rasanya di abad 21 ini, fahaman sekularism telah jauh-jauh kita campakkan. Apa pun belajar dan terus belajar. Belajar pun satu ibadah yang tinggi nilainya.
5 comments:
Salama Ramadhan untuk semua warga MUNSHI78. Terima kasih kepada yang SMS tanda persahabatan.
slm..selamat berpuase / moga di berikan kesihatan yang baik...insyallah
salam...selamat berpose semuo woiiii....solat bang , jgn tak solat...akhir kata : ha ha ha ..woooooooo
Puasa mana tak puasa boleh ganti
bila puasa menjelang,teringat kpd yg telah mendahului kita.
Post a Comment