SANG KEMBARA MALAM

Teringat saya pada awal 2009 apabila kita sama-sama menjejak bekas pelajar  Tinglatan Enam Atas SMMA 1978. Antaranya ialah Rani Embi, sahabat pertama yang saya jumpa  ketika mendaftar diri di Munshi pada awal  Januari 1978. Terpegun saya apabila mendengar kesah  beliau dan isterinya  melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di USM  selepas menjadi guru. Saya memang kagum dan bangga dengan sesiapa sahaja yang sanggup belajar lagi selepas zaman bekerja. Zakaria Osman, Maria Ibrahim dan Kharis Bahari  adalah orangnya yang saya tahu. Ya  lah terpaksa meninggalkan anak-anak  ketika hadir kuliah di hujung minggu, bebanan tugas dan bebanan kewangan dalam pengajian. 

Tetapi dalam  kes Rani Embi, bukan itu yang melucukan saya. Ha ha. Lucunya ialah Rani tidak mesra IT.pada awal 2009.  Puisi yang dia hantar saya bukan dihantar  melalui emel tetapi secara pos. Sajaknya ditaip melalui typewritter, bukannya dengan laptop atau komputer. Gambar yang dihantar pun yang ori punya, bukan di scan macam  Mansor atau Basir lakukan.

Namun kini, Rani bukan Rani 2009. Beliau telah ada blognya sendiri   untuk  merakam puisi-puisinya.   Jom kita layari sajaknya di sini.   Syabas Raniku!!!!!  Bolehlah Juwita melawan sajak Rani ini. Woooo.






.

SYOK APABILA SESEKALI BERJUMPA

Satu aksi ketika reunion lalu. Tak tahulah apa yang Sahara, Rohana Md Dali, Umi dan Hidayah sedang berbual.

SEJAHTERA KAU AMIN

Hari ini ulang tahun Amin yang ke ? mungkin 52 atau 53 agaknya. Ha ha

Sebelah, gambar beliau di Kudat, Sabah.

KAK UMI DAN SAHARA SELEPAS 33 TAHUN

Walaupun kak Umi kita tu tak boleh bawa kereta, beliau tidak melepaskan peluang hadir ke majlis reunion lalu di Uniten.

Umi (kanan) sempat bergambar dengan Sahara, rakan sekelas di USA 2 pada 1978!!!!

Dulu, tak sempat bergambar agaknya. ha ha.

RAZAK PENYELAMAT UMMAH

Kalau Razak Kanapiah tak hadir ke program kita, maka tak adalah tukang baca doa. Ha ha. Imam Zul pun tak hendak baca doa lagi dah.  walaupun dia imam asrama putera dulu. Wooo

Bila Razak baca doa, Darussakam  macam tak percaya. Ha ha.

Apa pun doa Razak begitu puitis sekali...

AKSI REUNION MUNSHI 2011 LALU - 2

Zakaria Jaafar akhirnya dapat datang ke majlis reunion ke 3, selepas Maznah memaksanya berkali-kali. Wooo.

AKSI REUNION MUNSHI 2011 LALU

Sekilas foto ketika reunion Munshi 2011 lalu - Hidayah dan Marhamah.

Marhamah bertanya Dayah - dah timang cucu ke?

Woooo.

SAJAK KHAS YANG KE MEKAH

Sahabat Munshi yang menggelarkan dirinya Kembara Malam, menyampaikan sebuah sajak khas untuk rakan rakan kita yang ke Mekah musim ini


DATANGILAH RUMAH ITU

Engkau langkahkan kakimu ke rumah Baitullah
yang pasti engkau mencari keredaan Allah Rabbuljalil
mencari ruang tafakkur dan ruang zikir
memuji kebesaran mencari cinta suci
mencari kerinduan Rasullah kasihnya terpahat
yang tak pernah terbayang di ruang mata
cuma merasa bertapa dekatnya kecintaan
bagai laut yang salju dengan angin mendayu.

Setelah engkau huni Masjid Nabawi dengan empat puluh waktu
dengan air mata rindu yang tidak pernah padam
apakah rindumu masih jauh atau semakin dekat
hingga tak mampu tubuh menanggungi kasih yang bersemi
atau semakin jauh dengan ketebalan kedegilan
abu Lahab dan abu jahal
nafsu amarah dan lawamah yang membungkam pada kalbu yang kelam.

Seandainya telah engkau temui embun cinta
maka bertasbihlah memuji-Nya dan lafaskan kalimah
"Labaikallahu Malabbaik Labbaikala sarikalakalabaik
Innalhamdah Wannikmata Lakwallahmuk Lasarikala"
pasti kerinduan berabad pasti terubat
pasti mimpi kasih terlerai dengan manik-manik
kesayuan.

Kau carilah cinta Illahi
kerana cinta itu paling hakiki
berbanding dengan cinta di duniawi.


Abisalleh (blog kembara malam)

buat rakan-rakanku yang berada di Madinah dan Mekkah
dengan ucapan CARILAH CINTA ALLAH DAN BERMESRALAH DENGAN SAYANG RASULLAH

JOHARI DAN ROHANA KE MEKAH

Insyaallah 2 orang sahabat kita akan menunaikan ibadah haji pada musim ini.

Pertama, Rohana Mat Dali. Rasanya beliau telah bertolak. Saya pun sudah lupa tarikh yang diberitau oleh Hayati. Tuan tubuh pun tak menyatakan kepada saya tarikh bertolaknya.

Kedua, Johari Mohamad, bekas Tk 6 Sains, orang Nyalas yang akan bertolak pada  26 Oktober jam 1.30 pagi. 

Kita doakan agar pemergian mereka selamat adanya dan berjaya meraih haji nan mabrur. Amin.

DIA YANG PERGI - BUAT KAK NORSIAH WAHAB

DIA YANG PERGI...

setelah pemergian salam sambut pasti tiada lagi

semilir meniup kenangan yang entah bila hadir

pasti menggingatkan kembali saat-saat kehadiran

senyum ramah dan tawa hanya wajah yang terbias

pada cermin kehidupan.


pastinya rakan yang pergi hanya

meninggalkan pelabuhan hidup

yang berpindah dari pelabuhan dunia

ke pulau kekal abadi

dan tasbih yang mampu bergerak

ke dalam balang kaca barzah

yang menjaganya adalah ketentuan Allah.


kita yang tinggal akan meneruskan perjalanan

pada layaran yang tak tahu sempurnanya

atau terkoyakkah pada perjalanan musafir duniawi

menuju lorong dan lohong

dalam fikrahkah atau luar jendela


yang tahu hanya Rabbulizzati.


Amin!

(Puisi ini saya titipkan setelah salah seorang rakan semasa bersekolah menemui Illahi)

Selamat Bersemadi Rakanku

Moga Allah mengampuni.


From: Kembara Malam

AKSI DI KENDURI MASTURA - 1 OKTOBER LALU

BERSYUKURLAH!!!!

Bagaimana hendak bersyukur? Kata para filasof - lihatlah disekeliling, ramai lagi yang lebih malang dari kita!!!

If your society is unfair to you, how about her?
 


If you complain about your transport system, how about them?



If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?

When you feel like giving up, think of this man.


If you think you don't have many friends

 


If you think your salary is low, how about her?


If you think you are unhappy, look at them.

Terima Kasih kepada Hidayah yang menghantar emel  akan   kesah diatas pada 28 Mei 2009 lalu. Ha ha. Hidayah memang suka   bersyukur. BN suka rakyat macam tu. Woooo

AKU NIKAHKAH DIKAU....

Ini dia gambar yang saya cari. Saya terjumpa dalam FB Mansor Kassim.

WAJAH BARU PERSEKITARAN MASJID ANNABAWI MADINAH


TQ kepada Basir yang mengemel gambar di atas. Terasa rindu pula mahu ke  Madinah...

NORSIAH MENINGGAL DUNIA

Juwita melapurkan kepada saya pada dini hari tadi bahwa Puan Norsiah Wahab, bekas Tingatan 6 Sastera 1  telah pun meningglkan kita buat selama-lamanya pada tengah malam tadi. Beliau meninggal di Hospital Melaka.

Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi di Kg Gelam,  Melaka.

Moga Allah mengampunkan dosanya dan menghimpunkan ke golongan solihin jua. Al Fatihah untuknya. Amin.

Allahyarhamah Norsiah sekeluarga mulai berpindah dari Klang ke Kg Gelam, Melaka semula sejak 1hb Oktober  2011. Beliau  dirawat di Hospital Melaka sejak seminggu lalu  Demikian berita yang dilapurkan oleh Maznah  dari Juwita yang sempat menziarahi jenazahnya pada pagi tadi.

TANDA TANDA HATI MATI

Saya menerima satu artkel melalui emel Maria Ibrahim mengenai TANDA-TANDA HATI MATI. Dipaparkan untuk ingatan kita semua:




Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil  pengajaran darinya.

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah:


ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:


ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

MAKAN MALAM DI RESTORAN PAKISTAN

Antara tempat utama saya bersantap ialah di Restoran Pakistan, Jalan Ipoh, KL.

Semalam Juwita berada di KL kerana program Halal Hub di PWTC pada hari ini. Maka Juwita pun mengajak Mak Ram dan saya berbual sambil makan malam. Oleh kerana saya pemandu jalan, maka  saya bawa mereka  ke Restoran Pakistan. Sengaja saya tak mengajak Dr Majezan, takut beliau order tairu setong. Ha ha.

Nak ajak Maznah, takut menyusahkan Pak Yusof di malam hari. Ha ha. 

Moga yang mendengar jangan jealous ya....

DI MANA 11 NOV INI?

Sebulan lagi 11hb November 2011 atau 11.11.11.  Yang suka keindahan nombor akan membuat sesuatu yang istimewa. Kita nak buat apa ya?

Kenapa Hayati tak ambil tarikh berkenaan buat kenduri kahwin anaknya? Ha ha. Biar anak yang kahwin, jangan ayah yang kahwin. Betul tak Zek? Woooo
Hayati Harun menjemput kita semua ke kenduri perkahwinan anak perempuannya,   pada 17hb Disember 2011, jam 11 pagi - 4 petang di KM 12, Jalan Masjid, Kg Bukit Kechil, Paya Dalam, Melaka.

Pelan rumah akan di susuli  kemudian supaya orang Melaka tak sesat di bumi sendiri macam saya. Ha ha.  

Menurut berita angin, ada lagi kenduri kahwin sahabat yang lain pula. Tetapi saya tak menerima jemputan secara muktamad.

Maka jangan ada sesiapa yang buat kenduri lain pula pada 17hb Disember    agar kita dapat bersantai lebih  lama di kenduri Hayati nanti. Kueh "bakau" jangan lupa tau.

AKSI DI KENDURI MASTURA

Pada 1 hb Oktober lalu, selepas makan di kenduri Mastuta, saya terus berangkat ke kenduri Mansor pula. Tetapi Dr Majezan dan Basir tetap menunggu ketibaan Raja Sehari. Depa berdua telah sempat merenjis dan bergambar. Tengoklah aksi Dr Majezan tu, bersiri tegak semacam menerima tabik hormat, mengalahkan Lft  Kolonel Basir!!!!

Woooo.

AKSI DI RUMAH MANSOR


















Emel Mansor:
              
Assalamualaikum tuan,

Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat Munshi '78 yang telah sama-sama meraikan majlis perkahwinan anak saya Sabtu lepas. 

Semoga jalinan persahabatan sebegini akan terus berkekalan.. insyaallah.

Bersama ini di sertakan gambar kenangan dimajlis tersebut.

SELAMAT SUDAH KENDURI MASTURA DAN MANSOR.

Alhamdulilah kenduri perkahwin anak Mastura dan Mansor selamat diadakan pada Sabtu, 1 hb oktober lalu.

Di kenduri Mastura - group pertama yang sampai  ialah Dr Majezan, Basir, Sharifah Nuri,  Maznah, Hidayah, Md Jadi, Zaini Samani, Rashid,  Khatijah Kassim, Shaari Mat Jelas, Yahya Ghani, Sahara, Jamilah Jamian, Norlida Baba, Rohaya Rahmat, Razak Husin, Hayati, Hasnah Mohamad, Aziz  dan saya.  Kemudian  diikuti oleh kumpulan kedua iaitu Datuk Kamarudin Said , Shamsudin Yusof, Razak Kanapiah, Hanim dan Mat Aris Bakar.

Di kenduri Mansor pula, kumpulan pertama yang tiba  ialah Marhamah, Mokhtar, Jaamat dan Karim. Kemudian sebahagian dari  group KL dan group Melakann tiba iaitu Sharifah Nuri, Sahara, Md Jadi, Yahya Ghani, Shaari Mat Jelas, Zaini Samani,  Rashid, Hayati, Hasnah, Aziz, Suhdi  dan  Juwita. Kami disambut oleh tuan rumah Mansor dan Zakaria Osman yang sedang enak makan. Ha ha.

Lama juga di rumah Mansor sambil makan tapai. Selepas itu khabarnya geng KL singgah rumah Zaini Samani    untuk mengeteh petang. Wooo. Saya bergegas balik ke Tampin dan Gemencheh kerana ada dua kenduri kahwin lagi!!!!

Gigih juga kekawan Munshi yang sempat pergi ke kenduri Mastura dan Mansor. Dan syabas kepada Razak Husin yang balik dari Penang!!!


Gambar akan menyusul....