10 Ramadan hari ini. Sudah sepertiga kita lalui. Lagi dua pertiga akan kita lalui Ramadan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan mendidik diri kita, lebih peluang untuk kita merapatkan diri dengan Tuhan dan sekaligus mengeratkan diri dengan manusia melalui amalan bersedekah.
Kaum ibu agak lebih sibuk dengan bangun awal untuk persiapan sahur. Pahala tu. Entah-entah lebih banyak pahala dari orang yang solat tahajud kerana sanggup berkorban untuk orang lain.
Ketika muda rajin ajak kawan-kawan berbuka puasa bersama-sama. Kini saya lebih suka berbuka di masjid sahaja. Jika di KL ini, jangan rasa pelik jika yang ramai berbuka di masjid ialah warga Bangla dan Indonesia. Ha ha. Orang tempatan boleh bilang dengan jari sahaja. Kalau nak solat di masjid air-con, solatlah di Masjid Wilayah, Jalan Duta. Jika nak imam Arab, solatlah di Masjid Kg Baru atau di di Masjid Negara. Yang penting solat, kat mana pun tak apa. Ha ha.
1 comments:
syukur...dah 10 ramadan......semoga kita diberi kesihatan yang baik....alhamdulilah penyakit asma aku kurang menyerang tahun ini.....berbanding tahun lepas........
Post a Comment