Walau pun sekampong tetapi saya dan Md Jadi tak pernah sekolah bersama. Ha ha. Hanya sama sekolah setahun sahaja di Munshi pada tahun 1978. Pada awal 1979 apabila keluar result STP, ayah Mat Jadi awal-awal pagi lagi sudah ambil result Mat Jadi di pejabat sekolah. Ayahnya jumpa saya di masjid ketika solat Zohor dan bagi tau "kau selamat". Ha ha. Maka saya pun pergi mengambil result tanpa perasaan cemas fasal ayah Mat Jadi sudah mengintai result saya terlebih dahulu. Saya lebih rapat dengan ayah Mat Jadi daripada dengan Mat Jadi sendiri. Tak silap saya ibu Mat Jadi sama "asal keturunan" dengan ibu saya. Ha ha. Jika Mat Jadi ada mengirim gambar ibunya ke blog ini, boleh saya bandingkan dengan gambar ibu saya. Mungkin anda semua tak boleh meneka "ibu siapa ini". Ibu Hanim pun lebih kurang sama dengan wajah ibu saya kot. Ishh, bagus juga jika 3 wajah ibu ini ada dalam blog Munshi ini. Wooo
Gambar ketika reunion pada 26 Jun lalu.
0 comments:
Post a Comment