Sebenarnya Jaamat kehilangan ibunya pada 12hb Ogos yang lalu. Ibunya sendiri meninggal dunia pada tarikh berkenaan dan diikuti pemergian ibu mertuanya pula pada 15hb Ogos.
Kali ini Jaamat pula di kalangan rakan Munshi yang melalui fasa kehilangan bonda tersayang. Nasiblah jadi anak yatim ketika sudah lebih separuh abad. Jika ketika kanak-kanak alangkah sedih dan peritnya ya...
Minggu ini semuanya dah berkira-kira hendak balik kampong jika tinggal di luar Melaka. La ni, balik kampong pun setakat sehari dua sahaja. Yang dah bercucu tentunya ada kemeriahan yang lebih tatkala raya ni ya. Ha ha.
Pada kesempatan ini saya mohon ampun maaf dari semua rakan Munshi jika catatan saya ini tidak menyenangkan rakan semua. Moga amal ibadah kita di bulan Ramadan yang mulia dan berkat ini diterima Allah jua.
Bersederhanalah menyambut Aidil Fitri. Elakan makan tapai berlebihan. Ha ha.
Jumpa lagi selepas 7 hb Syawal. Saya akan berada di NS selama 2 hari dan di Kelantan selama 3 hari.
6 comments:
salam...Pada kesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada rakan-rakan semua maaf zahir batin sekiranya selama ini terdapat salah dan silap saya harap dimaafkan. Semoga bertemu lagi dilain agenda...insyaallah.
Salam....slmt hari raya....Saya mohon maaf kepada semua kwn2 munshi78...
Selamat Hari Raya . Maaf dzahir bathin.. Saya ke kelantan utk pernikahan anak pada 2 dan 3 sep. Kalau yg ke Kelantan sudilah.. 1 Okt di LLM ..Jangan lupa.
Tahniah Mas dapat menantu di Aidilfitri,baik-baik drive,semoga selamat semua. Selain Ali siapa lagi geng Munsyi yang mengiringi? Maznah dan Pah tak pergi sekali ke?
slm...maznah dan Pah x pergi Kelantan cuma akan meraikan majlis anak Mastura di LLM aje...jumpa di sana ye............................
Tahniah untuk Mastura....
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua geng munshi 78.Maaf Zahir dan batin
Post a Comment